Patung Mainan Kanak-Kanak | Anak Patung Baby Alive Go Bye Bye 2007 Berumur 8 Tahun!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

Ada anak perempuan mesti ada beli baby doll untuk anak kan? Tak kisah lah mahal ke murah. Janji ada anak patung. Kennn?

Aku dulu masa kecik merasa jugak main baby doll. Jenis baby doll plastik nipis dan keras. Bila terduduk je pecah. Hehe!

Masa Izzah umur setahun aku belikan dia anak patung Baby Alive Go Bye Bye. Masa tu anak patung Baby Alive hari-hari keluar iklan kat TV. Comel pulak omak tengok.

Anak Patung Baby Alive

Aku beli anak patung Baby Alive yang basic + harga mampu milik je. Harga RM100+.

Sebab baby doll basic je so function dia pun basic lah jugak. Hanya boleh babbling yang bunyi comel je pun.

Anak Patung Baby Alive

Apa ko expect bayar RM100+ nak dapat anak patung Baby Alive yang boleh pejam mata bila baring, boleh makan dan berak dan menyanyi tu? Mimpi seribu tahun pun tak dapat la weh. Bayar RM300++ boleh lah. Hak hak hak!

Anak Patung Baby Alive

Aku pilih anak patung Baby Alive Go Bye Bye yang ni sebab:

  • Harga mampu milik — janji dapat patung Baby Alive. Hiks!
  • Tak ada rambut sintetik — so tak kan jadi serabai macam rambut orang meroyan (macam patung Barbie & Monster High Izzah tu)
  • Ada keluar bunyi sebut nama Izzah! Betul aku tak tipu. Baby doll tu sebut macam ni “Kakak Izzah… Izzah gegurl…sambil ketawa & menyembur air liur”. Omak rasa ini rare sangat. Hehe!

Anak Patung Baby Alive

Aku tak beli anak patung Baby Alive lain yang mahal tu sebab Izzah bukannya pandai main pun. Pulak tu banyak aksesori sure hilang punya lah.

Anak Patung Baby Alive

Baby doll yang ni pun ada aksesori dia pun ada — bassinet pink + botol susu. Botol susu dah hilang ntah ke mana. Bassinet pulak dah koyak so aku buang sebab menyemak. Tinggal anak patung Baby Alive Go Bye Bye tu je yang masih bertahan.

Tapi memang kualiti superb anak patung Baby Alive ni. Dah 8 tahun tapi masih berfungsi dia punya bunyi. Stain melekat tu biasa lah.

Anak Patung Baby Alive

Aku dah pernah jahit baju untuk baby doll ni 3 pasang weh. Omak terlebih sudah. Hak hak hak!

Anak Patung Baby Alive

Baju kurung pun anak patung Baby Alive ni pernah pakai. Ko ada?

Anak Patung Baby Alive

Bila Irfan umur setahun dia pulak yang main baby doll ni. Yes. Anak jantan aku main anak patung. Ada masalah ke?

Anak lelaki main anak patung tak bermaksud budak tu besar jadi mak nyah pun. Lain la kalau anak lelaki tu memang awwwww segala-segalanya. Tu memang patut risau.

Aku rasa memang bagus bagi anak jantan main baby doll ni. Sebab boleh menerapkan kasih sayang seorang bapa sejak kecik lagi.

Macam Irfan ni dia siap main mandikan, tukar diaper dan dodoikan anak patung Baby Alive tu tidur.

Bila Irfan dapat adik Dina-saur — dia tengok aku menyusui Dina dan dia pun ikut sekali menyusui baby doll tu. Bagus tu. Kecik-kecik dah support breastfeeding. Hehe!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Anak Patung Baby Alive

Sekarang ni Dina pulak dah pandai main anak patung. Berebut-rebut dengan Irfan. Sebab Irfan tak mau bagi baby doll tu pada Dina. Dia cakap dia punya.

Anak Patung Baby Alive

Bukan dia main sangat dah pun anak patung tu. Siang di campaknya atas lantai. Malam je kadang-kadang Irfan bawak anak dia tidur sama. Bakal bapa mithali macam ni lah.

Apa omak nak buat? Kena lah beli anak patung Baby Alive lain untuk Dina. Hamboi. Nak Baby Alive jugak tu ye? Hak hak hak!

Aku suka anak patung Baby Alive ni sebab tahan lasak dan tahan lama. I mean yang aku beli Baby Alive Go Bye Bye tu lah. 8 tahun kena campak sana sini pun hidup lagi.

Anak Patung Baby Alive

So ingat nak beli untuk Dina anak patung Baby Alive yang jenis sama lah. Basic tapi comel. Tak mau yang mahal dengan banyak features dan aksesori tu.

Tapi Baby Alive Go Bye Bye macam Izzah punya keluaran tahun 2007 tu dah tak dijual lagi. Nasib baik aku jumpa Baby Alive Plays and Giggles ni. Basic, mampu milik, comel dan muka sama macam Dina!

baby alive play and giggles 2017 11

Omak tak sabar nak beli. Hehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *