Pengalaman KidZania Malaysia | Aktiviti Menarik KidZania – Police Officer (Pegawai Polis) Di Police Station KidZania Malaysia (Tips & Gambar)

Bismillah. Cikros di sini.

Police Officer @ Pegawai Polis adalah salah satu daripada 6 aktiviti demand tinggi di KidZania Malaysia. Terlalu ramai kanak-kanak yang nak jadi polis KidZania so kena ambil booking sticker pada masa hiring time yang ditetapkan.

Anak mesti cepat datang beratur pada masa hiring time di Police Station untuk berpeluang dapat booking sticker bagi menjalankan aktiviti tersebut. Jika sticker dah habis, kena datang semula pada hiring time yang seterusnya.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania KL – 2012

Biasanya hiring time akan dibuat dalam masa 2 jam sekali. So omak abah sila bertabahlah. Plan baik-baik. Hehe!

Sila rujuk hiring time dalam post 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Booking Sticker Police Officer KidZania

So, apa yang menarik tentang aktiviti sebagai pegawai polis di KidZania Malaysia ni? Aktiviti police KidZania ni aku rasa best sebab anak akan bekerja-sama dengan pasukan bomba semasa memadamkan kebakaran di Flamingo Hotel.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Polis KidZania membentuk benteng – 2018

Semasa fire fighters KidZania sibuk menggunakan water cannon untuk memadamkan api, pasukan polis akan membentuk  barricade (benteng) di situ bagi mengawal orang awam dari mendekati hotel yang sedang terbakar tu.

Aku rasa aktiviti polis di KidZania Malaysia ini satu aktiviti yang sangat comel. Selepas diberi taklimat dalam Police Station, polis kanak-kanak akan membawa kon dan berkawad menuju ke Flamingo Hotel.

Aktiviti Police KidZania Malaysia

Antara perkara menarik yang akan dialami oleh kanak-kanak yang menjadi polis di KidZania KL ialah:

  • Memakai uniform polis
  • Menonton video di dalam Police Station
  • Berkawad sambil memegang kon menuju Flamingo Hotel yang terbakar
  • Menjadi human barricade (benteng manusia) semasa bomba memadamkan kebakaran

Baju uniform polis KidZania Malaysia berwarna biru gelap bersama topi warna yang sama.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania – 2012

Aku tengok baju uniform polis KidZania KL ni tidak berubah sejak tahun 2012. Masih serupa dengan uniform polis yang Izzah pernah pakai semasa lawatan ke KidZania pada tahun 2012 – 2014.

Syarat Umur Untuk Menjadi Polis Di KidZania

Masa Izzah ke KidZania KL dari tahun 2012-2014, hanya kanak-kanak berumur dari 4 tahun ke atas sahaja boleh jadi polis KidZania. Masa tu Izzah memang dah 4 tahun so tiada masalah untuk main olok-olok jadi anggota polis.

Tapi now syarat umur untuk menjadi polis di KidZania Malaysia sudah berubah. Kanak-kanak berumur dari 1 tahun ke atas dah boleh main jadi polis.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah di depan Police Station KidZania – 2012

Polis ni salah satu aktiviti yang toddlers (kanak-kanak 1-3 tahun) boleh sertai. Baguslah! Sebab anak aku Dina tu kan toddler lagi. Tak rugi lah beli tiket masuk KidZania sebab dia pun boleh main jugak. Yeay!

Maklumat Aktiviti Polis KidZania KL

Aku share sini maklumat tentang aktiviti polis di KidZania Malaysia:

  • Umur : 1 tahun ke atas
  • Kapasiti : 6 orang kanak-kanak pada satu masa
  • Tempoh : 20 minit setiap sesi
  • Dibayar Gaji : 6 kidzos*

Nota: Gaji 6 kidzos adalah untuk kanak-kanak yang tiada pazzport KidZania. Pemegang pazzport Naturalized Citizen akan dapat 8 kidzos, Distinguished Citizen 10 kidzos & Honorable Citizen 12 kidzos.

Hiring Time Untuk Polis Di KidZania Malaysia

Aku share sini HIRING TIME untuk aktiviti polis di KidZania KL.

  • Police Station – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm

Nota: * Hiring time berwarna merah hanya didapati pada hari Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah sahaja. Sila rujuk jadual dalam gambar di bawah untuk mengetahui Job Time Slots yang available untuk setiap hiring time.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia

Pengalaman & Gambar Polis Di KidZania Malaysia 2012

Izzah pernah bermain jadi polis di KidZania KL masa pergi melawat KidZania pada tahun 2012.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania – 2012

Aku rasa sekali itu je lah dia jadi polis. Sebab line untuk jadi polis sangat panjang. Omak tak kuasa nak menunggu. Haha!

Pengalaman KidZania Malaysia | Aktiviti Menarik KidZania – Police Officer (Pegawai Polis) Di Police Station KidZania Malaysia (Tips & Gambar)
Izzah polis KidZania – 2012

Tapi masa first time main jadi polis KidZania tu, aku puas hati sangat dapat ambil banyak gambar Izzah memakai uniform polis.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania – 2012

Tugas polis pada masa tu ialah meronda bandar KidZania. So Zupervisor akan bawa anggota polis semua singgah ke establishments tertentu.

Tak pasti pulak kenapa hanya tempat tersebut dipilih semasa sesi rondaan. Mungkin tempat high risk agaknya.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania – 2012

Izzah time tu masih kecik umur 4 tahun. So memang dia blur tak tahu nak buat apa. Nasib baik ada abang sepasukan yang memimpin tangan adik polis ni. Hehe!

Pengalaman & Gambar Polis Di KidZania Malaysia Jun 2018

Anak-anak aku semua dapat bermain jadi polis di  KidZania masa kami pergi bulan Jun 2018 tu.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah, Irfan & Irdina di Police Station KidZania – Jun 2018

Masa memakai uniform polis dan sesi training dalam Police Station tu, Dina masih okey lagi. Siap boleh lambai aku yang mengintai di sebalik cermin pintu balai polis.

Tapi bila aku menghilangkan diri sebab nak tengok ATM Central Bank of KidZania yang kat sebelah balai polis tu, Dina menangis pulak.

Terkejut aku bila tengok Zupervisor bawa keluar Dina dan berikan pada aku. Adudu!

Aku pujuk dia masuk balik dalam Police Station tapi Dina tak mau. So uniform kena buka dan giliran Dina diberikan pada budak lain yang sedang beratur.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irdina polis KidZania – Jun 2018

Sibuk sangat melayan budak Dina tu hingga aku tak sempat ambik gambar Izzah dan Irfan marching bawa kon ke Flamingo Hotel.

Bila aku sampai ke Flamingo Hotel KidZania tu, anak-anak aku sedang menjalankan tugas menjadi benteng manusia di kawasan kebakaran.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irfan polis KidZania – Jun 2018

Irfan nampak serius pulak jadi polis. Muka tarak mau senyum la ini abam polis. Sungguh berdedikasi menjalankan tugas.

Tapi lepas aku usik-usik senyum jugak budak ni. Hilang fokus bila omak kacau. Wahaha!

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irfan polis KidZania – Jun 2018

Izzah pulak macam kelat je muka jadi polis KidZania. Boring kot kena depa tangan macam tu.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania – Jun 2018

Bertabahlah kakak demi seketul stamp di dalam pazzport. Hehe!

Pengalaman & Gambar Polis Di KidZania Malaysia Ogos 2018

Anak-anak aku tak main jadi polis masa first time pergi KidZania Malaysia dalam bulan Ogos 2018. Mereka sibuk nak buat kerja kat Burger Shop. So bila singgah Police Station, booking sticker sudah habis.

Malas nak datang pada hiring time seterusnya. Banyak aktiviti lain belum buat lagi.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah, Irfan & Irdina – Police Station Ogos 2018

Tapi masa datang lagi ke KidZania KL dalam bulan Ogos 2018 tu, anak-anak semua dapat booking sticker untuk jadi polis KidZania.

Adakah Irdina menangis lagi masa sesi training dalam Police Station KidZania? Of coz tidak!

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irdina di Police Station KidZania – Ogos 2018

Kali ini dia sangat ceria untuk main olok-olok jadi polis.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irfan di Police Station KidZania – Ogos 2018

Irfan pulak tak usah cakap lah. Memang terlebih excited nak jadi polis KidZania Malaysia.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Polis sedang berkawad – Ogos 2018

So dapat lah aku ambik gambar anak-anak aku sedang marching bawak kon menuju ke Flamingo Hotel. Kiri kanan, kiri kanan! Gitu!

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Berat ke kon tu?

Irdina tu macam tak larat je nak angkat kon tu. Gigih anak omak ni tau. Wahaha!

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah polis KidZania – Ogos 2018

Izzah pulak polis senior lah kot sebab kena jalan kat belakang sekali. Bertabahlah ye kakak.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Seronok ye marching bawak kon?

Anak-anak kena letak kon dan membentuk benteng manusia di depan Flamingo Hotel. Supaya orang awam (read: ibu bapa) tak menyibuk kacau pasukan bomba yang sedang memadamkan kebakaran.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irdina polis KidZania – Ogos 2018

Parents kat situ kalau boleh memang nak pergi dekat anak yang main jadi bomba tu untuk ambik gambar.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irdina polis KidZania – Ogos 2018

Aku tau lah sebab aku kan parent jugak. Sebab tu polis kena halang. Wahaha!

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irfan polis KidZania – Ogos 2018

Macam comel pulak aku tengok Dina jadi polis Kidzania. Topi tu besar agaknya.

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irdina polis KidZania – Ogos 2018

Asyik tertutup mata dia hingga Zupervisor kena betulkan. Haha!

KidZania Kuala Lumpur Malaysia
Irdina polis KidZania – Ogos 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *