Paparan Media | Temuramah Bella NTV7 Kali ke 5 – Topik “The Importance of Good Digestive System for Young Children” Bersama Daphne Iking

Saya dipanggil untuk sesi temuramah dalam Bella NTV7 lagi.

Tajuk Bella NTV7 kali ini memang sangat menarik hingga saya tak teragak untuk terima tawaran muncul lagi di Bella NTV7 bersama pengacara Daphne Iking.

“The Importance of Good Digestive System for Young Children” atau maksudnya, Kepentingan Sistem Pencernaan Yang Baik Untuk Kanak-Kanak.

Dulu masa kali pertama masuk TV secara live memang saya rasa sangat takut dan berdebar-debar…Tapi sekarang bila dah banyak kali ditemuramah secara live.. saya rasa macam… emmmm… tak ada apa lah ni. Bella NTV7 je pun…he he he.

Betul lah orang kata, alah bisa tegal biasa. Tak berpeluh punya lah!

Saya rasa seronok pulak digandingkan dengan bukan calang-calang orang semasa temuramah Bella NTV7. Saya pernah digandingkan dengan Latisha Merican (Child Behaviour Expert), Roslinda Abdul Majid (DJ Lin Suria.fm), Datin Paduka Prof IR Dr Siti Hamisah Tapsir (Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia) dan kali ini dengan Dr. Pedro Alarcon (Pediatric Gastroenterologist and the International Academic & Research Advisor of the National Institute of Child Health from US).

Bella NTV7

Wah! Saya umpama mentimum digandingkan dengan durian tau tak…ekekeke.

Macam biasa saya dapat soalan bocor lah daripada producer Bella NTV7. Bukan semua soalan ni ditanya. Kadang-kadang langsung tak keluar pun soalan bocor ni.

Bella NTV7

So… preparation saya tak lah bersungguh sangat macam nak exam. Ala kadar saja. Janji ada point.

  1. When you are expecting your child, do you do any research on what food is good and what are the ones you should avoid? What are they?
  2. There are some family who feeds their young with carbonated drinks and fast food. Are you one of them?
  3. What do you do when your children is experiencing indigestion?
  4. As a mother, how do you ensure the food that your children consume is good for their digestive system?
  5. Generally, how do you see mothers in Malaysia? Are they aware of what they are feeding their children?

Daphne Iking hanya sempat tanya saya soalan 4 & 5 sahaja. Fuh. Lega.

Bella NTV7

Nasib baik tak tanya soalan no 2 tu. Pasal bagi anak minum air bergas dan makanan segera. Air gas memang tak lah tapi fast food tu mak guilty lah jugak….ekekekeke.

Bella NTV7

Siapa yang rasa bersalah? Cepat angkat tangan! Mesti ramai mak bapak yang selama bagi anak kecik minum air gas dan fast food ni kannnnnn.

Tak bagus untuk sistem pencernaan anak tau. Cuba kurangkan. Kemudian jauhkan!

Bella NTV7

Saya nak kupas sikit tentang soalan nombor 5 tu: Generally, how do you see mothers in Malaysia? Are they aware of what they are feeding their children?

Bella NTV7

Yup. Anda sebagai ibu. Adakah anda tahu apa yang diberi makan kepada anak-anak? Kandungannya apa? Khasiatnya apa? Anak allergik atau tidak pada makanan tu?

Saya rasa semua ibu tahu yang 6 tahun pertama anak adalah sangat penting untuk kesihatan, tumbesaran, perkembangan dan survival anak. Tapi ramai ibu yang susah nak bagi makanan berkhasiat pada anak sebab tak ada pengetahuan, malas bertanya dan sibuk memanjang.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Bella NTV7

Selain Dr Pedro, ada juga Senior Nutrionist dari Nestle Malaysia yang datang untuk beri pandangan tentang isu masalah sistem pencernaan kanak-kanak ni.

Bella NTV7

Saya pula macam biasa sebagai “mother” lah. Pendapat seorang emak macam saya ni pun diambil-kira juga.

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!

Hayun buaian? Tak leh pakai pepatah ni untuk saya sebab saya tak guna buaian…ekekeke.

Bella NTV7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *