Milk Booster | Tambah Susu Badan Dengan Alfalfa

Saya rasa Alfalfa ni memang popular dijual sebagai milk booster. Kalau tengok kat Facebook berlambak-lambak iklan Alfalfa dari jenama Shaklee sebagai milk booster.

So… tak hairan lah kalau ramai yang promote Alfalfa ni masa saya tengah kelam kabut cari milk booster.

Hmmm… betul ke Alfalfa ni boleh banyakkan susu. Tengok testimonial.. ada yang kata susu terus melimpah ruah lepas ambik Alfalfa.

Tapi ada jugak yang kata Alfalfa tak tambahkan susu pun. Production sama je macam masa belum makan Alfalfa.

Just susu jadi lebih pekat dan berubah warna kehijauan. So.. baby kurang menyusu sebab cepat kenyang.

Shaklee Alfalfa

Saya nyaris nak beli supplemen Alfalfa Complex ni dah. Anything for my baby kannnnn.

Kalau nak tau, Alfalfa ni salah satu dari herba galactagogue. Terbelit lidah nak sebut perkataan galactagogue tu kannn.. teeeheee!

galactagogue = apa-apa bahan yang boleh membanyakkan susu badan

Alfalfa juga dikenali sebagai buffalo herb, buffalo grass, Chilean clover, lucerne, and purple medic. Macam-macam nama pulak Alfalfa ni rupanya.

Alfalfa Sebagai Milk Booster

Alfalfa ni memang banyak zat dan vitamin yang diperlukan masa menyusu badan. Ada protein dan vitamin-vitamin A, B1, B6, C, E dan K serta kalsium, potassium, iron dan zinc.

Mungkin sebab tu mak-mak yang tak cukup zat tiba-tiba banyak susu lepas makan Alfalfa.

Tapi saya tak jadi cuba supplemen Alfalfa sebagai milk booster. Takut pulak saya nak try.

Sebab Alfalfa ni mengandungi klorofil (chlorophyll). Klorofil kan satu agen nyahtoksin (detoxifying agent) yang sangat powerful.

Semua supplemen yang mengandungi klorofil yang tinggi macam Alfalfa, Chlorella dan Spirulina tu boleh chelate @ mengikat logam berat (heavy metal) untuk dibuang dari sel badan ke dalam aliran darah.

Kalau makan sikit-sikit klorofil yang terdapat dalam makanan tu memang tak memudaratkan. Tapi… kalau ambik supplemen confirm la kita ambik lebih berbanding kalau dimakan melalui makanan kannnn.

Masa breastfeeding kita tak disarankan makan something yang boleh detox @ chelate heavy metal dalam darah.

Sebab ada risiko besar toksin @ logam berat macam merkuri yang badan nak nyah tu akan disalur pada bayi melalui susu ibu.

Bila kita detox… badan akan bebaskan toksin atau logam yang dah tersimpan dalam sel badan tu masuk balik dalam aliran darah.

Kenapa badan kita simpan toksin pulak?

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Macam ni. Bila kita terdedah pada toksin yang banyak dan badan kita tak boleh buang toksin tu tanpa merosakkan organ… ada molekul akan terlekat pada toksin @ logam dan mengurangkan tahap bahaya toksin @ logam tu buat sementara waktu. Toksin bermolekul ni akan disimpan dalam sel badan, jauh dari organ utama dan jauh dari aliran darah.

Masa detox, toksin yang tersimpan dalam sel ni akan dibebaskan kembali dalam aliran darah untuk diproses oleh hati.

Toksin @ logam yang ada dalam aliran darah tu boleh masuk dalam susu badan.

Siapa yang minum susu tu? Baby kita jugak kan. Omaigod!

Susu banyak pun tak guna kalau baby sakit akibat pemakanan kita. Betul tak?

Ada kawan saya yang naik ruam dan gatal kulit lepas makan Alfalfa. Ingatkan dia alergik pada Alfalfa. Rupanya tu side effect sebab badan tengah membuang toksin dari badan.

Cuba tengok kandungan Shaklee Alfalfa tu.

Active ingredients: Alfalfa (medicago sativa), dicalcium phosphate, tricalcium phosphate
Other ingredients: Maltodextrin, calcium silicate, fructose, spearmint oil (mentha spicata).

Maltodextrin pun ada?

Mengikut MedlinePlus: Ibu menyusu badan @ breastfeeding should not take alfalfa in amounts larger than food doses.

Katanya ada beberapa side effects Alfalfa ni (rujuk website MedlinePlus).

  • Alfalfa may have estrogenic properties, meaning that it acts like the dominant female hormone estrogen in the body. Because of this potential effect, pregnant women and breastfeeding moms should not take alfalfa supplements, which generally contain higher amounts of alfalfa than you would get from food.
  • Alfalfa supplements can also interfere with the effectiveness of birth control pills.
  • Alfalfa seeds can increase immune system functioning, which can worsen autoimmune disorders such as systemic lupus erythematosus or rheumatoid arthritis.
  • Alfalfa is also high in vitamin K and can cause bleeding problems if you take blood thinners.
  • Alfalfa can cause diarrhea @ loose stools.
  • Alfalfa also can increase sun sensitivity.

Tak salah kot kalau nak ambik Alfalfa sebagai milk booster. Tapi kena make sure badan kita memang tip top tak ada toksin tersimpan. Toksin boleh masuk dalam badan melalui makanan, udara, ubat dan suntikan vaksin.

Takut jugak kalau banyak sangat toksin @ logam dibebaskan dalam aliran darah dan masuk dalam susu badan kannn. Saya ni susah nak dapat anak so tak nak ambik risiko lah… ngeeee.

2 Comments

  • Assalamualaikum wbt…

    Berhemahnya cara puan meniaga..siap letak gmbr produk lain yg dikondem.. 😆

    Hem..Nampaknya Puan tak abes kaji lg beza antara alfalfa in general dgn alfalfa shaklee. Terang2 article tu bgtau bahagian mana dlm alfalfa yg dikatakan bahaya. Same goes to maltodextrin. Malto ni bfungsi sbg pengikat vitamin, tak bahaya pun..byk dlm makanan, susu tepung, milo etc. Puan cuma ambil 1 rujukan pastu terus seumur hidup kata bahaya..padahal berlambak2 article kata malto is safe. Rujukan tu pun xde bukti saintifik. Malas nak ckp byk..boleh kaji sendiri.

    Detox..pun sama. Even kacip fatimah pun detox. Dr zubaidi kata xde masalah pun. Bukan masuk dlm susu pun. Kelenjar susu tak termasuk dlm organ perkumuhan..kulit ruam tu mmgla dah kulit salah satu organ perkumuhan. Susu badan=sistem perkumuhan???? Kalau macam tu lagi banyak ibu menyusu=lagi kurang air kencing..sbb dah byk keluar kot susu..muahahaha plssss la..tp mcm kelakar jgk la..how could toxin released dgn susu?sejak bila pulak kat situ organ perkumuhan ye…

    Takde bukti pun ibu menyusu takleh detox. Kalo mcm tu yg anak berderet mcm saya ni banyak gilela toksin badan sbb xleh nak detox masa menyusu. Anak 2tahun sekali menyusu sampai 2tahun..kalo ikutkan 6tahun xleh detox. Ni on the way nk tambah lg 2tahun menyusu. Mmg penyakitla badan ni. By the way, anak2 saya semua sihat, cergas dan kuat alhamdulillah.. So pada saya detox sgt bagus utk kita terus sihat dan cergas, juga xde kesan ke dlm susu ibu. Kalo rajin boleh pi forum susuibu.com ada bincangkan juga pasal ni. Just my 2cent

    • @Pengguna Alfalfa,

      Tahniah dan bersyukurlah kepada Allah sebab puan dan anak-anak puan masih kekal sihat sehingga hari ni. Teruskanlah jika puan memang yakin ianya bagus. Saya tak suruh puan atau sesiapa pun untuk berenti makan.

      1)
      Part mana dalam entri saya ni saya puji produk lain dan kondem jangan makan Shaklee? Cuba cakap sikit perenggan mana satu? Sesentap pulak puan ni kannn.

      2)
      Loh. Apa hal pulak saya nak kaji mendalam Alfalfa ni. Saya bagi pendapat sebagai orang awam yang baru berura-ura nak makan benda ni tapi tak jadi. Saya bagitau sebab peribadi saya tak nak makan. Ada ke saya suruh orang follow saya? Sesentap lagi puan ni. Oh.. sebagai penjual puan pun dah abes ke kaji pasal Alfalfa nih (saya assume puan penjual la sebab puan ssssentap kan).

      3)
      Maltodextrin pun ada? Puan oh puan. Satu ayat je saya tulis pasal matodextrin. Ada ke saya kaitkan maltodextrin Shaklee ni dengan kesan bahaya maltodextrin yang banyak dalam makanan/minuman yg dijual kat supermarket. Ada saya tulis puan? Sseeentapp.

      4)
      Loh. Ada ke saya kata liang susu = agen perkumuhan? Nan ado puan. Liang susu bukan macam liang peluh atau salur kencing atau lubang bontot yang mana najis/toksin direct keluar ikut situ puan.

      Puan ada kaji tak anatomi payudara? Salur darah ada tak dalam breast puan? Salur darah bersambung tak dengan kelenjar susu? Ada kan puan. Kalau takde kaler hitam la breast puan sebab darah tak mengalir kat breast.

      Cuba puan tengok gambar anatomi breast kat link bawah ni.

      http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/0f/Breast_anatomy_normal_scheme.png

      Nampak tak urat warna merah dan biru yang terang-terang bersambung dengan lobe (kelenjar susu) tu? Nah. Kalau ada salur darah kat kelenjar susu yang menghasilkan susu, ada RISIKO tak toksin yang di chelate (urai) dari sel masuk dalam aliran darah pun masuk sama dalam susu yang baby minum?

      5)
      Loh. Saya tak kata pun ibu menyusu tak boleh detox. Boleh je nak detox. Tapi digalakkan detox melalui pemakanan yang boleh CHELATE (urai) toksin dari sel masuk balik dalam sel darah. Sebab apa tak digalakkan? RISIKO. RISIKO. RISIKO.

      6)
      Puan. Badan puan memang sihat tak ada toksin terkumpul dalam sel. Sebab tu lah kot puan makan takde kesan buruk pada baby. Saya siap tulis tu puan, tak salah pun nak makan alfalfa masa menyusu jika yakin badan memang tip top tak ada toksin terkumpul zaman berzaman.

      Bayangkan orang yang tak pernah detox langsung sejak baligh tetiba detox masa menyusu. Boleh puan beri jaminan 100% yang toksin yang dulunya tersimpan dalam sel badan dan kini di urai masuk dalam saluran darah untuk dibuang TAK masuk hatta sedikit pun dalam kelenjar susu dia tu? Puan berilah jaminan ni pada pembeli puan pasti mereka tak teragak nak beli dari puan.

      7)
      By the way puan, entri ni saya tulis masa saya tengah cari penggalak susu sebelum saya jual produk yang puan kata saya berhemah menjual tu. Dah lama dah entri ni tapi takde siapa komen pun. Tetiba puan sssentap.

      8)
      Saya ni tak bernasib baik macam puan beranak 2 tahun sekali. Saya ni susah nak nak dapat anak. Jadi saya memang tak nak ambik RISIKO makan something yang boleh beri kesan pada baby saya puan. Tak boleh ke puan?

      Just my satu juta ringgit opinion.

Comments are closed.