PatPat.com Review Malaysia | Barang Baby Di PatPat.com Asal Dari China & Lebih Mahal Daripada Shopee!

Bismillah. Cikros di sini.

Aku selalu nampak iklan baju baby yang comel oleh PatPat.com di Facebook. Boleh kata tiap-tiap hari iklan PatPat.com ni melintas kat wall.

Sudah berbulan-bulan lamanya. Aku pernah klik sekali dan bila tengok harga barang baby kat situ yang kebabooom mahal, terus tak jadi beli. Pulak tu PatPat.com tu menjual dari United States. Mesti berganda caj postage kalau beli pun. Bo hoho!

2017 Winter Spring Baby Girls Long Sleeve Coat Jacket Rabbit Ear Hoodie Casual Outerwear 02

Aku suka satu hooded jacket yang ada telinga arnab kat hood dia. Dan juga satu dress rabbit jugak kat PatPat.com tu. Asyik gambar jacket dan dress tu je yang melintas kat wall FB aku. Berhantu betul. Wa haha!

Adorable Faux 2 piece Rabbit Long sleeve Dress for Baby Girl 03

Beberapa hari lepas ada lagi iklan PatPat.com. Wah! Diskaun sampai 80%. Pastu ada additional diskaun 10% sempena Black Friday. Free shipping pulak tu untuk belian RM100  ke atas.

Mau omak tak panas bontot. Sebab nak free shipping aku tambah beli satu kasut. Adudu!

Unique Wing Decor Lace ups for Baby and Toddler 01

Terbang melayang duit aku RM120 beli 2 baju dan 1 kasut untuk anak aku Dina.

Aku mula-mulanya 50-50 je nak bayar tapi time tu kelam-kabut dengan anak-anak mintak makan so terus terbayar walau hati rasa macam tak nak proceed.

Selepas bayar aku panik sebab tak dapat email order confirmation dari PatPat.com. Biasa kalau beli online mesti terus dapat emel order confirmation tu. Ni aku dapat payment confrimation dari Paypal je. Alamak!

Aku checkout guna guest account so tak boleh login tengok status order. Terus aku email customer service PatPat.com mintak nombor order. Sehari selepas tu baru mereka email.

Bila tengok email order confirmation tu aku dah rasa menyampah pulak. Sebab kat email tu tulis:

“Due to the current high volume of orders, we are experiencing brief delays with some shipments. Please allow up to 30 business days for delivery.”

Giler lama nak kena tunggu. Sebulan baru nak hantar barang? Memang kena kensel ni. Adudu!

Barang Dari China & Lebih Mahal Dari Shopee!

Aku pun search Google tentang PatPat.com ni. Apa yang aku temui sungguh mengejutkan. Banyak bad reviews tentang PatPat.com ni. Indah gambar dari rupa. Bo hoho!

Mati-mati aku ingat barang baby kat PatPat.com tu akan ship dari US. Sebab alamat kat website tu alamat US. Tapi rupanya tidak.

PatPat.com tu deal dengan pengilang dari China untuk hantar terus barang ke pembeli. Adeh! Terkono den!

Sebut pasal barang dari China ni, tergerak hati aku untuk check samada barang yang aku beli kat PatPat.com tu ada tak kat Shopee.

pat pat

Omakgorgg!! Barang yang aku beli kat PatPat.com tu ada kat Shopee dan harga dia lagi murah berkali ganda pulak tu! Delivery time pun 7 hari sahaja!

Kasut tu kat PatPat.com harga RM27.25 selepas 80% diskaun tau. Kasut yang sama kat Shopee hanya RM15 kauuuu!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

wing shoe 02

Jacket rabbit tu kat PatPat.com harga RM46.75 selepas 80% diskaun okeh. Jaket yang sama kat Shopee baru RM30 nyahhh!

rabbit jacket 01

Dress rabbit tu kat PatPat.com harga RM50.63 selepas 80% diskaun. Dress yang sama kat Shopee hanya RM19.80 kooooo!

rabbit dress 01

Kena tipu hidup-hidup la beli kat PatPat.com tu. Diskaun 80% konon. Pirahhhhhhh.

So, kalau terasa nak beli kat PatPat.com tu baik lupakan. Cari kat Shoppe mesti ada punya lah. Memang barang dari China tapi harga lagi murah dan lebih cepat dapat.

Patutlah aku rasa tak sedap hati masa nak bayar kat PatPat.com tu. Aku rugi banyak tau masa beli kat PatPat tu. Huhu!

Customer Service PatPat.com Sangat Teruk

28/01/2018: Aku baru je submit emel kensel order PatPat.com tu. Belum dapat feedback dari mereka. Harap mereka refund cepat lah. Tak kuasa aku nak menunggu sampai 30 hari.

30/01/2018: Dah 3 hari sejak aku email customer service PatPat.com tu. Tapi sampai hari ni langsung TIADA REPLY!! Bangang punya customer service. Aku siap forward lagi sekali email tu merayu minta update status. Tapi still nan hado!! Omak rasa nak menyumpah berkilo-kilo ni. Grrrrr!

Update 9.54pm: Akhirnya! Reply jugak ye PatPat.com. Tu pun selepas aku meroyan buat review kat TrustPilot.com

Malangnya mereka tak nak refund. Reason sebab order dah packing dan complete. Mangkuk! Berhari-hari status packing tak ship pun lagi complete tang mana nya? Kalau nak refund kena tunggu barang sampai pastu return barang baru request refund. Apa la bodooooo punya polisi menjual macam ni.

Shipping pun ntah bila mereka nak buat. Tanam sayur pun siap besar boleh petik kot baru nak ship. Dah lah barang made in China jual mahal. Terkono den!!!

Sesiapa nak beli kat PatPat.com tu tak payah la beli. Beli kat Shopee lagi bagus. Murah dan cepat. Nak kensel pun senang. Omak nak gi meraung kejap. Wa haha!

Ok fine. Aku tunggu okeh. Kalau by 24/2/2018, barang tak sampai atau dapat barang kualiti ke laut, aku nak submit dispute kat PayPal. So, Paypal akan tolong handle refund request. Tungguuuuuuuuuuu! *** SILA BACA UPDATE TERKINI KAT END OF POST**

Aku share sini beberapa review lain tentang customer service PatPat.com ni. Nak beli baju baby dari PatPat.com ni? Tak payah lah. Beli baju baby bundle lagi berbaloi-baloi lah. Huhu!

pat pat 01

pat pat 02

pat pat 03

UPDATE TERKINI

31/01/2018: Aku dapat satu lagi email dari customer service PatPat.com. Kali ni dari orang lain. Aikkkk! Tiba-tiba boleh pulak mereka sudah proses refund. Magik! Tak kan mereka baca blog aku kot. Hehe!

Pastu siap cakap barang aku dah in transit dan aku boleh keep the items tanpa perlu return. Aku siap dapat voucher 25% lagi untuk next order. Wahhhh! Terbaik pulak jadinya customer service PatPat.com. Wa haha!

01/02/2018: Aku dapat emel dari PayPal menyatakan yang PatPat.com @ Interfocus INC dah refunded aku. Alhamdulillah!! Sujud syukur.

Macam ni la bagus. Respons pantas. Aku cuma nak reply yang cepat dan full refund je. Tapi since mereka bagi aku simpan baju dan kasut tu tak yah return kira rezeki lah tu kalau dapat. So… aku tunggu la ni barang tu sampai. Tapi tengok status order sama je still “packing”. Bo hoho!

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *