Nuzul Quran & Cuti

Sejak me mula kerja lebih kurang 10 tahun lepas, me memang kerja dalam area negeri Selangor sahaja. Tak pernah pun kerja area KL (walaupun pernah dapat banyak job interview tengah KL).

Dan, me memang sangat suka bekerja dalam negeri Selangor. Sebab apa? Sebab Selangor banyak public holidays…muah..ha..ha

Me ingat 2 tahun lepas, hubby kerja kat Jalan Tun Razak, KL… so dia selalu sangat jeles dengan me bila me cuti public holiday special untuk pekerja di negeri Selangor sahaja. Sedangkan dia kena pergi kerja… wa..ha..ha

Tapi lepas tu, dia pun pindah area kerja dalam Selangor jugak. So, sama-sama cuti dan sama-sama dapat menerjah shopping complex atau jalan-jalan cari makan.  Best kan?

Next monday, cuti lagi – Nuzul Quran. Ohh.. sangat happy sebab dapat cuti 3 hari berturut-turut. Jangan jeles ye pekerja di KL.

Tapi kami cuma duduk rumah saja. Tak ada plan ke mana-mana. Sebab H1N1 dan sekarang bulan puasa – penat le nak jalan-jalan. Lepak-lepak kat rumah lagi best kan

Emmm… apa plan me masa cuti panjang ni ye. Okey, ini senarai to-do list sepanjang 3 hari ni.

  1. Pasang langsir baru yeha!
  2. Jahit baju kurung Izzah (dah potong..)
  3. Jahit baju kurung/dress untuk my little store… ehem!
  4. Masak bubur lambuk resepi ringkas dari Sya (nanti kita tengok hasilnya… walla!)
  5. Spring clean study room (oohh… larat ke macik?)
  6. Cabut lucky-draw untuk Special Merdeka Giveaway
  7. Sambung Blog Review yang baru habis half-way (patut dah buat lucky-draw dah ni..)
  8. Launch MBP Reward Points Program
  9. Content for LittleMamaStudio/LittleKidsPhotography/LittleMamaLove (waahh.. banyak sangat la projek nak buat…. sempat ke before deadline ni?)
  10. Content for my travel guide blogs
  11. Schedule post for LittleMamaDiary
  12. Emmmmm… tido?

p/s Yang dah cross tu dah buat!

Tags from the story

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *