Paksa Baby Pakai Tudung – Wajarkah?

Aku tak suka betul mak yang kecik-kecik paksa anak pakai tudung. Kesian budak tu kan kecik lagi. Tak pasal-pasal panas. Ish.. ish.. *sumber: anon no 1

Pernah dengar kata-kata kat atas tu. Mesti pernah kan?

tudung 01

So, apa pendapat korang? Wajar ke tindakan mak *selalunya mak lah yang control benda ni kan* yang memakaikan anak kecik umur 1 – 3 tahun tudung setiap kali mereka keluar.

I know setiap orang ada pendapat yang berbeza. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain pandangan.

Well, maybe yang kata ini isu sensitif untuk dibahaskan. Sebab ini isu menutup aurat. Isu agama.

Tapi.. budak kecik bukannya wajib pakai tudung kan.

Eh.. kalau nak ajar anak menutup aurat.. baik mula dari kecik. Bagi dia biasa. Dah besar tudung dah jadi kebiasaan so tak de lah nak bukak-bukak lagi.. *sumber: anon no 2*

Memanglah kalau mendidik anak *apa-apa sahaja* dari kecil adalah lebih baik. Sebab anak kecik ni macam span. Serap je kerja dia.

tudung 02

Tapi.. elok juga kalau parents berfikiran rasional sedikit. Anak umur 1-3 tahun tu tak faham apa-apa pun lagi.Kalau takat pakaikan tudung masa raya atau kenduri tu rasanya biasa lah tu. Tapi kalau hampir sepanjang masa tu.. hmm.. rasanya kena fikirkan balik.

Kalau nak ajar pakai tudung I think *ini my opinion okey* baik start bila dia sudah boleh berkomunikasi. I mean.. ada komunikasi 2 hala.

Masa tu bila kita bercakap dia faham, dah dia bercakap kita pun faham. Jadi lebih senang explain kenapa anak perempuan kena bertudung. Tapi tidak boleh paksa. Budak kecik kalau paksa-paksa ni lagi la dia suka memberontak. Sama je macam orang dewasa.

Tapi orang dewasa tak panggil memberontak.. tapi sentap..he..he..he

I know I tidak arif dalam isu agama. Tak pernah sekolah agama pun masa kecik. Tak macam budak-budak sekarang ni kan. Mungkin I agak kabur di situ. Maaflah ye.

I memakai tudung ke sekolah masa umur 11 tahun dengan kerelaan hati sendiri *rela ke eh.. ke sebab cikgu denda berdiri depan kelas sebab rambut serabai tak ikat…he..he*

* Masih lagi dalam proses memantapkan diri sendiri dalam hal bertudung ini. Masih ada lubang di sana sini.

Tags from the story

32 Comments

  • lama dh xkomen. harini nk komen 😀 to me xperlulah smpi tahap memaksa. tp bagus lah kalau dr baby dh mula biasakan dia pakai tudung. i rasa baby ni sng je. if dia xsuka or nangis bukak la tudung tu nnt2 plak bg dia pakai lagi. kalau dia elok je xnangis bagai means dia ok la tu.

  • hi kak ros…
    saya pun berpendapat yg sama. jgn paksa anak yg terlalu kecil untuk pakai tudung. saya pun masa kecik2 dulu mak takde nak paksa, tp bila masuk sekolah rendah terus rela hati nak pakai tudung sampailah sekarang~~ saya? anak2 sume boys….

  • kalau anak kecil lagi tak perlu paksa, cuma boleh digalakkan….

    kita sebagai ibu yg perlu jadi contoh utk mereka….

    Aiesyah dah 3 tahun, sejak sekolah ni baru nak pakai dress dan baju kurung… hehe, tudung pun belum sangat lagi…

    • wan anie, budak kecik bukan tahu apa sangat pun.. izzah ni kalau dipakaikan tudung sekejap je dah tarik..tapi dia tahu kalau mama pakai tudung maknanya nak pergi jalan-jalan la tu especially kalau weekends *hari biasa takde pulak nak ikut..he..he*

  • agreed! setuju sangat2..
    me sendiri arwah ayah ustaz, tak pernah paksa me pakai tudung.. pakai tudung proper masa form 1… hasrat tu datang sendiri. Begitu jugak anak-anak kami sekarang.. baba ustaz tapi tak derlah umur 5 bulan dipakaikan tudung.
    Yup.. menutup aurat itu wajib tetapi hanya untuk yang mukallaf sahaja yer.. yer, memakai tudung perlu dididik dari awal tetapi apalah yang kanak2 kecil yang belum mumayyiz tu faham dari suruhan menutup aurat.. latihan itu perlu dan for me masa yang paling sesuai ialah pada usia 6-7 tahun iaitu waktu ibubapa disuruh mengajar anak mereka solat. Satu lagi kalau kita perhatikan kanak2 kecil ni memakai tudung agak serabai dan tidak kemas jadi kita tidak mahulah imej kanak-kanak islam adalah imej yang sedemikian negatif. Tetapi masing2 punya hak lah kan terhadap anak2 mereka. Maaf yer andai pandangan ini tak berkenan pada hati siapa2..

    • ummumishkah, betul tu..yang part serabai tu memang betul.. selalu jumpa anak kecik muka comot bertudung senget.. terfikir juga agak negatif gambaran yang diberikan

  • kak ros, nak cite sikit, sy sebelum darjah 4, selalu duk merantau tak duduk kampung sendiri(kelantan).kat sekolah2 di luar kelantan, tak pakai tudung, in fact tak pakai bju kurung pun takpe.masuk darjah 4, balik kampung sekejap…gi sekolah sy tak pakai tudung ,tapi bju kurung pakailah.mcm jadi satu epraturan tak bertulis, semua pakai tudung.so balik sekolah minta mama belikan tudung sebab malu sy sorg tak pakai..hehehe..senget benget pakai tudung ko!(tak reti lagi masa tu)

    kiranye start pakai tudung kat sekolah umur 1o tahun, tapi totally pakai tudung di sekolah dan luar sekolah, start form 2…..

    skrg ni suke2 je pakaikan E-ein tudung…dia pun suka main tudung, siap bergaya2 depan cermin..beranganlah tu!for her, bila sy pakai tudung it means satu je…JALAN-JALAN!

    • cat, a ah.. kalau kat east coast..kelantan & terengganu tu..kalau kat sekolah semua pakai tudung.. memang macam peraturan tak bertulis.. pernah ada kawan baru pindah dari KL (masa form 3)..masuk sekolah tak bertudung semua orang pandang semacam.. nak tak nak dia pun kena pakai tudung 😉

      izzah ni ada 3 tudung tapi tak mahu pakai..telekung solat pun dah beli tapi semua ditepisnya.. kalau kita solat dia ikut sama tapi guna selimut tutup kepala..he..he

  • Utk toddlers.. kalo dia rasa dia nak pakai.. kita pakaikan.. kalo di nak tanggal.. tanggalkan.. mak yg gigih paksa anak tuh tak patut laa trauma budak tuh kecik kecik dah kena selebung

  • no force at all sebab anak i boy erk
    no la
    kalau i ..i tak akan paksa anak i yang belom akil baligh bertudung kalau dia nak bagi la pakai
    kalau tak nak sudah
    dah akil baligh sila pakai la
    kang mommy rotan
    rasa nak anak boy je la kalau gini
    hahahhahahahaha

  • nak ajar takpe tapi jgn paksa sbb umur tu belum sampai tahap wajib lagi. kalau anak (yg belum baligh la) tak nak pakai tudung atau dia nak pakai sekejap2 je…jgn paksa jgk dia pakai tudung. nnt silap2 bila besar, dia takmo pulak pakai tudung pulak

    p/s: comel la izzah pakai tudung! terjatuh cinta pulak..eheh..

  • Takyah paksa…sian la budak tu. Dah la Malaysia ni panas, bebudak kan hyper, suka berlari sana, berlari sini. Tapi kita bleh galakkan, especially kalau pi kenduri…pakai baju kurung cantik2, pakai la tudung…tapi kalau budak rimas, kita takyah la force.

    Along pun pakai tudung secara whole time dah berumur 20 tahun. Sebelum tu macam chipsmore, kejap ada, kejap takde. Hehehehe..tapi alhamdulillah, sebab pakai dengan rela hati, takde rasa nak bukak2 dah. Malah, kalau kluar kejap pi depan rumah sidai baju pun, terasa toget kalau x bertutup kepala ni. Hehehe..

  • ain rasa elok kalau kita nak biasakan anak pakai tudung dari kecik, tapi bukan dengan cara memaksa….

    kalau anak tak mahu dan dia nampak rimas dengan tudung, elok la kita bukak….

    alhamdulillah, anak ain sarah suka dengan tudung…. bila nak keluar rumah jer, dia mesti carik tudung dia.. kadang kat rumah pun, bila jumpa tudung dia akan sarung kat kepala….

    paling membanggakan, masuk umur 2 tahun dia dah pandai pakai tudung sendiri dengan kemas….

  • dulu2 before ada anak, bila tengok budak2 kecik pakai tudung, saya pun ingat mak pak yg pakaikan…. hehehe… (ala2 anon 1 ke ni ek? kekeke)
    tp bila ada anak dara ni.. yg baru 2 tahun tu, barulah tahu dia sdiri yg nak pakai bila tengok kita pakai tudung… siap nangis2 lagi nk tudung kalau nak keluar tu… *budak2 kan… excited jee nk try benda baru nih**

    pendpat saya, jgn paksa anak selagi belum akil baligh.. dh dh akil baligh tu, mmg kena rotan laa… hehehe.. i sama ngan cik fid… kekeke..

    **harap2 kita semua dipermudahkan utk mendidik anak2… INSYAALLAH**

  • hmm… langsung tak wajar dan tak bersetuju!
    hehehe…
    bukan apa, tak perlu langsung. anak2 yang umur setahun dua tu sibuk suruh pakai tudung. esok2, anak2 tu dah baligh, dah berdosa tak pakai tudung, buat tak tau pulak. eloknya, didik dari didikan secara tauladan. mak tu sendiri tunjukkan tauladan dengan memakai tudung secara sempurna. bukan tudung ikut fesyen atau tudung ikut sempat. dari situ anak2 akan tengok, dan belajar, dan secara semulajadi akan mengikut apa yang mak dia buat…

  • hihi,..baru je lepas buat entry ala-ala ini tudung untuk toddler ni kak..hehe. Nak pegi ammend balik entry tu la, bagi link dekat akak punya entry ni jugak.

  • k.ros, saya adalah antara mak2 yang beruntung sbb anak2 saya tak payah dipaksa2 tapi mereka nak pakai tudung..sbb mungkin tengok keluarga yang rapat2 pakai tudung juga…tapi tidaklah sepenuhnya, di rumah even ada sepupu2 atau tetamu yang datang macam arwa tak pakai lagi tapi Asmaa’ dia kekok kalau tak pakai tudung….malah saya pernah dikeji (di belakang sbb org tu tak berani hentam saya di depan :P) sbb anak2 pakai tudung dari kecik. mm….pjg jugak nk bole hurai ni hal ni…agak sentap jugak la baca entry ni sbb sy runsing org kata saya paksa anak saya 😛

    **nnt nk pinjam tajuk ni tulis kt belog ai na?? buleh tak??

    • sitisifir, alahai macik..jangan sentap..tak maksudkan macik tau.. kalau anak suka tak de masalah.. tapi kalau anak dah tunjuk muka rimas tapi kena marah tu yang rasa tak patut tu

      nak buat entry ke..he..he.. silakan no hal punya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *