Pencapaian Bayi | Kenapa Bayi Suka Menonggeng @ Upside Down Sambil Bermain?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Anak bila cecah umur 1 tahun lebih mesti akan buat aksi menonggeng macam ni kan? Comelicious sangat tau!

Bayi Suka Bermain Menonggeng

Izzah, Irfan dan sekarang Irdina masing-masing pernah buat gaya menonggeng yang omak rasa so sweet ni. Hehe!

Bayi Suka Bermain Menonggeng

Normalkah baby suka bermain dengan posisi upside down (USD position) ni? Aku rasa normal bagi baby yang sihat. Nampak seronok bermain menonggeng sambil melatih pergerakan motor kasar.

Bayi Suka Bermain Menonggeng

Tahu tak omak abah sekelian alam? Budak-budak memang suka kepala mereka berada di bawah! Really? Yeah!!

Bermain dengan posisi upside down (kepala di bawah) sangat membantu merangsang otak terutamanya fungsi  “balance sensors” otak.

The balance sensors are part of the vestibular organs and have many specialised nerve cells. They form a very important part of the nervous system as they assist in maintaining a calm state as well as good balance and posture.

Seimbang (balance) adalah keupayaan mengawal dan mengekalkan kedudukan badan yang membolehkan individu untuk melakukan pelbagai aktiviti di persekitaran berbeza.

Bayi Suka Bermain Menonggeng

Adalah sangat penting untuk anak-anak bergerak dalam 3 dimensi berbeza iaitu menegak (vertical), mendatar (horizontal) dan menyerong (diagonal) untuk pembesaran yang sihat.

Jangan risau jika anak suka bermain dengan kepala di bawah dalam waktu yang singkat. Kedudukan kepala di bawah boleh merangsang mekanisma keseimbangan badan yang berhubung dengan otak, mata dan otot. Masa ini lah pelbagai sistem sensori bekerja bersama-sama!

Kebaikan Anak Bermain Menonggeng / Kepala Di bawah / Upside Down

  • Tulang belakang lurus (spine hangs straight)
  • Membina kekuatan badan (core and upper body strength)
  • Meningkatkan daya tumpuan (focus)
  • Mengurangkan stress & menggalakkan ketenangan
  • Melepaskan tekanan daripada tulang belakang akibat graviti

Bayi Suka Bermain Menonggeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *