Pencapaian Bayi | Risau Anak Belum Pandai Berjalan? 5 Tips Latih Bayi Berjalan Dengan Cepat

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Tak habis lagi story pasal baby berjalan. Maklom lah baby aku, Dina-saur tu belum pandai berjalan sendiri lagi. Sudah 12 bulan si meimei ni. Hehe!

Tahu tak? Most babies akan lalui fasa ini –> meniarap, merayap, merangkak, duduk, berdiri sambil berpaut, meniti, berdiri dengan sendiri, melangkah setapak dua, berjalan dan berlari.

Tapi ada jugak baby yang skip terus fasa merangkak. Tau2 je dah terer berjalan. Omak tak perasan kot? Hehe!

Bayi Belajar Berjalan

Aku dulu masa Izzah & Irfan baby tak ada peluang tengok macam mana proses baby pandai berjalan. Kerja pagi balik petang. Time weekend je ada masa dengan anak2 pun. Huhu.

Tahu2 je anak dah pandai berjalan. Kenampakan omak missed something di situ! [wp-svg-icons icon=”weather-4″ wrap=”i”]

Izzah. Aku aware dia dah pandai berdiri sambil memegang perabot. Tapi aku tak pernah nampak dia bangun untuk berdiri tanpa berpaut.

Baby Belajar Berjalan

Tup-tup satu malam tu aku ternampak dia sudah berdiri sambil cuba melangkah.

Baby Belajar Berjalan

Terketar-ketar lutut. Pastu kejung kat situ. Menangis. Takut pulop budak ni. Hehee!

Irfan. Aku aware dia memang pandai berpaut pada perabot untuk berdiri dan meniti.

Baby Belajar Berjalan

Kadang-kadang cuba memanjat juga.

Bayi Belajar Berjalan

Tup-tup aku nampak dia dah berdiri sendiri sambil menguis kaki. Tersengih macam kerang busuk. Berlagak pulak tewww! Hak hak hak!

Baby Belajar Berjalan

Bangun berdiri. Cuba melangkah. Jatuh. Bangun lagi. No retreat no surrender bro! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Bayi Belajar Berjalan

Irdina. Time Dina-saur ni aku full time mommy. Syukur sangat. Ada peluang tengok anak membesar depan mata.

Bayi Belajar Berjalan

Aku dapat tengok sendiri macam mana baby aku yang masa lahir kecik kemetot tu bertukar menjadi baby sado. Hehe!

Banyak benda yang aku tak pernah alami sebelum ni dengan Izzah & Irfan — aku dapat alami dengan Dina-saur.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Ko tau apa aku rasa? Aku rasa macam owhhh… owhhh… owhh. Excited macam pergi ke bulan beb!

Aku bagi contoh. Masa baby nak belajar merangkak. Dia bukan terus pandai merangkak tau. Ada proses disebaliknya.

Baby kena buat something else dulu sebelum merangkak. It’s not creeping @ merayap macam askar tu. Something else!

Bayi Belajar Berjalan

Baby kena bina kekuatan otot tangan dan kaki dia dulu. Baby kena buat latihan push-up dulu. Aku rasa sangat menakjubkan. Hehe!

Nak lagi contoh? Masa baby nak belajar duduk sendiri @ sit without support. Dia bukan terus pandai duduk tau. Ada proses disebaliknya.

Baby kena buat something else yang lebih penting dulu. Baby kena belajar duduk mengereng dulu.

Bayi Belajar Berjalan

Aloh. Gaya macam mermaid duduk atas singgah-sana tewww. Ala-ala model bikini bergaya tepi kolam. Menyenget!

Bayi Belajar Berjalan

Dah pandai balance-kan badan sambil menyenget. Baru pandai duduk. Comel ke comel tu? Hehehe!

Tak tau lah. Ko mungkin biasa nampak proses pencapaian bayi ni semua. Benda cam gini pun nak excited? Bedooh!

Aku tak pernah! So I have the right to be excited. Siapa ko nak menidakkan hak aku? Hak hak hak!

5 Tips Latih Bayi Berjalan

#1 — Jangan Guna Walker

Orang kata walker ni menyebabkan anak lambat pandai berjalan. Walker akan sebabkan baby malas dan hilang keyakinan. Aku pun tak tau. Betul ke idok.

Semua anak guna tiga2 guna walker. Aku sumbat dalam walker masa-masa tertentu jah. Masa nak bagi makan. Masa aku malas nak main dengan anak. Eh.. pulop! Hehe!

Tak lama pun guna walker ni. Masing2 dari umur 6 bulan hingga 9 bulan.

Bayi Belajar Berjalan

Walker Izzah aku dah lama jual. Walker Irfan pulak peram dalam stor. Lepas tu Dina-saur guna sekejap.

Now dah lebam walker tu. Simpan buat pekasam. Hak hak hak!

Still anak-anak aku ambik masa berlainan untuk pandai berjalan.

Izzah 17 bulan. Irfan 11 bulan.  Dina-saur 12 bulan belum jalan-jalan lagi.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

#2 — Jangan Pakai Stokin/Kasut

Orang kata stoking dan kasut menyebabkan anak lambat berjalan. Stokin & kasut sebabkan baby susah mengimbangi badan. Susah mengawal pergerakan.

Aku pun tak tau. Betul ke idok?

Anak-anak aku masa dalam rumah mana ada pakai stokin & kasut. Giler apa panas2 pakai stoking. Kasut lagi lah. Pakai kasut dalam rumah? Buang tebiat tewww. Hak hak hak!

#3 — Selalu Buat Latihan Berjalan

Nak anak pandai berjalan? Kenalah selalu buat latihan bertatih.

Start dengan pegang dua2 tangan baby. Jalan dari sini ke sana. Dari sana ke sini. Tawaf satu rumah. Sampai sakit pinggang. Hehe!

Bayi Belajar Berjalan

Pastu test pegang tangan baby sebelah sahaja pulak. Tawaf lagi satu rumah.

Dina-saur bila pegang dua tangan kemain laju melangkah. Tapi bila pegang sebelah tangan, lima enam langkah dah lembik lutut. Hak hak hak!

#4 — Bermain Sambil Belajar

Sambil2 ajar anak berjalan sambil main sorok-sorok. Hide and seek.

Tup tup anak tetiba berdiri dan berjalan sebab nak cepat cari ko. Kisah benar ni. Hehe!

#5 — Pastikan Keselamatan Terjamin

Baby belajar berjalan mesti banyak tergolek punya lah. Lutut goyang. Tak balance sangat. Mudah terlentang.

Kena make sure persekitaran adalah selamat. Pastikan lantai tak licin. Lagi bagus jika ada karpet.

Bayi Belajar Berjalan

Pastikan tak ada barang mainan bersepah merata-rata. Takut tersadung kaki terus tersembam muka atas lantai.

Izzah dulu pernah terhantuk dahi pada palang kayu kat pintu bilik di taska. Masa tu dia baru nak berjalan. Habis dahi anak aku!

Bayi Belajar Berjalan

Nak marah pengasuh pun tak guna. Benda dah jadi.

Bayi Belajar Berjalan

Kena jadikan pengajaran. Anak baru pandai berjalan kena di pantau. Wajib!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *