Minggu Yang Tidak Produktif

Senyap je ye blog ni dalam seminggu ni kan.. MBP pun sama.. ha..ha

Bukan sebab tuan tanah mandom.. tapi banyak hal yang berlaku dalam masa seminggu nih.. nak story pun tak cukup jari nak ketuk keyboard

Nanti I story dengan detail tapi ari ni ambik summary kisah sepanjang minggu ini dulu la okeh.

Kisha minggu ini bermula dari minggu lepas so flashback minggu lepas dulu.

Selasa 22 June – MC sebab period pain yang maha dasat *alasan nak MC*

Khamis 24 June – MC lagik! sebab tak larat nak kerja la.. buat apa over rajin kalau sakit kan…ha..ha

Jumaat 25 June – EL *emergency leave*.. sebab husband dah pegi Guanzhou, China.. actually dah tau lama dah nak pergi.. tapi I cuma apply cuti monday 28-29 June.. tup-tup.. flight awal.. nasib la yer…

So, dari Friday hingga la Selasa 29 June.. I was a temporary SAHM or boleh ke kata WAHM…la..laa

Ingat nak membelog atau menjahit tapi dengan adanya budak Izzah yang asyik minta ajar dia membaca ABC tu.. so asyik layan dia je la.. mood pun takde jugak nak membelog…hmmmm

Sambil tu ambik kesempatan house cleaning! Tak sangka penuh debu bertan-tan rumahku syurgaku itu…ha..ha

Isnin – 28 June CUTI duduk rumah jadi bibik LOL.. pastu jatuh sakit sinus.. tersumbat hidungku ini

Selasa – 29 June CUTI duduk rumah jadi bibik .. *demam ada.. flu ada*

Rabu – 30 June EL lagik!! dah duduk rumah lama-lama jadik malas nak pergi keje

Khamis baru masuk kerja.. tapi otak weng-weng sebab hidung tersumbat.. tak leh bernafas dengan baik jadik otak tak dapat cukup oksigen.. tu jadi weng tu.

Balik makan ubat selsema memang terus pengsan tak hingat dunia dah.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Jumaat *ari ni la* BUSY nak m*****! closing maah.. dah petang baru boleh bernafas balik.

Banyak benda plan nak buat masa cuti kantoi.. sebab tak sihat badan pun ye.. sebab malas pun ye…

Harap weekend ni MOOD datang balik

Tags from the story

42 Comments

  • akak pun dah seminggu sejak sikecik demam, trus tak produktif, buat keje kat ofis pun sambil lewa, nak tak nak aje, keje umah pun buat terpaksa je, mood tak ok, hati sentiasa risau

  • salam kak ros,

    panjang benor cutinya erk….

    ain pun kalau cuti malas nak update blog, paling tidak pun blogwalking jer….hehehe…

    psst, hadiah yang akak pos tu ain dah terima tadi, cuma sayang card holder takde dalam tue….

    maybe hilang sebab envelope tu dah terbukak…huhuhu

    papepun, thanks banyak2 ya kak ros….

    sapu tangan tu memang cantikk, sayang pulak nak guna….hehehe… 😉

  • tak sihat,pastu mood menulih down, biasalah tu kak ros..sy pun dah mula nak berhibernasi ni…rasa mcm malas nak update kat blog peribody hehehe..tapi kat blog kedai kena lah update gak , kang client lari…huhuhu

  • berdebar rasanya nak test pragnent hari jumaat ni.. buat IUI pada 25.6.2010. dari pengalaman kawan-kawan yang buat IUI bila masanya u all buat test pragnent. sejak buat IUI memang ke perut ada sengal-sengal kadang-kadang macam dicucuk angin rasa kurang selesa. sama ke pengalaman kita. hari ni rasa macam nak deman tapi kena kuatkan semangat gi kerja. yelah takkan nak cuti aje kan.

      • Hi Yati & Little Mama,

        Samalah kita berdebar jugak yati, saya buat iui awal seminggu means jumaat ni dh 3 minggu selepas iui..
        Sejak dua menjak rasa mcm nak period tapi takde pulak lagi,
        hari ni dah day 33..harapnya sempat la jumpa DR isnin ni to confirm..takut nak test sendiri..huhu..
        Rasa berangin dan sesekali cramp/lenguh tu biasa ke little mama?
        Semalam terjaga rasa nak pee sangat.
        Siang semalam pulak tetiba rasa cramp sangat ingat dah mai dah tapi lepas pergi pee hilang pulak, rasa ok balik.
        Huhu..pelik tu ada tapi so anxious to put hope 🙄

        • syahnaz, yup.. memang perut akan rasa bloated..kembung..cramp kaki.. exactly sama sign macam nak period tapi bukan actually.. i think kalau u test UPT dah positif tu.. amin!

          dah baca komen arni, she also buat IUI about sane time as u and dia dah test 3 time..positive tapi dia stil blur-blur nak percaya ke tidak.. normal la tu.. i dulu pun sama sebab tak nak terlalu berharap kan..dah jumpa doctor barulah betul-betul happy

          https://rosibrahim.com//confirmed-by-dr/#comment-7496

          anyway, takpe sabar ye for a few more days..i pray everyone positive this time ya.. amin..amin..amin!

  • Shahnaz:Symptom yg awak hadapi seems to be positive symptoms…doa yg terbaik utk awak.. 🙂 dh boleh buat test dah tu..sya buat test tepat 3mnggu sya buat IUI..dh nmpak 2 line cuma 2nd line tk clear..then 2 hri lepas tu sya buat lgi test,mmg dh nmpak terang both line..insyaallah..u wll experience the same things..ameen..

    arni: CONGRATULATIONS!! i pretty sure that u r pregnant! alhamdulillah…

    • Hi little mama & medina,

      Thanks for giving me brighter hope..huhu..memang berangin sangat..mcm meletup-letup dlm tummy ni, gi toilet senak mcm nak diarrhea je rasa..pastu ok..biasanya kalau period tu dah sakit tu dia slowly makin sakit and start bleed..lenguh kat peha mcm arni memang ada jugak..hehe..semalam mimpi dh dpt 2 line..tapi serius x berani nak buat test huhu…rasanya kalau x period jugak sampai isnin ni pun dah cukup happy dah..then biarlah dr cek..ish ish takut betul..lagi takut dpda nak gi buat iui..penangan takut kuciwa tu lebih dasat nmpaknye..apa pun if positive nanti all of u will surely be among the first to know ya!Pray for ME!Congrats to ARNI and to MEDINA, semoga sihat dan selamat getting along this 9 months ye..TC

  • Salam Syahnaz..

    Gud luck to you k..Insyaallah rezeki baby is coming to you..ein doakan yang terbaik tuk syahnaz k..aminnn… esok ein akan jumpe DR.K..hopefully sume ok and rasenyer tak sabar nak wat treatment..wish me all the best yer.. 🙂

    • To everyone,

      Apparently nasib tak menyebelahi saya mcm medina and arni..fail lagi IUI kali kedua. Symptom tu semua memang symptom period la bukan pregnant huhu. Rasa kecewa sgt sbb dah lewat 5-6 hari. 3-4 hari je lagi nak jumpa DR untuk UPT. Selalu mesti dah period lebih awal.Rasa tak nak bercakap n tak nak buat apa pun hari ni. Rasa nak menjerit atau meraung jer. Sedih sangat, membayangkan kalau memang ketentuanNya saya takkan dapat anak..berusahalah macam mana pun..saya takut..terasa benar itulah yang bakal berlaku dalam hidup saya.
      Setakat ni DR takde pun conclude saya ada masalah rahim, tak kuat ke apa, just that masa nak IUI tu memang both times ada kesukaran nak masukkan cathether, sempit sikit. Mungkinkah rahim saya tak mampu nak pegang zuriat saya sendiri? Apa ikhtiar yg saya boleh buat?
      Duphaston DR bagi pun makan sampai hari 30 sahaja. Sementara nak UPT, seminggu no medication. Mungkinkah sebab itu, dinding saya luruh juga sebab terlalu lemah?? Sebenarnya setiap kali, setiap bulan, mcm nak gila saya memikirkan apa masalah saya. Buntu!
      Tolonglah nasihatkan saya. Saya sedar ada orang punya masalah yang lebih besar, pun ada yang akhirnya berjaya. Adakah saya sesabar itu, saya pun tak pasti. Allah takkan ubah nasib kita kecuali kita ubah sendiri..tapi mcamana nak tahu haluan usaha kita ni betul ke tak boleh ubah nasib? Saya risau kalau2 usaha sy sia2 saja.Memang ramai jugak orang yg akhirnya dapat setelah give up..mcamana pulak tu?Should I harung lagi sekali semua ni atau GIVE UP?

      • syahznaz,

        oh dear..big hug to you..i feel for you..it’s normal to feel kecewa.. if you feel like crying..just cry..this is a tough time for all TTC..

        kita boleh berusaha tapi yang menentukan hanya Tuhan.. bab samada usaha kita tu betul ke tidak boleh ubah nasib bukan kita yang tentukan.. walau apa pun keputusan kita.. nak teruskan atau giveup.. memang tak ada siapa tahu apa akan berlaku.

        maybe some people got lucky after giving up (most yang give up pun after berusaha a lot of times you see)..but kalau we just sit there doing nothing at all (give up) adakah akan membuat kita rasa lebih senang hati? tidak bukan..

        i suggest you tenangkan diri for a few days ni.. and later think about it..you’re still lucky in sense of tak ada complicated problems like pcos, cyst, endometriosis, block tube atau kena buang tiub… the path would be easier.

        hidup kena berani untuk gagal.. gagal setelah berusaha adalah berbeza dengan gagal tanpa membuat apa-apa ye.

  • syahnaz

    buat IUI dkt mana. yati tak de pulak dr. suruh gi klinik balik lepas buat IUI. U seminggu lebih awal dari yati buat IUI lah. besok kalau masih tak datang period seronoknya. rasa nak test tapi berdebar sebab terlalu mengharap.

    • Kat LPPKN like little mama. Gud Luck to you Yati.
      Little Mama, thanx for your words of encouragement.
      I also believe the same, but today’s fact is really heart wrenching.
      I feel like I am paralysed to try again.
      Just nak confirm, duphaston tu memang seminggu stop sebelum datang balik for hpt at LPPKN?
      Saya tertanya-tanya kalau2 sebenarnya dh jadi, cuma tak kuat nak lekat. I think I have no problem to grow eggs via injection/clomid tu. But tak boleh nak lekat..I think..
      Should I try another IUI or ask for IVF or try IUI dgn DR lain di tempat lain? Since DR had problems to insert into mine all this while. Today, I just cant think of other things..rasa benci je bila dapat work instruction cos I really feel NUMB.

      • syahnaz,

        sabar ye sayang, yati pernah alami. lepas buat IUI pertama minggu ke 6 gugur masa tu tak tau lagi pragnent. keluar banyak sangat darah di off lepas2 pergi balik ke HKL bila test confirm pragnent menangis merauang depan doktor, nurse sampai hubby naik malu. masa tu marah dkt hubby depan orang dah tak ingat sbb kita ajak dia test dia kata tuggu dulu.masa tu rasa nak bunuh diri, rasa suami tak sayang kita dan macam-macam fikir. selalu tanya kenapa allah uji aku sebegini. yelah kita tunggu 10 tahun berubat hampir 8 tahun mana tak pergi HKL saja (1) tahun – cuba bermacam2 ubat baru boleh buat IUI, HUKM, LPPKN, KLIKNIK LEE KAJANG, BOMOH/TUKANG URUT sebut aje semua pergi semuanya rezeki. Tuhan yang menentukan segalanya. sabar itu senjatanya.yang penting jangan patah semangat.setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya.

