Bismillah. Aloe!
Cerita ni dah lapuk sangat. Berbulan2 kena peram ekekee.
Aku ni bekas pelajar Irfan Khairi. Ambik kursus Professional Diploma in Internet Business & Marketing Strategies.
Dekat setahun aku ulang-alik dari Klang ke Mutiara Damansara tiap2 hari Sabtu. Kelas sebulan sekali sepanjang tahun 2014.
Kisah aku belajar dengan Irfan Khairi under OUM ni pun aku tak cerita dalam blog lagi. Memang masa tu busy giler aku dengan macam-macam hal.
Aku habis belajar penghujung tahun 2014 tu. Tapi graduation hanya dibuat pada Disember 2015. Lama gap sebab tunggu beberapa batch lepas aku habis. The more the merrier gitu.
Konvo OUM tu untuk pelajar batch PRODIMS 8-15. Aku dari batch PRODIMS 10.
Tapi kan… selepas menunggu dekat setahun untuk graduation ceremony. Aku tak dapat pergi konvo…huwaaaaaaaa!!! [wp-svg-icons icon=”heart-broken” wrap=”i”]
Sebab masa Konvokesyen 18 & Penyampaian Anugerah OUM 22 Disember 2015 tu — aku masih dalam pantang lepas melahirkan Irdina.
Memang hati aku ni sungguh kecewa, terluka dan berduka yang amat sangat. Bukan senang nak merasa lagi pakai jubah dan topi konvo tu kan.
Tapi kekecewaan aku terubat bila Irfan Khairi pun tak dapat hadir sama. Sebab tak dapat tiket flight balik dari Jepun. Muah hahaaa…*gelak jahat*
Tak best kan konvo tak ada sifu sekali kannnnnnnnnn. *Nak sedapkan hati je ni. Kawan2 PRODIMS 10 jangan marah noooo*.
Lepas konvo abis, perasaan jeler meluap-luap bila tengok kawan-kawan dok post kat group bekas pelajar IK (IKx) gambar konvo masing2. Tapi sekejap je jeles. Lepas tu okei je hehehee. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Aku pergi ambik diploma aku tu dari pejabat OUM akhir bulan Januari. Bukan main seronok lagi aku time tu. Tapi kalau dapat pergi konvo ari tu mesti lagi seronok kan.
So… Professional Diploma in Internet Business & Marketing Strategies ni adalah kelulusan aku yang paling latest lah.
Aku ni bukannya suka sangat sambung belajar. Sebab tu lepas grad degree UM aku tak buat master. Rajin betul kawan2 aku yang buat master dan PHD semua tu. Tabik spring lah.
Yang ni pun aku gagahkan diri pergi belajar sebab Irfan Khairi yang ajar. Plus ianya kursus yang practical. Boleh apply untuk any business online aku.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan – Universiti Malaya 1999
- Internet Marketing Certificate – Internet Marketing Center (Corey Rudl) 2004
- Wellness Advisor Certificate – Open University Malaysia 2011
- Professional Diploma in Internet Business & Marketing Strategies – Open University Malaysia 2015
Nampak tak aku ni dah lama ada ilmu internet marketing ni. Siap belajar dengan Corey Rudl jutawan internet paling berjaya masa tu. Corey ni meninggal sebab kemalangan tahun 2005. Lepas tu IMC macam tak meriah lagi dengan ilmu.
Aku rasa Irfan Khairi pun belajar jugak dengan CoreyRudl ni kot. [wp-svg-icons icon=”smiley-2″ wrap=”i”]