Peliknya.. Tak De Lori Lalu Highway Pagi Tadi

Hari ni bukan cuti sekolah kan? Bukan public holiday kat KL kan?

Tapi kenapa jalan kat highway NKVE tak jem hari ni? Pelik bin ajaib. Sebab hari-hari kalau time kerja waktu 7-9 pagi tu.. tak sah kalau tak jem.

I duduk Klang.. so lalu highway Setia Alam masuk NKVE menuju ke Subang Jaya. Pastu setiap hari memang jem tak hingat la kat exit Bukit Jelutong tu. Bottle-neck kat situ sebab kenderaan dari exit KLIA pun masuk NKVE.. dan dari Shah Alam/Bukit Jelutong pun keluar situ. Campur lagi kenderaan dari Klang.

Then I perasan, TAK ADA LORI BESAR ATAU TRAILER kat highway NKVE ari ni la. Patutlah tak jem. Yang selalu buat jem tu lori besar tu semua la. Hantu betul.

Dan baru kejap tadi dengar berita cakap hari ni memang semua kenderaan berat tak dibenarkan bergerak kat highway masa time orang pergi ofis. Semua kena stop kat R&R.

Bagus! Bagus! I suka. I sokong.

Tak ada la pagi-pagi stress sebab nak datang ofis jem. Yehu!

Tags from the story
, ,

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *