Saya suka juga makan roti atau donut yang ditabur biji bijan @ sesame. Tapi tak pernah jumpa bijan hitam @ black sesame pada roti. Biasa bijan yang putih kekuningan tu je kan.
Masa saya tengah buat research pasal milk booster terbaik (ewahhh).. ada terjumpa pasal biji bijan hitam @ black sesame as galactagogue.
Tak sangka pulak bijan hitam @ black sesame seeds tu boleh jadi milk booster… wohooo!
Bijan ialah pokok berbunga yang biasa ada kat Afrika, India dan China. Banyak khasiat bijan hitam @ black sesame ni. Adik beradik flax seed lah ni (eh.. saya belum cerita pasal flax seed as a milk booster… nanti ya).
Sekali pandang… bijan hitam @ black sesame @ sesamum indicum ni rupanya macam black seeds @ habbatusauda @ nigella sativa. Tapi black sesame ni bukan habbatusauda tau.
Memang confuse. Sebab ada jugak orang panggil habbatusauda @ nigella sativa sebagai black sesame.
Senang saja nak bezakan antara bijan hitam @ black sesame dengan habbatussauda @ nigella sativa tu. Rasanya memang lain.
Bijan hitam rasa macam bijan biasa lah… nutty/kacang macam tu. Tapi habbatussauda rasa macam rempah… pahit dan pedas sikit rasanya.
Bijan Hitam @ Black Sesame Sebagai Milk Booster
Tau tak bijan hitam ni sangat kaya dengan kalsium dan dipercayai boleh membanyakkan susu badan. Tak payah minum susu lembu pun boleh dapat kalsium. Mabeles nya!
Kecik-kecik cili padi bijan hitam ni. Banyak sangat khasiat dia.
Bijan hitam @ black sesame ni kaya dengan protein (10 amino asid penting), Omega-6 dan vitamin terutamanya vitamin B-complex seperti niacin, folic acid, thiamin (vitamin B1), pyridoxine (vitamin B6) and riboflavin. Mineral penting macam kalsium, iron, manganese, zinc, magnesium, selenium dan copper.
Hebatnya. Bijan hitam yang kecik tu memang sudah lengkap ada protein, Omega-6, B-complex dan mineral penting yang diperlukan masa menyusu.
Tak payah dah kot makan supplemen protein dan vitamin yang mahal asing-asing. Harga black sesame organic hanya RM9.90 per 250gm. Boleh tahan sebulan kalau tabur-tabur dalam makanan. Saya suka.. saya suka!
Saya belum betul-betul cuba bijan hitam @ black sesame ni sebagai milk booster.
Hari tu saya ada makan O’Choice Organic Black Sesame Pumpkin Cube ni.
Snack ni sedap juga tapi tak banyakkan susu badan. Sebab dah campur bahan lain dalam tu macam pumpkin seed, gula perang, maltose, garam Himalaya dan apple cide vinegar.
Lebih baik makan bijan hitam @ black sesame yang pure @ asli tu macam tu je kan. Tabur-tabur dalam makanan. Lagi cepat dapat khasiatnya.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Saya biasa beli barang makanan organic macam flax seed, chia seed dan oatmilk secara online di website Organic2u.com. Macam-macam organic food ada. Tinggal tekan mouse untuk order sahaja…teeeheeee!
Sekarang ni saya masih amalkan tabur flax seed dalam makanan so bijan hitam @ black sesame ni kena tangguh dulu lah.
Semalam saya beli O’Choice Organic Black Sesame Powder ni untuk try sebagai milk booster. Petang-petang boleh minum.
Kita tengok lah nanti samada tepung bijan hitam ni bantu saya tambah susu badan ke tidak… ngeeee!
ada satu roti saya makan memang dia tabur bijan hitam ni. keluaran gardenia kot. x sangka bleh jadi milk booster. habbatus sauda pun milk booster jugak kan?
@eliss, oh gardenia ada ye roti bijan hitam ni.. so far belum jumpa lagi.. yes.. habbatus sauda pun milk booster juga.. ;D