Bismillah. Cikros di sini.
Fire fighters @ pasukan Bomba di KidZania Malaysia adalah aktiviti yang super duper PANAS. Bukan panas sebab kena memadamkan kebakaran hotel.
Tapi panas sebab fire fighters KidZania adalah salah satu job di KidZania yang paling ramai kanak-kanak nak buat. Boleh kata bomba ni the hottest activity in KidZania Malaysia lah.
Demand untuk jadi fire fighters KidZania KL adalah sangat tinggi hingga dulu pernah queuing / waiting time mencecah lebih daripada sejam. Menangis omak tengok line barisan panjang. Wahaha!

Tapi sekarang aku tengok aktiviti yang hot di KidZania Malaysia sudah diurus dengan lebih baik berbanding dulu. Bomba adalah salah satu daripada 6 aktiviti hot yang memerlukan kanak-kanak mengambil booking sticker pada masa hiring time yang ditetapkan.

Meaning, siapa cepat datang pada masa hiring time, dia akan berpeluang dapat booking sticker untuk buat aktiviti tersebut. Jika sticker dah habis, kena datang semula pada hiring time yang seterusnya. Biasanya hiring time akan dibuat dalam masa 2 jam sekali. So omak abah sila bertabahlah. Plan baik-baik. Hehe!
Sila rujuk hiring time dalam post 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.
So, apa yang menarik tentang aktiviti bomba di KidZania Malaysia ni? Aktiviti bomba KidZania ni aku rasa paling best sebab kanak-kanak akan pakai uniform bomba lengkap dengan topi dan akan naik kereta bomba untuk sampai ke Flamingo Hotel yang sedang terbakar.
Kebakaran hotel tu macam real dengan kesan khas lighting api menjulang dalam bilik hotel. Bunyi kebakaran pun sangat bising. Siap ada bunyi kaca tingkap pecah lagi tau.

Aku rasa aktiviti bomba ni adalah aktiviti yang paling kecoh dan bising sekali di KidZania Malaysia. Wahaha!
Aktiviti Fire Fighters KidZania Malaysia
Antara perkara menarik yang akan dialami oleh kanak-kanak yang menjadi fire fighters di KidZania KL ialah:
- Memakai uniform bomba
- Menonton video langkah pencegahan kebakaran
- Menaiki kereta bomba mengelilingi KidZania
- Memadam kebakaran hotel menggunakan water cannon

Aku paling suka tengok anak-anak aku pakai uniform bomba tu sebab sangat lah cute. Masa KidZania KL mula dibuka dulu, uniform bomba berwarna kuning.

Pasukan bomba KidZania masa tu rasanya ditaja oleh syarikat Fitters. Sebab nama pasukan bomba masa tu pun Fitters Fire Fighters.

Tapi sekarang uniform bomba KidZania sudah serupa macam uniform pasukan bomba Malaysia. Baju celoreng gabungan warna biru tua, hijau zaitun dan oren nampak comel sangat bila kanak-kanak pakai.

Omak memang tak lepaskan peluang untuk ambik gambar anak-anak masa mereka beraksi menjadi bomba di Kidzania. Hehe!

Oh ya. Water cannon yang digunakan untuk memadamkan kebakaran Flamingo Hotel tu memang memancutkan air sebenar. So it’s macam real punya kerja bomba lah. Sebab tu budak-budak excited nak jadi bomba.

Syarat Umur Untuk Menjadi Bomba Di KidZania
Masa Izzah ke KidZania KL dari tahun 2012-2014, hanya kanak-kanak berumur dari 4 tahun ke atas sahaja boleh jadi fire fighters. Masa tu Izzah memang dah 4 tahun so tiap-tiap kali pergi mesti nak jadi bomba.
Kecuali one time tu terlalu ramai sangat budak-budak tadika yang beratur. Nak bazirkan masa beratur lebih sejam semata-mata untuk satu aktiviti? Memang tak kuasa lah omak nak menunggu kan. Haha!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi now syarat umur untuk menjadi bomba di KidZania sudah berubah. Kanak-kanak berumur dari 1 tahun ke atas dah boleh main jadi fire fighters.

Bomba ni salah satu aktiviti yang toddlers (kanak-kanak 1-3 tahun) boleh sertai. So it is a very good news. Sebab anak aku Dina tu kan toddler lagi. Tak rugi lah beli tiket masuk KidZania sebab dia pun boleh main jugak. Yeay!
Maklumat Aktiviti Bomba KidZania KL
Aku share sini maklumat tentang aktiviti fire fighters di KidZania Malaysia:
- Umur : 1 tahun ke atas
- Kapasiti : 8 orang kanak-kanak pada satu masa
- Tempoh : 20 minit setiap sesi
- Dibayar Gaji : 7 kidzos*
Nota: Gaji 7 kidzos adalah untuk kanak-kanak yang tiada pazzport KidZania. Pemegang pazzport Naturalized Citizen akan dapat 9 kidzos, Distinguished Citizen 11 kidzos & Honorable Citizen 13 kidzos.
Hiring Time Untuk Bomba Di KidZania Malaysia
Aku share sini HIRING TIME untuk aktiviti fire fighters di KidZania KL.
- Fire Station – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
Nota: * Hiring time berwarna merah hanya didapati pada hari Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah sahaja. Sila rujuk jadual dalam gambar di bawah untuk mengetahui Job Time Slots yang available untuk setiap hiring time.
Pengalaman & Gambar Bomba Di KidZania Malaysia 2012-2014
Izzah pernah jadi bomba KidZania dah banyak kali. Masa first time pergi in March 2012, terus bertuah dapat jadi bomba.

Tapi aku tak dapat angle yang baik untuk ambik gambar Izzah beraksi. Keadaan kelam kabut. Aku pun first time teruja terlebih pulak tengok budak-budak padamkan api.

Second time pergi in 2012 jugak. Kali ini omak dah terer. Siap boleh ambik gambar Izzah dalam kereta bomba dari atas tau.

Gigih omak berlari untuk panjat tangga semata-mata nak ambik gambar. Berbaloi dengan setiap peluh yang merecik.

Kejang kaki tak usah cakap lah. Tapi memang seronok dapat tengok muka anak happy main air bomba tu. Wahaha!

Bila pergi lagi in 2013, aku tengok bomba KidZania dah kena beratur panjang.

Nasib baik Izzah sempat masuk barisan terawal. So boleh lah main jadi fire fighters lagi.

Dulu baju uniform bomba KidZania Malaysia warna kuning dan topi pun warna kuning juga.

Tahun 2013, baju masih lagi kuning tapi topi sudah bertukar menjadi warna hitam. Macam tak matching pulak.

Penghujung tahun 2014 kami pergi lagi. Tapi line beratur untuk fire fighters KidZania KL tersangat panjang. Tak kosa omak. Haha!
Pengalaman & Gambar Bomba Di KidZania Malaysia Jun 2018
IRFAN first time pergi KidZania dalam tahun 2013. Masa tu dia baby sangat lagi. So just dapat main kat Urbano House. Bukan ingat pun memori masa baby. Hehe!

So bila pergi lagi second time masa Jun 2018, Irfan memang sangat excited dapat main jadi fire fighters di KidZania Malaysia.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Seronok dapat nak kereta bomba dan main air padamkan kebakaran di Flamingo Hotel.
Bila balik rumah siap tanya berulang-kali, bila nak pergi KidZania lagi? Tersedak omak okey. Budget nan hado. Huhu!
IRDINA pulak memang masa Jun 2018 tu first time menjejakkan kaki ke KidZania KL. Excited dia walaupun tak tau apa benda KidZania ni.
Sebaik sahaja masuk ke KidZania Malaysia tu, kami terus bergegas ke Fire Station. Teruja aku tengok budak umur 1 tahun ke atas dah boleh jadi bomba.

So terus lah aku suruh anak-anak semua termasuk lah Irdina tu beratur ambik booking sticker. Aku nak tengok Dina tu boleh ke tidak berdikari tanpa aku di sisi. Ewah. Haha!

Irdina passed masa pakai uniform bomba dan duduk dalam Fire Station untuk menonton video Fire Prevention Steps. Aku tengok siap boleh borak-borak dengan Zupervisor dalam tu lagi. Memang peramah dia ni.

Tapi bila time nak naik kereta bomba tu Dina menangis ketakutan. Izzah dan Irfan pujuk pun tak mau. So terpaksalah dia skipped aktiviti naik kereta bomba dan memadamkam kebakaran.

Aku bawa dia tunggu kat tepi Flamingo Hotel tu. Dah habis sesi memadamkan kebakaran, baru Dina nak masuk balik dalam Fire Station.

First experience Dina buat aktiviti macam ni mah. Kira okey lah tu dapat gaji jugak
Pengalaman & Gambar Bomba Di KidZania Malaysia Ogos 2018
Kami pergi lagi KidZania pada bulan Ogos 2018 sebanyak dua kali masa cuti sekolah. Alhamdulillah sebab omak dapat voucher tiket KidZania free.

Sampai je ke KidZania Malaysia memang kami terus ke Fire Station. Kali ni pun aku suruh semua anak-anak aku beratur ambik booking sticker.
Adakah Irdina masih lagi menangis sebab takut nak naik kereta bomba? Of coz tidak!


Anak omak sudah berjaya hilangkan ketakutan. Seronok aku tengok Dina dah berani naik kereta bomba dan pegang water cannon untuk padamkan api. Yeah!

Zupervisor siap bagi Dina duduk atas peha dia masa padamkan api tu. Manja pulak Dina dengan Zupervisor Bomba ye. Wahaha!

Tapi memang comel lah Dina padam api sambil duduk atas peha Zupervisor tu. Tak pernah dibuat orang kot. Hehe!
Izzah dan Irfan pulak dah pro sangat main meriam air ni. Tak pandang kiri kanan dah. Sibuk sangat memadamkam kebakaran.
Selepas habis aktiviti di Fire Station KidZania Malaysia tu, Dina tak habis-habis bercerita pengalaman dia naik kereta bomba dan main air. Nak repeat lagi la tu. Wahaha!
Kami pergi lagi kali kedua dalam bulan Ogos tu selepas Hari Raya Haji.

Macam biasa, tempat pertama yang dituju ialah Fire Station KidZania. Kena ambik booking sticker dulu pada masa hiring time.
Izzah macam dah boring nak main bomba ni. Tapi dia still main jugak sebab nak collect stamp dalam pazzport.

Kali ni Dina lebih bersemangat nak jadi ahli bomba KidZania. Tak sabar nak main meriam air lah tu. Wahaha!

Aku gigih berlari naik tangga untuk ambik gambar anak-anak dalam kereta bomba dari pandangan atas. Tapi hasil gambar kurang memuaskan sebab guna camera phone je. Huhu!
Irfan dan Irdina bila dapat water cannon tu tak pandang kiri kanan dah.

Aku panggil pun tak peduli pun. Sibuk sangat tu memadamkan kebakaran olok-olok di Flamingo Hotel KidZania KL.

Izzah pun sama lah. Eh! Mana gambar Izzah masa memadamkan api?

Opss. Omak tak ambik gambar dia sebab fokus ambik gambar Dina je. Alah. Gambar kakak main bomba KidZania kan dah banyak. Hehe!
Selepas aktiviti memadamkan kebakaran, semua ahli bomba KidZania bersama pasukan Polis KidZania akan buat team meeting dan bersorak meraikan kejayaan mereka bekerjasama.


Team bomba akan naik semula kereta bomba untuk kembali ke Fire Station KidZania Malaysia.

Last sekali, of coz lah dapat gaji untuk kerja jadi fire fighters tu. Anak-anak aku semua dapat 9 kidzos seorang sebab ada pazzport Naturalised Citizen.
So buat lah pazzport untuk anak. Cepat sikit anak dapat kumpul duit kidzos kepok-kepok. Hehe!