Cuti sekolah ni banyak betul jemputan untuk hadiri pelbagai event menarik. Kebanyakannya adalah special untuk kanak-kanak so…. mak suka anak happy lah…ekekee.
Greetings and trust all is well with you!
Before closing this year’s chapter and welcoming a new journey in 2014, Monster High would like you to join us on a MONSTER HIGH MOVIE SCREAMIERE PARTY on:
Date : 13 December 2013 (Friday)
Time : 2.30pm
Venue : Cathay Cineplexes, eCurve
There will be various on-site activities, hence, feel free to tag your children along!
Yehaaaa!
Izzah memang suka Monster High dan ada banyak koleksi patung mainan Monster High kat rumah tu. Bila saya cakap ada parti untuk Monster High fans….fuh… melompat dia kesukaan.
So… pada 13 Disember 2013 saya dan Izzah pergi berdating tengok Monster High Movie di Cathay Cineplexes, eCurve.
Actually parti Monster High Movie Screamiere Party tu diadakah khas untuk meraikan 200 peminat animasi bersiri Monster High. Sebagai hadiah mereka dapat hadiri parti ekslusif dan menonton tayangan Monster High 13 Wishes Movie dalam pawagam.
Ada banyak aktiviti dijalankan semasa parti Monster High ni. Antaranya lukis body art @ tatoo kat tangan ni. Tatoo guna kaler je pun… cepat je hilang bila basuh dengan air.
Comel jugak body arts Monster High ni. Izzah mula-mula pilih badge sekolah Monster High tu.
Kemudian sempat lagi lukis gambar tengkorak pakai riben pink ni. Cute-ness betul la.. rasa macam nak hulur tangan suruh lukiskan sekali.
Tapi bila fikir leceh lah nanti nak solat kena cuci maka niat nak jadi budak jugak terhapus terus…ekekeke
Kat depan stage tu ada aktiviti Jawab dan Menang. Siapa yang cepat jawab soalan dengan betul dapat hadiah berupa barangan Monster High.
Berebut-rebut budak-budak dan mak budak kat depan tu. Tapi saya cool je tak join pun.
Makan kek Monster High ni lagi best. Nama pun parti kan… mesti ada makan-makan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tunggu acara kat depan stage tu siap lama jugak lah. Sempat lah posing ambik gambar dengan bunting Monster High ni dengan Amani.
Lepas dapat pas menonton terus claim pop corn dan air. Kemudian tu beratur untuk bergambar dengan karakter Monster High.
Then… masa yang ditunggu tiba. Masuk pawagam dan menonton Monster High 13 Wishes movie.
Kami dapat seat depan dekat dengan tempat karakter Monster High duduk. So.. apa lagi. Terus posing dalam pawagam la.
Bila lagi kan ada chance ambik gambar dalam cinema. Biasa tak boleh kan…ekekeke.
Apa sebenarnya cerita Monster High 13 Wishes ni?
Hmmm… biasa lah. Cerita tentang alam persekolahan remaja di Monster High.
Howleen Wolf jeles dengan semua orang dan berharap dapat apa yang orang lain ada. Suatu hari semasa kena denda mencuci stor sekolah dia terusap lampu ajaib. Maka keluar lah jin dari lampu tu.
Ala-ala cerita Aladin dan Lampu Ajaib tu… tapi jin dalam Monster High 13 Wishes ni sangat comel okeh. Tak sama tau dengan jin Aladin…ekekeke
So…. Howleen Wolf pun dapat buat 13 permintaan dan jin bernama Gigi Grant tu akan tunaikan. Tak kira dia minta apa sekali pun!
Menakutkan. Sebab minta benda yang jahat pun akan ditunaikan.
Twyla , Frankie Stein, Draculaura, Clawdeen Wolf dan Ghoulia Yelps bersama lain-lain ghouls terpaksa mengembara dalam lampu ajaib untuk mengumpulkan 13 pecahan cermin yang boleh membantu selamatkan Monster High.
Nak tengok Monster High movie ni boleh lah beli VCD ata DVD Monster High 13 Wishes. Ada di jual di pusat beli belah utama.
Untuk mendapat info lebih lanjut, gambar dan video ..boleh layari www.monsterhigh.com
Biasanya Aladdin dapat buat 3 permintaan jer.. Tapi dalam cerita ni boleh buat 13 permintaan.. Banyak tu… 😉