Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Bila jadi mak ni macam-macam benda nak risau.Betul ke betul?
Baby lambat tumbuh gigi. Baby malas merangkak. Baby lambat berjalan. Baby tak reti-reti bercakap.
Memang segala benda berkaitan baby mesti risau. Omak over. Hak hak hak!
Aku dulu pun sama. Serius. Masa Izzah segala mak nenek aku risau. Maklom ler anak first. Suka sangat aku banding dengan anak orang lain.
Izzah tu aku rasa segala macam benda dia delay. Lambat berjalan. Lambat bercakap. Lambat pandai berak di jamban.
Omak! Bab berak tu salah aku kot. Malas potty train. Hehehe!
Bayi Berjalan Umur Berapa Sebenarnya?
Anak lambat berjalan? Jangan risau. Baby ni perkembangan masing-masing berbeza.
Nasihat aku satu je. Stop bandingkan anak ko dengan anak orang!
Lagi satu nasihat. Tadi kata satu je. Omak over. Stop jugak bandingkan anak ko yang ni dengan anak ko yang lain-lain.
Senang cerita. Buat bodo je. Hak hak hak! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Aku dulu masa anak satu @ Izzah. Selalu jugak rasa panik dan jeles. Bila tengok kawan2 blogger update milestones anak.
Aku rasa macam masalah besar sangat. Sebab milestones Izzah ketinggalan LRT 10 stesen dari budak sebaya dia. Jauh weh ketinggalan. Serius omak stress!
Padahal tak pun. Omak yang over. Pelempang muka sendiri. Dush dush!
Anak-anak aku pandai berjalan masa umur yang sangat berbeza.
- Izzah – 17 bulan (1 tahun 5 bulan) …uhuh…omak sangat risau hingga stress!
- Irfan – 11 bulan …wahhh…advance budak ni!
- Irdina – belum lagi berjalan sendiri; now dah 12 bulan …uhuh.. patut risau ke? Takkkk!
“Kebanyakan baby mula melangkah sendiri antara 9-12 bulan. Mereka akan boleh berjalan dengan baik semasa 14-15 bulan. Ada juga baby normal yang mula pandai berjalan bila berumur 16-17 bulan.” — petikan dari BabyCenter.com
Kebaikan Bayi Lambat Berjalan
Ada yang kata, “Late walker ni bila besar jadi bijak.”
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Anak yang lambat berjalan ni lama merangkak. Banyak guna motor kasar. So akan pengaruhi kebijaksanaan dia. Lagi lama merangkak, lagi bijak!
Wahh. Betul ke betul? Serius omak teruja. Bukan aku je yang teruja. Berlambak mak-mak lain yang excited. Ko pun kan? Hehe!
Sampai ada yang ajak anak main merangkak sama-sama. Mak merangkak kejar anak. Anak merangkak kejar mak. Merangkak kan buat anak bijak.
Wait a second! Kalau kita yang dah tua ni merangkak agak2 boleh jadi bijak jugak tak? Jom meh merangkak berjemaah. Mana tau jadi terlebih bijak. Boleh buat PHD. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Irdina 12 Bulan Belum Pandai Berjalan
Baby bongsu aku Dina-saur ni. Nampak gaya macam nak lagi advance dari abang Irfan dia. Tapi rupanya tak. Kuciwa omak. Hak hak hak!
Lambat jugak berjalan. Jangan jadi macam kakak Izzah sudah. Izzah tu lambat bebenor!
Dina-saur aku ni merangkak laju. Meniti pun laju. Actually dah boleh pun berdiri sambil lepas tangan. Tapi only for a few seconds. Omak tepuk dahi!
Sebab berat bontot kah? Sebab Dina-saur memang malas? Ntah. Kah kah kah!
Hari tu aku dan famili jalan-jalan kat shopping mall. Pastu laling pegang tangan Dina-saur sebelah. Boleh pun melangkah tanpa goyah!
Tapi lepas beberapa minit berjalan dah melembikkan lutut. Merangkak lagi senang dari berjalan kot. Hehehe!
Anyway. Bravo Dina-saur. Teruskan usaha. Dina-saur boleh!!
Tak lama lagi pandai la dia bangun dan berjalan sendiri kan? Aku yakin itu! [wp-svg-icons icon=”accessibility” wrap=”i”]