Bismillah.
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang sangat besar terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020, ramai rakyat yang hilang punca pendapatan.
Nasib baik kerajaan melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi menangani impak Covid-19. Pelbagai langkah telah diumumkan untuk membantu rakyat yang terkesan untuk meneruskan kehidupan semasa PKP.
Salah satu langkah yang diumumkan pada 24 Mac 2020 ialah MORATORIUM 6 BULAN untuk pinjaman perumahan dan sewa beli dengan bank.
Apakah Maksud Moratorium?
Moratorium pinjaman bank bermaksud penangguhan bayaran balik pinjaman oleh orang ramai kepada bank selama 6 bulan.
Maknanya kita akan mendapat loan holiday atau cuti pinjaman selama 6 bulan. Jadi duit yang diperuntukkan untuk membayar pinjaman bank boleh digunakan untuk perkara lain semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bank Negara mengumumkan bahawa moratorium semasak PKP diberikan secara automatik tetapi anda diberi pilihan untuk menarik diri dari moratorium (opt-out) dan meneruskan bayaran pinjaman seperti biasa.
Automatik di sini bermaksud tidak perlu isi apa-apa borang permohonan untuk mendapatkan moratorium. Bank akan menghubungi peminjam bagi memaklumkan tentang kelayakan mendapat moratorium ini.
Moratorium Pinjaman Perumahan
Aku masih ada baki pinjaman perumahan dengan bank CIMB. Pada 28 Maca 2020 aku menerima SMS dari CIMB yang memberitahu bahawa aku telah diberikan kelayakan moratorium 6 bulan secara automatik bermula April 2020.
Jika aku tidak mahu mengambil moratorium pinjaman perumahan ini, aku perlu menghantar mesej OPT OUT melalui SMS kepada bank.
Moratorium pinjaman bank diberi pilihan untuk opt-out kerana INTEREST tetap berjalan seperti biasa semasa tempoh loan holiday 6 bulan tersebut.
Maksudnya selepas tamat moratorium baki pinjaman aku akan ditambah dengan 6 bulan interest.
Aku buat keputusan untuk meneruskan moratorium kerana memerlukan tunai sepanjang tempoh PKP.
Tetapi pada 1 April 2020, bank masih menolak secara automatik bayaran pinjaman perumahan aku disebabkan perintah direct debit untuk loan rumah aku masih belum dibatalkan.
Bank telah membayar semula (refund) bayaran pinjaman perumahan yang ditolak pada awal bulan pada 15 April 2020.
Moratorium Pinjaman Sewa Beli
Aku tidak ada loan kereta dengan bank sebab baru sahaja buat final settlement pada bulan 11 tahun lepas.
Tetapi aku dimaklumkan moratorium loan kereta kerana ‘tiada faedah’ dikenakan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Apakah Faedah Moratorium Kepada Peminjam?
Moratorium pinjaman bank bukan bererti anda dapat duit percuma. Penangguhan bayaran pinjaman bermaksud anda MASIH WAJIB MEMBAYAR, tetapi kemudian selepas 6 bulan.

Antara kelebihan atau faedah mengambil moratorium pinjaman bank ialah:
- Lebihan tunai moratorium boleh digunakan untuk membeli barang keperluan semasa tempoh PKP yang dijangka akan disambung lebih lama lagi.
- Lebihan tunai moratorium boleh digunakan untuk hapuskan hutang seperti kad kredit.
Jika anda betul-betul memerlukan duit semasa tempoh PKP (hilang sumber pendapatan, gaji dipotong dan sebagainya), moratorium atau penangguhan bayaran balik dapat membantu memulihkan cashflow untuk kegunaan belanja rumah.
Tetapi jika anda berkemampuan untuk membayar dan PKP tidak memberi kesan kepada kehidupan harian, anda boleh teruskan membayar ansuran seperti biasa. Pastikan anda opt-out dari moratorium dengan menghubungi pihak bank.