        • duphaston tu memang doctor bagi 30 days je rasanya.. lepas confirm pregnant dia akan bagi lagi supply sampai 4-5 bulan *bagi yg bermasalah hormon*

          pasal tertanya-tanya samada dah menjadi tapi tak lekat tu always in mind you see.. terutama kalau kita TTC.. and period lambat few days than normal

          sometimes even if dah menjadi tapi mesti ada reason kenapa tak lekat.. could be abnormality..sel tidak membesar dgn sempurna..lebih baik tidak lekat dari membesar menjadi tidak normal..

          i perbah gugur 11 weeks for 2nd pregnancy..during first scan nampak kantung baby.. tapi the baby was not there.. no heart beat..nothing..

          tapi kan tu cuma baru sedikit dari ujian yang Allah bagi..bila pregnant tu lagi banyak yang dapat ujian yang lagi pedih..

          apa-apa pun semua kena terima dengan tabah ye

          • Little Mama,

            My DR at LPPKN give duphaston to take from hari IUI sampai 16 hari kemudian. Bila period datang 18-21 hari selepas IUI, ada few days yg kita tak makan duphaston dah..sebab dah habis n period tak datang lagi. Then 2-3 hari pastu period on. Memang camtu ke? Kalau DR K dulu gave you mcmana ek? Just curious.

  • Yati,

    Apparently you jauh lebih banyak menempuh dugaan dan tabah. Thanks for the encouragement. Memang menyayat hati bile mengenangkan inilah bahagian dari Allah yang kita tak mampu nak paksa Dia bagi dan xde sape pun yg boleh tolong kalau memang Dia tak nak bagi. Dan sebagai manusia lebih memerihkan lagi bila kita takkan tahu pun tentang suratan tu sampailah dah dapat atau terus tak dapat by the time dah tak boleh mengandung. Jadi kenalah terus berusaha dan berusaha dan sentiasa mengharapkan simpati dariNya. Kadang tu rasa mcam kecil hati denganNya, tapi layakkah kita nak rasa mcm tu? Memang berusaha ni sesuatu yang samada membawa kita kepada kekecewaan yg lebih atau kegembiraan bila berjaya. Kecewa lebih lagi tu sebab rasa penat sangat berusaha dan memikirkannya lepas tu jatuh terduduk rasanya. Kalau tak berusaha tu memang kurang rasa kecewa bila tak menjadi sebab memang tak berusaha pun.
    But then, sebagai manusia kemampuan kita memang hanyalah berusaha, bukan menjadikannya. ‘Dont worry to fail, but worry to miss the chances when you dont even try’
    Esok sy akan jumpa DR semula untuk new cycle sebelum bulan puasa bermula. Semoga saya terus kuat dan tabah macam Yati. Doa dan nasihat kalian semua sentiasa saya hargai.Thanks.

  • syukur (2)minggu lepas buat IUI sabtu buat test double line. tapi call balik HKL dia kata awal sangat test. kita punyalah excited yelah 10 tahun tunggu. keliru. apa pandangan mama mengenai perkara ini.

    • dear yati,

      i think UPT test dah betul tu..you’re pregnant! congrats!

      i think HKL cakap awal sebab biasanya orang buat test 3 week after conception.. tapi it’s normal juga to test after two weeks (hence the terms Two-Weeks-Wait 😉

      kalau in doubt, do a repeat test at home atau lagi bagus you pergi klinik dan buat test.. so doctor boleh sahkan the pregnancy

      take care!

