Pejam celik.. dah masuk bulan 2 dah. Cepat masa berlalu. Tahun ni saya struggle dengan full time work, famili, bisnes Qaseh Gold dan jugak sebagai student universiti. Hujung minggu pula memang sangat full dengan macam-macam kelas untuk Izzah. Kelas renang, tae-kwon-do dan bahasa Mandarin.
Memang macam dah tak ada masa untuk attend apa-apa event masa weekend. Semput mak…ekekeke.
Tapi bila Watie whatsap jemput saya untuk datang cover majlis perasmian cawangan Genius Baby on Board Shah Alam saya terima. Sibuk macam mana pun demi kawan kena lah cari masa… ececee…he he.
Jadi, pada 9 Februari 2014 (Ahad) saya dengan anak-anak menerjah buat first time Genius Baby on Board Shah Alam. Nasib baik ada GPS.. kalau tak mau sesat barat kami.
Apa sebenarnya Genius Baby on Board ni?
Genius Baby On Board @ GBOB merupakan sebuah Pusat Perkembangan Minda Bayi & Kanak-Kanak milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan khas untuk menstimulasi otak bayi dan kanak-kanak melalui konsep “Belajar & Bermain” sejak lahir.
Program Playgroup yang diadakan setiap minggu bersama ibu bapa dan anak bertujuan untuk menstimulasi otak anak dan juga mendidik Ibu Bapa tentang kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Parents boleh turut sama memainkan peranan dalam perkembangan fizikal, mental dan sahsiah anak walaupun sibuk bekerja.
Ada banyak level mengikut umur anak.
- Level 1 untuk newborn – 6 bulan
- Level 2 untuk 6 – 12 bulan
- Level 3 untuk 12 – 18 bulan
- Level 5 untuk 18 bulan – 4 tahun
Kalau Irfan join kelas Genius Baby on Board ni dia kira Level 3 lah kot sebab umur dah 14 bulan. Dah level Walkers lah pencetus ummah saya tu ekekek.
The 26 weeks Walker’s program will be full of fun and entertaining activities that will enhance the toddler’s fine and gross motor skills. The toddlers began to be exposed with Montessorri Apparatus and EPL Activities that will prepare them to the real world.
Saya dan 2 bloggers terkenal Mommy Lyna dan Ben Ashaari dijemput sebagai guest blogger. Dapat lah peluang makan semeja dengan Farrah Adeeba yang super gorgeous itu. Irfan pun bukan main suka bila tengok kakak cantik macam Farrah ni… ekekeke.
Acara perasmian dimulakan dengan memotong riben. Farrah gunting riben ditemani teachers dari GBOB dan blogger jemputan.
Nampak tak muka saya interframe kat belakang tu? Saja je duduk belakang tak nak bagi Irfan tarik riben tu…Budak ni pantang nampak tali mesti nak tarik punya lah.
Lepas potong riben ada acara potong kek Genius Baby on Board ni pulak.
Wah… kek GBOB ni memang comel. Kaler pink pulak tu. I like… Izzah kata ekekeke.
Genius Baby on Board Shah Alam ni memang sangat cantik hiasan dalamannya. Luas dan selesa untuk buat aktiviti play school dengan anak-anak.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Izzah apa lagi… seronok la berlari sana sini main kejar-kejar dengan Yaya anak teacher Watie. Qarissa pulak demam so Izzah layan Yaya je lah he he.
Mommy Lyna makin cantik sekarang ni. Irfan memang suka kakak cantik macam ni tau. Eh.. bukan kakak lah.. ni acik cantik la dik.
Ben Ashaari pulak datang dengan anak dan wife dia yang sedang pregnant. Segak betul si Ben dengan rambut tercacak dan pakai uniform khas dia siap ada tulis nama blog tu. Rasa nak buat uniform macam ni jugak lah ekekee.
Anak Ben si Qhaliff tu sama umur dengan Irfan. Lahir tahun 2012. Qhaliff bulan 4. Irfan bulan 12. Tapi badan Qhaliff tu masyaallah bam bam sihat sungguh.
Beza macam langit dengan bumi banding dengan Irfan yang slim melim macam mama dia tu… eh…ekekeke
Genius Baby on Board ada berikan saya free dua keping voucher trial clas GBOB bernilai RM100. Sah sehingga bulan Disember 2014. Kena cari masa nak selit pergi play group kat Genius Baby on Board ni.
Genius Baby on Board ada 4 cawangan iaitu di: Puchong, Shah Alam, Bandar Botanic Klang dan Johor. Rasanya GBOB Shah Alam lah paling dekat dan senang saya nak pergi. Nanti kena booking slot dulu.
Jom lah join playgroup Genius Baby on Board!
Maklumat lanjut di Facebook:
- Genius Baby on Board Puchong
- Genius Baby on Board Shah Alam
- Genius Baby on Board Bandar Botanic Klang
- Genius Baby on Board Johor Bahru