Seronok budak-budak sekarang. Majlis graduasi berkali-kali. Padahal baru taska je pun. Eh.. macam jeles je bunyinya. Heh heh.
Pejam celik. Izzah konvo lagi untuk kali ke dua. Hebat.
Konvo 2011. Buat di Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Izzah graduate naik kelas dari Novice ke Apprentice.
Konvo 2012. Buat di I-Kidz World I-City Shah Alam. Izzah graduate naik kelas dari Apprentice ke Scholar.
Tapi saya terkilan. Tak dapat tengok Izzah konvo. 9 December 2012. Masa tu tengah bertapa dalam wad. Macam mana nak tengok live. Balik rumah baru boleh tengok gambar konvonya.
Nasib baik Big Babah terer jugak ambik gambar. Kalau tak meroyan kempunan mak. Heh heh.
Tema majlis konvo 2012 ialah: Santai Graduasi & Hari Keluarga.
Konvo kat I-Kidz World I-City Shah Alam. Tempat main budak-budak. Indoor theme park.
Masa konvo 2011, Izzah kena jadi nenek. Siap ada latihan intensif dan rehearsal lakonan. Kena mekap jadi tua lagi.
Konvo 2012 tak ada semua tu. Semua main spontan je. Apa yang dipelajari setiap hari itulah yang dipersembahkan. Hebat budak-budak ni semua.
Spontan. Tapi mantap.
Izzah dan kawan-kawan menyanyi lagu Mandarin (kelas Mandarin), nasyid (kelas Iqra’ dan Fardhu Ain) dan juga beberapa lagu lain.
Tarian pulak mesti ada tarian lagu Doraemon. Heh heh.
Banyak anugerah Izzah dapat masa konvo 2012.
Tokoh Ilmuwan Muda
Ada tiga orang. Izzah salah seorang daripadanya.
Mengiktiraf sahsiah, akhlak, kredibiliti dan kepimpinan sepanjang program Iqra’ dan Fardhu Ain bagi tahun 2012.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Valedictorian of the Mandarin Class of 2012
Tokoh kelas Mandarin lah ni. Hanya seorang terpilih. Izzah dapat anugerah ni.
Mengiktiraf sahsiah, kebolehan, kepimpinian dan keberanian semasa kelas Mandarin.
Certificate of Attendance New Concept Chinese Beginning
Izzah juga sudah tamat dengan jayanya kursus Mandarin New Concept Chinese Buku 1.
Malangnya tahun ni kelas Mandarin kat taska dibekukan sementara. Kalau nak sambung kena pergi kat Pusat Mandarin Setia Alam.
Hmm. Nak kena tanya ada tak kursus masa weekend. Masa weekday memang tak boleh lah. Saya kerja.
Sebut pasal Mandarin. Saya pun nak kena sambung belajar kot. Sempat belajar Core Mandarin – Elementary kat The Language Tree masa awal pregnant ari tu. Kalau ada kelas Mandarin dekat Setia Alam ni lagi lah bagus kan. Tapi kelas dewasa ada malam hari biasa je. Malas pulak.
Sambung balik cerita konvo. Izzah juga dapat Sijil Penyertaan sebab menyertai aktiviti Pertunjukan Pentas dan Persembahan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor di SACC Mall Shah Alam.
Seronok Izzah hari tu. Dapat dua beg sekolah yang cantik (Dora & Princess).
Pastu dapat scroll beserta graduation teddy yang sangat comel. Sijil Apprentice Class mestilah dapat jugak.
Masa ambik sijil graduasi kena pakai jubah graduasi warna oren ni. Tahun 2011 jubah ni agak besar dan londeh. Tahun 2012 sudah ngam-ngam dengan Izzah.
Maklumlah sudah besar dan tinggi. Tak lama lagi. Tinggi dari mama dia yang rendang ni lah. Ibarat Izzah pokok kelapa. Saya pokok betik. Heh heh.
I-Kidz World I-City Shah Alam tu saya tak pernah sampai lagi. Tak tahu best ke tidak. Ada kolam berisi bola-bola kecil. Ada banyak slides.
Paling best mungkin slide kapal terbang MAS nih.
Agaknya berebut budak-budak nak naik. Cute okeh.