  • Littlemama

    16hb./7 Jumaat tiba2 darah keluar nak kata banyak taklah banyak tapi kuyup jugalah seluar sekali keluar aje lepas 2 stop. gi HKL nurse kt pragnent fail tapi bila test pragnent positif. lepas2 dr. cek dinding rahim naik masa buat IUI 19 naik 22. pintu rahim masih tertutup. Dr. tak tau apa sebab darah keluar nak kata gugur tidak maka dr. test darah. hari jumaat ambil darah jisimnya 2200 hari isnin ambil darah jisimnya 2000 dr. kata test pragnent fail. frustnya…. apa pandangan mama. malam ni nak gi klinik swasta nak test pragnent. pernah ke kawan-kawan berlaku situasi sebegini.

    • Yati….. sy x penah alami keadaan mcm yati…. cm nk bg sokongan smg yati tabah menghadapi wlau ape pun resultnye nnt…..

      • TQ mrs. dee.. saya harap hati ini tabah menghadapi situasi sedih pedih tapi masih mengharap.. 10 tahun mencuba negetive tapi bila sekali positif bukan sekali test 2 kali senang2 nurse kata fail. memang frust..

  • sedih td. dah gi klinik test pragnent sekali lagi negative. pasrah dengan dugaan allah. kita hanya hambanya.. redha ujiannya. tak tau mana silapnya.

    • Salam,

      “Sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar”. AMIN.

      Harap Yati tabah menghadapi dugaan ini. Yg penting, jgn sesekali putus asa. Saya doakan yg terbaik utk Yati. Insya Allah….Allah menguji kita sebab Dia menyayangi kita…masa itu akan tiba,hanya Allah yg tahu segala2nya. Positifkan diri dan sentiasa ingat & positif pada Ilahi.

      Shasha

  • Little mama,
    Assalamualaikum….

    Sy nk share dgn sume. on 10/7 sy buat treatment yg sm mcm iui n nama treatment tu AIH (artificial insemination). Sy x pasti ape beza IUI n Aih tp procedure sm je…Kne kuarkan semen hubby then inject masuk dlm uterus…..sakit sgt2 smpi menangis. Then dh balik umah pun sakit smpi 2 ari….duk baring je. Pastu dh genap 2 minggu rasa gatal plak nk wat UPT….mama, clearly 2 line appear….Then i repeat sekali lg takut salah yang td….masih sm gak 2 line. Sy rasa gembire sgt2 tp lum smpi time jmpe doc….doakan sy sukses ye……cume sy was2….valid ke upt pd hari ke-14 selepas masukkn sperm…..risau…..

    • dear mrsdee, after 2 weeks most people kalau positive dah boleh nampak 2 line kat UPT *hence the two-week wait term*..i strongly think you’re pregnant dear!congrats!

      kalau nak sahkan, just go to any clinic dan buat test situ..kalau doctor sendiri cakap baru rasa yakin kan.. kalau still tak yakin mintak doctor buat blood test check hcg level dalam darah ok.

      anyway, jaga diri baik-baik

  • salam sume…kasha sini..just nk tny bbrp perkaa.pada 29hb/10/2010 kasha ada buat iui..doc scan ada 13 biji telo tp 4 jer matang..selepas iui, perut kasha kembung sesangat, senak, sengal n sakit2..nape erk? adakah disebabkan telo terlalu byk?boleh bg jawapan kawan2..

  • salam,
    saya berjaya ke blog disebabkan nak cari info kenapa sakit sangat perut selepas iui. Sebenarnya, Jumaat lepas saya menjalani iui yang ke4 di LPPKN. Sebelum ni buat iui sakit gak macam sembelit, masuk angin, pastu loya, muntah. Hari ni pulak cirit birit. Makan ikut time. Tapi ada tak teman-teman yang mengalami simptom ni? Hari Sabtu tu tidur je, Ahad pun sama. Hari ni terpaksa gi keje walaupun loya dan dah 5 kali berulang ke tandas. Tak larat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *