Milk Booster | Tambah Susu Badan Dengan Horlicks

Pejam celik…tidur bangun… dah 6 bulan saya breastfeed baby Irfan rupanya. Alhamdulillah.

Saya suka.. saya suka!

Susu saya tak meriah mana pun. So.. saya memang tak ada stok frozen EBM yang banyak. Stok frozen saya hanya cukup untuk the next 2 days. Dua hari je tau.

Jeles jugak tengok orang lain ada stok sampai berbulan-bulan. Siap kena beli deep freezer tu beb. Saya kira jimat lah sebab just guna fridge sedia ada. Ada hikmah sebalik kejadian kannn… teeeheeee!

Masa awal pam lepas masuk kerja tu… setakat dapat 1-2 oz sekali pam. Guna pulak pam manual… lagi lah tak ada semangat nak mengepam..hu hu.

Sejak beli Medela Freestyle, semangat kembali membara (ewaaah). Tapi… ada semangat je tak guna kalau production memang sikit kannnn.

So… kelam kabut saya cari cara nak tambah susu badan. Macam-macam milk booster saya cuba. Macam-macam tau. Ada mahal. Ada murah. Belasah semuanya.

Masa tu baru saya tau istilah galactagogues…wohooooo!

Tapi… kebanyakkannya tak berkesan pun untuk tambah susu badan. Setengahnya ada side effect lain pulak tu bila consume every day…hu hu.

Susah sangat nak jumpa milk booster terbaik untuk saya. Banyak trial and error.. huh.

Saya nak share experience saya dengan milk booster yang pernah saya cuba atau tefikir untuk cuba. One by one okeh. Satu milk booster per entry…teeheee!

Milk Booster hari ini ialah HORLICKS.

Heran saya. Kenapa lah ramai mommies kata horlicks ni boleh tambah susu badan. It’s just a drink okeh.

Horlicks

Well.. maybe not just a drink. Horlicks ni adalah minuman yang dibuat dari gandum, malted barley dan susu.

Saya memang suka minum Horlicks. Tapi tak ada lah kemaruk minum hari-hari. Kadang-kadang je minum. Sebulan sekali ada lah kot.

Sebab saya ni bukannya suka sangat minuman yang kena bancuh dan rasa manis macam tu. Saya suka telan air masak suam je.

Tapi sebab niat nak menyusukan Irfan sampai dua tahun tu… terpaksalah saya minum air Horlicks pulak. Anything for my baby kannnnn.

Saya minum Horlicks yang original tu (bukan yang 3 in 1 ok).. sekali sehari pada waktu malam.. selama hampir 10 hari.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tapi production susu saya tak bertambah pun. Not good lah ini so called milk booster.

Tak kan nak kena minum dua kali sehari pulak kot. Tekak saya ni dah tak leh terima Horlicks kalau minum so often macam tu… teeheee!

Horlicks ni dikatakan milk booster sebab kandungan dia ada malt barley tu. Kalau nak tahu lembu-lembu kat New Zealand diberi makan malt untuk banyakkan susu.

Horlicks tak berkesan sebagai milk booster untuk saya. Saki baki Horlicks ada lagi so saya minum juga kadang-kadang. Rugi kan dah beli tu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *