Milk Booster | Tambah Susu Badan Dengan Air Longan Kering

Air rebusan longan kering dikatakan boleh banyakkan susu. Betul ke?

Tak cuba tak tahu kan. So…. saya cuba lah.

Tapi nak cuba air longan kering untuk tambah susu badan kenalah cari longan kering tu dulu..ekekeke.

Time kita nak sesuatu benda tu mesti benda tu susah nak jumpa. Time kita tak nak… berlambak depan mata.

Sama la dengan longan kering ni.

Penat saya telek satu persatu rak makanan kering kat Aeon Big dan Tesco tapi tak jumpa pun. Longan kering saja lari menyorok tewww.

Last-last saya jumpa longan kering kat Giant Klang Sentral. Tu pun dah berhabuk packaging dia.

Longan Kering

Nasib baik expiry date lama lagi. Berani jugak lah beli sepeket..ekekeke

Mahal jugak longan kering kat Giant tu. Sepeket 100gm tu dalam RM7. Murah ke mahal ni? Bagi saya macam mahal je.

Saya jugak cari kedai ubat cina yang dekat dengan rumah saya. Nasib baik lah jumpa kedai ubat cina kat Setia Prima tu. Terus saya terjah.

Saya ingatkan kedai ubat cina tu jual longan kering yang timbang tu. Tapi tak ada. Dia pun dah siap masuk dalam paket jugak.

Tapi murah sikit lah dari longan kering Giant tu. Sepeket 100gm dalam RM4 je.

Resepi Air Longan Kering

Muahh ahhahhaha!

Air longan kering pun ada resepi. Saya punya resepi air longan kering ni special punya maaah.

Bahan-bahan

  • segenggam longan kering (basuh dengan air bagi bersih)
  • 3 cawan air
  • daun pandan

Mudah je resepi air rebusan longan kering ni. Masukkan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga mendidih.

Longan Kering

Kemudian campur pati air longan kering ni dengan sedikit air masak.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Longan Kering

Kalau minum terus pun boleh tapi manis lah rasanya.

Saya ni tak boleh minum benda manis sangat ni. Pening kepala. Kalau campur air boleh lah minum dengan gembira ekekeke.

Longan Kering

Air Longan Kering Tambah Susu

Mengikut perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa. Bila tenang so susu pun mudah dihasilkan.

Kenapa air longan kering dapat menghilangkan stress ibu menyusu?

Sudah tentu sebab longan kering ada mengandungi garam galian Potassium yang tinggi.

Longan Kering

Pottasium ni boleh mengawal pelbagai hormon dalam badan termasuklan hormon cortisol dan adrenaline (hormon stress).

Berkesan tak air rebusan longan kering banyakkan susu?

Berkesan.

Beberapa jam lepas saya minum air rebusan longan kering tu memang terasa breast penuh dan berat. Bila bagi Irfan menyusu dia pun macam kekenyangan sangat ekekeke.

Tapi tak lama.

Sebab lepas amalkan air rebusan longan ni beberapa hari dia punya power macam makin hilang.

Ada yang kata kena rajin minum air longan kering ni baru supply kekal banyak. Pagi, petang dan malam kalau boleh satu jag kot kena minum setiap kali.

Longan Kering

Sebab ‘power’ air longan kering ni dah tak ada kesan pada saya so saya stop dah jadikan air rebusan longan kering sebagai milk booster. Better saya minum berjag-jag air masak kosong dari minum air longan kering ni. Tak lah saya sakit kepala.. ekekeke

Lagi pun saya ni tak rajin sangat nak kena rebus longan kering tu setiap kali nak minum. Nak rebus banyak-banyak tak muat fridge pulak nak simpan.

Satu sebab lagi saya tak rajin ialah ada tikus kepala hitam yang suka curi minum air rebusan longan kering saya tu.

Sedap katanya… so tak sempat saya minum dah habis…ekekeke.

3 Comments

    • @eliss, longan ni sama je dgn mata kucing.. longan dalam tin tu dah hilang power kot sebab dah diawet dengan gula heheh

  • Terima kasih di atas perkongsian info… Bolehlah saya gunakan info ini untuk isteri saya, sewaktu kelahiran anak ke 3 pada bulan Oktober nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *