Masuk TV? Errk.. ada pintu ke kat TV tu boleh nak keluar masuk?
Serius. Dulu masa kecik saya ingatkan ada orang kenit duduk dalam TV tu…ekekee.
Ingat lagi masa first time saya diberi peluang masuk TV secara live dalam Bella NTV7 tu. Memang takut sangat-sangat.
Mesti orang yang kerjanya pembaca berita atau pengacara gelakkan saya kaw-kaw punya. Apa saja lah yang nak ditakutkan.
Memanglah. Alah bisa tegal biasa.
Seronok jugak rupanya dapat masuk TV ni..ekekeee.
Saya ingatkan sesi masuk TV live dalam Bella NTV7 pada 23 September 2013 tu adalah kali pertama dan terakhir saya dipaparkan dalam TV.
Salah rupanya!
Beberapa minggu selepas tu… wakil NTV7 sms saya. Tanya saya boleh tak join Bella NTV7 lagi bersama anak saya, Izzah.
Respon saya… erkkk… boleh kot!
Tapi saya kena cari lagi seorang ibu dan anak untuk sama-sama di temuramah oleh Daphne Iking dalam Bella NTV7 tu.
Hanz dan anak dia Hanafi sama-sama masuk TV dengan saya hari tu. Dia memang banyak pengalaman mengajar 3 anaknya membaca sejak dari kecil lagi.
Tajuk temuramah kali ni juga agak menarik: The Reading Habit Among Children In Today’s Society.
Berdebar jugak jantung. Tapi tak risau sangat. Sebab ada soalan bocor!
Muaha hahaaa.
Soalan-soalannya adalah:
Mothers
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- From your observation, how much do kids read these days?
- Kids today are more attached to the internet. Compared to 15 years ago, kids are more likely to watch TV or play outside with their friends. Do you see this as a good thing or a bad thing?
- How do you encourage your kids to read?
- Do you choose the materials for your kids to read?
- Was it difficult to introduce books to your kids at first because of the internet/social media?
- What is your opinion on reading online? Would you suggest your children to do that or do you prefer the conventional books?
- In your opinion, what are the skills that children who reads book can develop?
- Do you buy books (brand new/second hand) for your children or do your encourage them to borrow books?
Children
- Can you share what is your favourite book and why is it your favourite?
- Do your friends enjoy reading book as well?
- Who taught you to read books?
- Who choose your books for you? Are you allowed to read any book you want?
- If you could choose to read books / surf internet / watch TV / play with friends, which one is more fun?
- When is your favourite time to read books?
Soalan untuk mak tu rasanya boleh lah saya jawap. Kelentong sikit-sikit no problem..ekeke.
Tapi… soalan untuk anak tu macam complicated jugak bagi Izzah yang berumur 5 tahun. Takut Izzah nangis je…ekekee.
Studio 3 NTV7, Glenmarie, Shah Alam
Mula-mula tu saya ingatkan show Bella kali ni pun live macam hari tu. Nasib baik tak.
13 Oktober 2013 tu hari Ahad dan kami ke sana untuk buat recording Bella NTV7 yang ditayangkan pada 29 Oktober 2013 (Selasa).
Fuh. Lega. Sebab risau juga kalau live show melibatkan budak-budak ni. Tak leh predict apa akan jadi kalau tetiba mereka buat hal tantrum ke apa ke…ekeke
Make-Up Bersama Daphne Iking
Izzah lah seronok sakan. Sebab dapat make-up satu bilik dengan Daphne Iking.
Pulak tu cermin bilik make-up dihiasi mentol-mentol lampu. Rasa macam artis la tewwww… ekekeke.
Budak kecik pun kena make-up ke?
Alah. Bukan make-up sangat pun. Hanya bagi pakai bedak dan lip gloss je pun.
Macam tu pun Izzah dah rasa cantik sangat dah…ekekeke
Bella Society NTV7
Sessi Bella NTV7 hari tu dimulakan dengan temubual dengan kanak-kanak. Mak-maknya kena tahan dalam bilik make-up untuk di ‘cantik’kan.
Ada 4 orang budak yang ditemubual oleh Daphne Iking. 2 budak berumur 5 tahun dan 2 budak berumur 9 tahun.
Daphne tanya soalan pada setiap kanak-kanak. Kelakar pulak bila tengok video Bella NTV7 ni.
Budak-budak tu semuanya nervous…muka ketat je semua ha ha ha!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Daphne Iking beriya-iya tanya soalan. Mereka jawap pun sepatah dua sahaja.
Izzah lagi lah. Senyum, angguk dah jawab “yes’ je… Ada emas dalam mulut kot…ekekeke.
Semua kanak-kanak yang ditampilkan dalam Bella NTV7 tu dah boleh baca buku. Ada seorang budak lelaki yang umur 5 tahun tu kata maknya dah ajar dia membaca sejak dalam kandungan lagi.
Daphne pun tanyalah… how do you know?
Teragak-agak dia nak jawap..errr.. my mom told me lah…
Terbaik. Bayi dalam perut pun boleh diajar membaca. Tak mabeles ke tu.
Lepas sesi temubual dengan anak-anak, giliran mak-mak pulak untuk ditemuramah.
Saya ni bila time petang memang drowsy sikit. Mengantuk beb.
Masa sesi temubual Bella NTV7 tu memang saya tak berapa dapat nak fokus. Bayangkan sejam buat recording tu.
Daphne ada tanya pasal penggunaan flash cards untuk ajar anak membaca. Parents yang lain semua tak suka flash cards. Saya sorang je yang menyokong penggunaan flash cards…he he.
Lepas show habis Daphne datang jumpa saya. Dia cakap.. bagus tau saya tak setuju dengan parents lain pasal flash cards tu.
Baru ada rencah dalam rancangan Bella NTV7 tu. Baru menarik dan balance. Ada pendapat yang berlainan. Baru best.
Sebab dia kata suami dia pun komplen kata most of other Bella shows semuanya main agree, angguk dan setuju apa yang guest lain cakap. Macam tak ada opinion sendiri.
Ooohhh… begitu ye?
Apa pun… saya dan Izzah memang have fun masuk TV dalam Bella NTV7 tu. Yang best sebab nama blog saya dipaparkan masa Bella NTV7 tu.
Nama blog bisnes Qaseh saya pun ada jugak dipaparkan. Promosi percuma tu…hehehe
Show tu ditayangkan pada 29 October 2013. Husband, Izzah dan Irfan memang ada kat rumah untuk rekod rancangan tu.
Izzah bukan main excited sebab nampak dia dalam TV…ekekeke.
Tapi kan….
Muka saya nampak sangat bam bam lah dalam TV. Tak suka…tak suka.. tak suka!
Eleh… dah memang real life pun bam bam….tak dapat terima kenyataan la pulak.. ekekeke.
Boleh tengok Bella NTV7 episode 211 di Tonton.com.my.
Haah lah nampak dagu lebih 🙂 hihi
seronok tu dapat masuk tv, tahniah… lepas ni mesti ada chance lagi. 😉
@Wan Anie, ha ha.. terlupa nak cover dagu he he