Milk Booster | Tambah Susu Badan Dengan Earth Mama Angel Baby Organic Milk Milkmaid Tea

Saya tak suka sangat minum teh. Kadang-kadang je minum. Sebulan sekali pun payah nak minum teh Boh atau Lipton tu…ekekeke.

Dalam misi mencari milk booster terbaik… saya terjumpa pulak teh herba untuk tambah susu badan. Bukan teh biasa tu tau… teh herba!

Setelah meneliti kandungan teh herba tu… saya beli dan cuba lah. Anything for my baby, right?

Ada banyak jenama teh herba khas untuk tambah susu badan. Saya hanya pernah cuba Earth Mama Angel Baby Organic Milkmaid Tea dan pernah beli Neuners – Organic Nursing Tea.

Masa Izzah baby dulu pun saya pernah minum Organic Mikmaid Tea ni jugak untuk tambah susu badan.

Earth Mama Angel Baby Organic Milkmaid Tea ni adalah disahkan oleh USDA sebagai 100% Organic.

Organic Milkmaid Tea

Satu kotak mengandungi 16 uncang teh yang mengandungi campuran herba-herba galactagogues berikut:

  • Foeniculum vulgare (organic Fennel) seed – jintan manis
  • Trigonella foenum-graecum (organic fenugreek) seed – halba
  • Rubus Idaeus (organic red raspberry) leaf
  • Urtica dioica (organic stinging nettle) leaf – jelatang
  • Silybum marianum (organic milk thistle) seed
  • Pempinella anisum (organic anise) seed
  • Carum carvi (organic caraway) seed
  • Medicago sativa (organic alfalfa) leaf
  • Citrus sinensis (organic orange) peel

Wah!!

Banyaknya herba galactagogues. Hampir semua jenis herba galactagogues yang saya ceritakan dalam posting Milk Booster | Senarai Herba Galactagogues Untuk Tambah Susu Badan ada dalam Organic Milkmaid Tea ini.

Tak payah susah payah cari pokok-pokok herba tu. Bancuh je teh herba Earth Mama Angel Baby Organic Milkmaid Tea ni lagi senang.

Kalau tak banyakkan susu badan lagi tak tau la tu kan…ekekekeke.

Organic Milkmaid Tea

Saya pun beli dua kotak Organic Milkmaid Tea ni untuk dicuba selama sebulan (16+16 = 32 uncang teh). Harga sekotak RM41.90 bermakna satu uncang berharga RM2.61. Mahal jugak tu beb!

Saya minum teh herba ini satu uncang setiap hari selama seminggu.

Organic Milkmaid Tea

Tapi susu saya tak jadi banyak pun. Breast tak rasa penuh pun. Macam biasa je produksi susu masa mengepam. Hampeh betul.

Susu tak banyak dan saya dapat side effect pulak akibat minum teh herba ni. Perut saya jadi sakit memulas macam nak period atau kena senggugut pulak rasanya.

Memang lah. Sebab kebanyakan herba dalam Organic Milkmaid Tea ni boleh merangsang pengecutan rahim. Sebab tu ianya tak boleh diambil masa mengandung. Boleh sebabkan keguguran tau.

Berikut ialah senarai herba yang boleh merangsang pengecutan rahim jika diambil melebihi dari kadar dalam makanan.

  • Foeniculum vulgare (organic Fennel) seed – jintan manis
  • Trigonella foenum-graecum (organic fenugreek) seed – halba
  • Rubus Idaeus (organic red raspberry) leaf
  • Pempinella anisum (organic anise) seed
  • Carum carvi (organic caraway) seed

Cadangan penggunaan teh herba Earth Mama Angel Baby Organic Milkmaid Tea ni ialah minimum 3 kali sehari.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Saya hanya minum sekali sehari. Patutlah tak berkesan….ekekekeke!

Organic Milkmaid Tea

Apa rasa teh herba ni? Macam mana nak cakap ye… hmmm… tak lah sedap macam teh Lipton tapi tak lah rasa pahit macam air rebusan akar kayu. Cuba rendam sesudu halba dan jintan manis dalam air panas kemudian minum airnya. Hah… macam tu lah rasanya…ekekeke.

Saya tak teruskan pengambilan milk booster Earth Mama Angel Baby Organic Milkmaid Tea ni untuk banyakkan susu badan. Sebab:

Mahal sangat.

Kena minum 3 kali sehari setiap hari. Satu kotak hanya ada 16 uncang. Satu uncang teh hanya boleh bancuh sekali sahaja so boleh tahan dalam 5 hari sahaja. Kena beli 6 kotak untuk sebulan. Harga RM41.90 sekotak. Kalau sebulan RM251.40. Erkkkk!

Side effect.

Ada banyak herba yang boleh merangsang pengecutan rahim. Tak sesuai untuk yang ada rahim sensitif macam saya ni. Boleh sebabkan perut memulas macam kena senggugut.

Bau badan.

Salah satu bahan teh ini ialah halba (fenugreek) yang terkenal menyebabkan badan berbau seperti sirap mapel @ manis manis masam. Saya sangat tak suka ada bau ni….ekekeke.

Mana Nak Beli Earth Mama Angel Baby Organic Milkmaid Tea?

Korang boleh beli di kedai online LittleWhiz.com. Klik banner di bawah dan search Earth Mama. Nanti akan terpapar segala produk Earth Mama Angel Baby yang ada dijual di LittleWhiz. Ni favorite online store aku sejak 2009. Trusted online seller!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *