Moratorium Bank Negara | Syarat Moratorium Terkini Untuk Pinjaman Sewa Beli Bank – Moratorium U Turn Kini Dikenakan Interest 6 Bulan

Bismillah.

Sebelum ini semua orang gembira apabilan Bank Negara mengumumkan bahawa peminjam loan rumah dan sewa beli dengan bank secara automatik mendapat moratorium 6 bulan.

Moratorium pinjaman bank bermaksud penangguhan bayaran balik pinjaman (loan holiday) oleh orang ramai kepada bank selama 6 bulan.

Apabila bayaran balik pinjaman ditangguhkan, duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar balik pinjaman boleh digunakan untuk menampung belanja hidup semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Moratorium Pinjaman Kereta U-Turn?

Beberapa hari lepas heboh pula tentang pengumuan Bank Negara yang menyebabkan ramai menyangka Bank Negara telah u-turn kelayakan automatik moratorium 6 bulan pinjaman bank.

Moratorium Bank Negara Moratorium Pinjaman Bank

Sebenarnya Bank Negara mengumumkan bahawa DOKUMEN TAMBAHAN diperlukan untuk menangguhkan pembayaran sewa beli dan pembiayaan Islamik.

Peminjam untuk dua kategori pembiayaan itu tidak perlu membuat permohonan untuk penangguhan, namun masih perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan KEBENARAN YANG SAH bagi mengaktifkan moratorium 6 bulan.

Seksyen 39 Akta Sewa Beli menyatakan setiap perubahan pada perjanjian “tidak akan berlaku kecuali penyewa atau ejennya bersetuju dengan perubahan atau perkara tambahan dengan menandatangani atau memulakan perjanjian”.

Seksyen itu menyatakan, peminjam boleh menyatakan persetujuan dengan menandatangani perjanjian tambahan.

Moratorium Bank Negara Moratorium Pinjaman Bank

Setiap bank mempunyai cara yang berbeza untuk mendapatkan persetujuan (consent) untuk mengaktifkan moratorium loan kereta.

Kebanyakan bank memerlukan anda untuk mengisi borang persetujuan secara online melalui link yang dihantar menerusi SMS.

Moratorium Bank Negara Moratorium Pinjaman Bank

Jika anda mahu mengambil moratorium 6 bulan untuk pinjaman kereta dan belum mendapat SMS atau maklumat dari bank, lebih baik hubungi pihak bank dengan segera.

Moratorium Bank Negara Moratorium Pinjaman Bank

Interest Pinjaman Sewa Beli Semasa Moratorium Tetap Berjalan

Sebelum ini ramai salah faham bahawa hanya interest pinjaman perumahan yang tetap dikenakan semasa tempoh moratorium 6 bulan. Interest pinjaman kereta dianggap terhenti atau tidak dikenakan semasa moratorium teresebut.

Moratorium Bank Negara Moratorium Pinjaman Bank

Tetapi ramai yang terkejut apabila mengetahui sebenarnya interest atas pinjaman sewa beli masih tetap berjalan ke atas nilai pokok pinjaman.

Tanggapan bahawa hanya bayaran balik bulanan (instalment) sahaja yang tidak perlu dibayar dalam tempoh moratorium dan tiada interest dikenakan sepanjang moratorium 6 bulan adalah salah.

Moratorium Bank Negara Moratorium Pinjaman Bank

Bank Negara Malaysia telah memaklumkan melalui kenyataan akhbar pada 25 Mac 2020 bahawa kadar faedah / keuntungan akan terus diakru (yakni diambil kira) atas pembayaran yang ditangguhkan.

Maksud akru ialah interest atas pinjaman sewa beli masih tetap berjalan ke atas nilai pokok pinjaman semasa tempoh moratorium 6 bulan.

Interest ini akan ditambah kepada baki pinjaman yang perlu dibayar selepas habis tempoh moratorium.

Adakah Moratorium 6 Bulan Wajib Diambil?

Moratorium maksud penanggugan bayaran pinjaman. Selepas 6 bulan anda tetap perlu bayar semula pinjaman seperti biasa. Tempoh bayaran balik pula akan bertambah selama 6 bulan.

Anda disarankan ambil moratorium 6 bulan  jika:

  1. Sangat perlukan tunai semasa tempoh PKP untuk keperluan hidup
  2. Hutang kredit kad tinggi (guna duit lebihan moratorium untuk selesai hutang kad kredit)
  3. Mahu melabur lebihan tunai untuk disimpan dalam instrumen kewangan berisiko rendah yang berikan pulangan lebih tinggi dari interest loan seperti islamic bond (5-6% setahun)

Anda tak digalakkan ambil moratorium 6 bulan jika:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  1. Pendapatan tidak terjejas
  2. Tidak berdisiplin dalam menyimpan
  3. Berniat guna lebihan tunai untuk shopping benda bukan keperluan
  4. Mahu melabur  tetapi tiada ilmu pelaburan
  5. Mudah terpengaruh dengan Skim Cepat Kaya
  6. Malas nak pening-pening baik teruskan bayar

Aku tak pening pun tentang moratorium loan kereta sebab sudah buat full settlement akhir bulan 11 tahun lepas.

Tapi aku tetap ambil moratorium 6 bulan untuk pinjaman perumahan sebab perlukan tunai sepanjang tempoh PKP. Semoga selepas PKP rezeki kami sekeluarga bertambah berlipat kali ganda. Amin ya Mujib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *