My Fabric Stash…Ehemm!

Me memang minat menjahit. Kecik-kecik dulu tak suka. Tapi kena paksa dengan mak dan kakak…urghhhh!

Dulu mak memang ambik upah menjahit. Sebab nak bagi kami adik-beradik belajar tinggi-tinggi. Ye lah… keluarga kami dulu memang susah.

Kalau pandai tapi peluang belajar tak dapat sebab tak cukup wang… tak de maknanya kan? Sebab tu mak susah-payah ambik upah menjahit. Nak bagi kami peluang belajar supaya dapat hidup senang. Alhamdulillah, semua berjaya berkat hasil mak menjahit.

Sebab mak ni tukang jahit terkenal kat kampung kami, maka kami (adik beradik perempuan), semua kena belajar menjahit baju sendiri. So, me memang boleh menjahit dan teror mengodek mesin jahit (termasuk la mesin jahit tepi)… terima kasih mak!

Me ada beli mesin jahit Singer few years back. Tapi kadang2 je pakai masa nak jahit langsir atau baju raya…ha..ha..

Tapi, hari tu me dapat inspirasi nak buat satu projek jahit-menjahit. Perhaps, boleh dikembangkan ke online shop….angan-angan baik punya!

So, nak start projek kena ada proper planning. Kena la ada materials dulu. Alangkah bahagianya kalau me dapat fabrik stash macam gambar ni. Dia ada every shade of colors… dasat betul.

Malu pulak nak tunjuk my fabric stash…ha..ha

Tapi sebab Dila mama Ziyyad kata nak jamu mata, me tunjuk la jugak. Nah, ini dia Chinese Cotton fabric yang baru dibeli hari tu.

Dan juga some buttons yang sangat comel… yeha!

Agaknya, apa me nak buat dengan kain cotton bunga-bunga yang kelihatan sangat comel itu? Ha..ha..ha

20 Comments

  • kain bunga2 tu sgt cantik la..nak sikit..beli kat mana ek?

    buttons ilove buttons..oh beli di Yoonies ek..kat buttonplanet pun banyak button cantik2 😀

    • dila, cantik kan, beli online gak.. kedai kain gaban ke namanya.. ya..ya button yoonies tu cantik… dah terjah buttonplanet gak ha..ha..ha

  • haaa, buat giveaway… 😀
    kalau buat kedai online pun ok jugak..
    cepat2, start jahit.. boleh buat contoh untuk dijual.. 😛
    .-= sya´s last blog post..bertukar!! =-.

  • salam kenal..
    cantik2 ur collection. mesti byk dah projrk dlm kepala.jait cepat! 😀
    .-= tini´s last blog post..I got him =-.

  • dulu masa secondary school, ade gakla bakat menjahit..esp time English drama..siap buat costume tuh..hahahah..tp skrg sudah berkarat!! How meh?? Setakat jahit sembat bodo2 tu sempatla…

    • ida, ho..ho.. ingat dulu time drama2 tu la skill jait menjait ni keluar… sembat bodo pun ok la..ha..ha

  • green with envy :mrgreen:

    jealous ngan orang pandai menjahit..tular, dulu2 x nak belajar jahit ngan own mom kan dah menyesal..sibuk melukis jer,he,he…

    Ros,me sokong giveaway.
    .-= Hanz´s last blog post..Vote Me for Breastfeeding Photo Contest =-.

  • berkenan nyer aida kat kain-kain tu.
    kedai kain gaban?
    kena singgah ni… he he he…
    menjahit ni adalah satu seni yg confirm bleh buat duit!

    mak aida pun dulu belajar menjahit sebab kami 4 perempuan!
    nak menempah baju, mak abah mana la senang nak membayar.
    now… mak kata kat kami –> MAK DA SEKOLAHKAN, DA GAJI TINGGI, ANTA TEMPAH. MAK TOLONG TUNJUKKAN KEDAI…
    hi hi hi
    .-= adianiez AIDA´s last blog post..MELAKA DA MACAM CAMERON HIGHLANDS =-.

  • Waaaaah,

    Sungguh kiut miut kain2 itu *drool* …
    Isk … geram nengok nyer …
    Buttons tu pulak … isk, sungguh menggiurkan …
    Naik butang biji mataku nengok … Hahaha …

    Selamat memulakan projek menjahit dengan hati yang aman damai …
    Teruskan usaha
    .-= DNNA´s last blog post.. =-.

  • salam..
    akak pun minat dan suka menjahir suatu ketika dulu tapi kini minat itu sudah semakin pudar. tapi dengan membaca entri entee tentang jahit menjahit ni memekarkan kembali minatku untuk menjahit dengan aktifnya… hahaha.. salam kenal sekali lagi.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *