Bismillah. Cikros di sini.
Pilot @ Juruterbang adalah salah satu daripada 6 aktiviti paling mendapat sambutan hangat di KidZania Malaysia. Memang ramai sungguh kanak-kanak yang nak merasa pengalaman menjadi pilot dan memandu kapal terbang di KidZania!
Sebab tu kalau nak jadi pilot di Air Asia Flight Simulator KidZania KL wajib ambik booking sticker pada masa hiring time yang ditetapkan. Anak mesti cepat datang beratur pada masa hiring time di Air Asia Flight Simulator untuk dapat booking sticker.
Dari pemerhatian aku, kena datang beratur at least 30 minit sebelum hiring time. Lebih awal lebih bagus. Kalau datang tepat pada masa hiring time memang tak dapat lah booking sticker untuk Air Flight Simulator tu. Sebab kuota dah penuh!

So kena cepat datang beratur. Biasanya kanak-kanak akan duduk dalam satu barisan di tempat yang di sediakan di sebelah Air Asia Flight Simulator tu.
Nota: Air Asia Flight Simulator berada di tingkat 1 KidZania KL.
Kapasiti untuk satu sesi terhad 10 orang. So jika ada 4 sesi setiap hiring time maka hanya 40 kanak-kanak sahaja yang akan dapat booking sticker. Jika sticker dah habis, kena datang semula pada hiring time yang seterusnya.
Hiring time Air Asia Flight Simulator KidZania KL akan dibuat dalam masa 2 jam sekali. So omak abah sila alert dan plan baik-baik. Hehe!
Sila rujuk hiring time dalam post 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.
So, apa yang menarik tentang aktiviti sebagai Pilot / First Officer di KidZania Malaysia ni?
Aku rasa ramai budak berebut nak jadi Pilot sebab juruterbang kan satu pekerjaan yang glamer. Bukan senang nak experience jadi pilot ni kan? Hehe!
Aktiviti Pilot di Air Asia Flight Simulator KidZania Malaysia
Antara perkara menarik yang akan dialami oleh kanak-kanak yang menjadi pilot di KidZania KL ialah:
- Memakai uniform pilot
- Mendengar taklimat penerbangan
- Belajar menerbangkan pesawat @ aeroplane
Syarat Umur Untuk Menjadi Pilot Di KidZania
Since 2012, syarat umur untuk menjadi Pilot di KidZania tetap sama iaitu dari umur 4 tahun ke atas.
So Izzah dan Irfan memang boleh sangat jadi Pilot di Air Asia Flight Simulator Kidzania KL. Tapi Dina belum cukup umur so kena tunggu kat luar dengan omak. Bertabah lah omak layan kerenah budak ni Hehe!
Maklumat Aktiviti Pilot Air Asia Flight Simulator KidZania KL
Aku share sini maklumat tentang aktiviti pilot / juruterbang di Air Asia Flight Simulator KidZania Malaysia:
- Umur : 4 tahun ke atas
- Kapasiti : 10 orang kanak-kanak pada satu masa
- Tempoh : 20 minit setiap sesi
- Bayaran : 12 kidzos*
Nota: Aktiviti Pilot di Air Asia Flight Simulator akan dapat gaji sebanyak 12 kidzos untuk kanak-kanak yang tiada pazzport KidZania. Pemegang pazzport akan dapat gaji extra iaitu Naturalized Citizen akan dapat 14 kidzos, Distinguished Citizen 16 kidzos & Honorable Citizen 18 kidzos. Berbaloi tau ada pazzport.
Hiring Time Untuk Pilot Air Asia Flight Simulator
Aku share sini HIRING TIME untuk aktiviti Air Asia Flight Simulator di KidZania KL.
- Air Asia Flight Simulator – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
Nota: * Hiring time berwarna merah hanya didapati pada hari Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah sahaja. Sila rujuk jadual dalam gambar di bawah untuk mengetahui Job Time Slots yang available untuk setiap hiring time.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Pengalaman & Gambar Pilot Di KidZania Malaysia 2012
Masa Izzah ke KidZania KL kali pertama pada tahun 2012, memang ramai kanak-kanak yang beratur untuk jadi pilot.

Sebab tu masa pergi kali kedua tu aku memang sudah target untuk Izzah jadi pilot. So sebaik sahaja masuk ke dalam KidZania Malaysia, kami terus terjah ke kawasan Air Asia Flight Simulator. Omak kiasu mah. Wahaha!

So dapat lah Izzah merasa pengalaman memandu kapal terbang dalam Air Asia Flight Simulator tu.
Aktiviti sebagai pilot di Air Asia Flight Simulator Kidzania KL ini adalah salah satu tempat di mana parents sangat sukar nak ambik gambar anak.

Masa tahun 2012 tu, parents masih boleh lagi masuk ke dalam bangunan kaca Pilot Training Facility tu. So boleh lah nak meninjau suasana dalam kabin pesawat sambil ambil gambar dari jauh.

Beruntung lah kalau ada camera canggih boleh zoom sampai ke dalam Air Asia Flight Simulator tu. Clear sikit gambar. Hehe!

Tapi memang tak puas hati lah sebab tak dapat ambik gambar anak dalam cockpit pesawat. Terpaksa lah aku beli gambar Izzah sebagai pilot untuk buat kenangan.

Pengalaman & Gambar Pilot Di KidZania Malaysia 2018
Izzah dan Irfan sempat dapat booking sticker untuk jadi Pilot di Air Asia Flight Simulator masa kami ke KidZania dalam bulan Julai 2018.

Of coz lah dapat booking sticker Pilot sebab omak yang suruh anak-anak pergi beratur awal setengah jam sebelum hiring time. Nasib baik dapat sebab time tu pun dah ada dekat 20 budak sedang menunggu!

So anak kena bertabah lah beratur antara 30 – 40 minit sebelum hiring time jika nak dapatkan booking sticker bagi menjadi juruterbang di KidZania KL.
Selepas dapat booking sticker, boleh lah anak buat dulu aktiviti lain jika sempat.
Macam Izzah & Irfan hari tu pergi beratur masa hiring time pukul 1.30 pm. Mereka dapat booking sticker Air Asia Flight Simulator untuk aktiviti pukul 2.20pm.

Jadi ada masa 40 minit yang boleh digunakan untuk buat satu aktiviti lain. So anak-anak aku buat aktiviti di Computer Factory yang berada bersebelahan Air Asia Flight Simulator tu.

Nak ambil gambar buat aktiviti dalam Flight Simulator memang susah lah. Sebab sekarang parents langsung tak boleh masuk dalam bangunan kaca tu.

Gigih aku zoom camera phone dari celah lubang pintu kaca tu. Dapat lah jugak ambik gambar anak-anak aku sedang duduk dalam kabin pesawat tu semasa diberikan taklimat. Jadi lah tu daripada tak ada. Hehe!
Aku tak beli gambar anak-anak aku masa di KidZania kali ni sebab tak cukup budget. Next time kalau ada rezeki omak kena menabung lah untuk beli gambar anak bawak kapal terbang Air Asia di Kidzania Malaysia tu.

Oh ya! Kat luar bangunan kaca Pilot Training Facility tu ada monitor CCTV. So boleh tengok aktiviti dalam kabin pesawat dari monitor tu. Tapi tak clear langsung. Tak tau mana satu anak-anak aku. Haha!