Bismillah. Cikros di sini.
Burger Maker @ Pembuat Burger adalah salah satu daripada 6 aktiviti terlajak laris di KidZania Malaysia. Kanak-kanak yang nak kerja di Burger Shop KidZania memang sangat ramai.

So nak join aktiviti sebagai Burger Maker di Burger Shop wajib ambik booking sticker pada masa hiring time yang ditetapkan.
Anak mesti cepat datang beratur pada masa hiring time di Burger Shop untuk dapat booking sticker Burger Maker. Jika sticker dah habis, kena datang semula pada hiring time yang seterusnya.

Hiring time Burger Shop akan dibuat dalam masa 2 jam sekali. So omak abah sila alert dan plan baik-baik. Hehe!
Sila rujuk hiring time dalam post 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.
So, apa yang menarik tentang aktiviti sebagai Burger Maker di KidZania Malaysia ni? Aku rasa ramai budak berebut nak jadi Burger Maker sebab ia adalah kedai burger McDonalds.
Of coz lah ramai budak-budak tahu McDonalds ni kan. Kedai fast food yang paling popular kot kat Malaysia. Selalu keluar iklan TV right.
Parents pun sure suka anak-anak jadi Burger Maker KidZania. Sebab selepas selesai job tu, anak akan dapat satu box Happy Meal yang mengandungi burger ayam, french fries dan alat mainan.
Kenyang lah budak tu makan burger dan kentang goreng. Jimat duit omak tak payah beli lunch untuk anak. Wahaha!
Aktiviti Burger Maker KidZania Malaysia
Antara perkara menarik yang akan dialami oleh kanak-kanak yang menjadi Burger Maker di KidZania KL ialah:
- Memakai apron Burger Maker
- Mendengar taklimat menyediakan burger
- Belajar menyediakan dan membungkus burger ayam
- Makan burger dan fries!
Syarat Umur Untuk Menjadi Polis Di KidZania
Since 2012, syarat umur untuk menjadi Burger Maker di KidZania tetap sama iaitu dari umur 4 tahun ke atas.
So Izzah dan Irfan memang boleh sangat jadi Burger Maker. Tapi Dina belum cukup umur so kena tunggu kar luar dengan omak. Hehe!
Maklumat Aktiviti Burger Maker KidZania KL
Aku share sini maklumat tentang aktiviti pembuat burger di Burger Shop KidZania Malaysia:
- Umur : 4 tahun ke atas
- Kapasiti : 8 orang kanak-kanak pada satu masa
- Tempoh : 20 minit setiap sesi
- Bayaran : 15 kidzos*
Nota: Aktiviti Burger Maker kena bayar duit sebanyak 15 kidzos untuk kanak-kanak yang tiada pazzport KidZania. Pemegang pazzport akan dapat diskaun iaitu Naturalized Citizen hanya perlu bayar 13 kidzos, Distinguished Citizen 11 kidzos & Honorable Citizen 9 kidzos. Jimat tau ada pazzport.
Hiring Time Untuk Burger Maker Di KidZania Malaysia
Aku share sini HIRING TIME untuk aktiviti pembuat burger di KidZania KL.
- McDonald’s Burger Shop – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
Nota: * Hiring time berwarna merah hanya didapati pada hari Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah sahaja. Sila rujuk jadual dalam gambar di bawah untuk mengetahui Job Time Slots yang available untuk setiap hiring time.
Pengalaman & Gambar Burger Maker Di KidZania Malaysia 2012
Masa Izzah ke KidZania KL pada tahun 2012, industry partner untuk Burger Shop ialah Mary Brown. So Izzah dapat belajar buat burger ayam Mary Brown lah.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Mula-mula kena pakai apron dan topi Burger Maker di Mary Brown’s Burger Shop yang berwarna merah terang tu.

Kemudian Zupervisor akan berikan taklimat ringkas.

Burger Makers kena tonton video cara-cara membuat dan menyediakan burger. After that baru lah Burger Maker akan buat burger.

Actually, Burger Maker hanya sediakan burger untuk dibungkus.

Tak perlu masak pun. Just letak salad, mayonis dan sos sahaja. Mudah amat!

Pengalaman & Gambar Burger Maker Di KidZania Malaysia 2018
Izzah dan Irfan sempat dapat booking sticker untuk jadi Burger Maker di McDonald’s Burger Shop masa kami ke KidZania dua kali dalam bulan Ogos 2018.

Masing-masing seronok sebab dapat makan burger. Aku pun suka sebab jimat duit tak payah belikan mereka lunch. Wahaha!

Mula-mula kena pakai apron McD warna kelabu tu. Kemudian dengar taklimat ringkas Burger Maker.

Selepas tu apa lagi terus buat burger lah. Patty burger tu dah siap masak so Burger Maker hanya perlu sediakan burger ayam tu sahaja.

Main letak salad dan mayonis. Senang sangat kerja Burger Maker di KidZania Malaysia ni. Hehe!

Selepas tu kanak-kanak akan belajar membungkus burger. Ada caranya nak bungkus burger. Tau ke?

Burger kena letak terbalik atas wrapping paper. Kemudian baru bungkus dan jadi lah burger McD yang macam dijual di restoran McD. Alahai… senangnya! Hehe!