Mindaria Cafe | Nasi Ketuk Special!!

Ketuk! Ketuk! Ketuk!

Jom makan nasi ketuk..he..he..he

Actually restoran area ofis I ni dah 3 bulan lebih beroperasi kat situ (dulu restoran lain).. tapi I jarang pergi makan kat situ.

Biasa I pergi restoran paling hujung kat Blok A tu atau restoran Only Delight kat bahagian tengah. Sebab tu nama restoran kat tempat paling depan Blok A Kompleks Kelana Center Point tu pun I sebelum ni tak tahu..

Hari Jumaat last week I posted status kat FB yang I makan NASI KETUK!

Nasi Ketuk

First time ever makan nasi yang dinamakan nasi ketuk ni so agak jakun sedikit..he..he

Sedapnya nasi ketuk istimewa Mindaria Cafe ni!!

Nasi ketuk iaitu nasi marjerin bawang goreng dengan ayam atau daging bakar, sup, tempe goreng berempah, tauhu goreng dan salad pasti menambat selera.

Nasi Ketuk

Masa makan just perahkan limau kasturi pada ayam atau daging bakar (ada pilihan nak nasi ketuk ayam atau nasi ketuk daging). Tempe dan tauhu dicicah dengan dua jenis sambal iaitu sambal merah dan sambal hijau.

Nasi Ketuk

Tempe goreng berempah tu tersangatlah sedap dan rangup. Makan macam tu je pun sedap tau.

Sambal tu pulak memang meletup punya he..he

Nasi Ketuk

Sambal merah nasi ketuk tu rasa dia manis-manis sikit manakala sambal hijau nasi ketuk tu pedas giler.

Kenapa dinamakan nasi ketuk? Sebab masa resepi nasi ketuk Mindaria Cafe ni dicipta ia tidak ada nama so tuan punya Mindaria Cafe bagi nama NASI KETUK sebab ayam atau daging bakar diketuk masa penyediaannya.

Walaupun nasi ketuk ni ada ulam timun, tempe dan tauhu goreng macam nasi ayam penyet tapi nasi ketuk ni lagi istimewa. Kalau nasi ayam penyet tu asalnya dari Indonesia kan tapi nasi ketuk ni asalnya Malaysia lah sebab resepi ciptaan Mindaria Cafe.

Nasi ketuk kat Mindaria Cafe ni hanya ada pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam.

Lokasi: Blok A, Kompleks Kelana Center Point, Kelana Jaya, Selangor.

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *