Milk Booster | Senarai Herba Galactagogues Untuk Tambah Susu Badan

Milk booster.. milk booster… milk booster.

Selagi anak tak cecah 2 tahun mesti ramai mommies yang tercari-cari milk booster terbaik masing-masing kan. Terutama kalau supply memang sangat low dan anak alergik susu formula.

Misi saya menyusu Irfan masih panjang. Baru lepas dapat sijil je kot. Bulan 12 baru dapat diploma…ekekee.

Nak menyusu anak pun kena timba ilmu. Macam-macam kena tahu. Bukan mudah nak dapat master dalam penyusuan kalau malas belajar kannnnn.

Galactagogues.

Apakah?

Terbelit lidah nak sebut. Galactagogues. Bukan ulat gonggok…ekeeeke

Galactagogues adalah HERBA untuk tambah susu badan.

Galactagogues (‘galact’ atau ‘galacto’ dalam bahasa Greek prefix bermaksud susu dan suffix ‘agogos’ bermaksud mengalir) adalah herba semulajadi yang diambil sejak berkurun lama bagi menambah susu badan.

Walaupun herba-herba ini dikatakan boleh menjadi milk booster tapi tak semua orang dapat kesan yang sama. Kena try jugak untuk cari yang serasi.

Mari kita tengok herba tambah susu badan ini satu persatu.

Anise Seed (Pimpinella Anisum)

Saya tak pasti apa nama Anise Seed dalam bahasa Melayu. Rupanya seakan sama dengan jintan manis (Fennel Seed – Foeniculum vulgare) dan jintan putih (Cumin Seed – Cuminum cyminum). Mudah confuse dibuatnya…heh heh.

Anise seed tu dikatakan selalu digunakan dalam pembuatan roti dan pasteri. Tak pasti kat Malaysia ni ada dijual atau tidak Anise seed ni. Kalau Jintan manis dengan Jintan putih tu memang berlambak la kan.

Herba Tambah Susu Badan

 

Jintan Manis atau Fennel Seed ini berwarna putih dan lebih besar dari jintan putih. Jika dimamah rasanya manis. Biasa digunakan untuk buat kuih macam rempeyek atau dalam masakan daging dan udang.

Jintan Putih atau Cumin Seed ini berwarna lebih gelap dan lebih kecil dari jintan manis. Biasa digunakan dalam kari.

Kalau nak tengok gambar perbezaan jenis bijian ini klik sini.

Foooh… kan dah dapat ilmu pasal rempah ratus pulak…ekeekeke.

Okayyyy….

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Anise Seed sebagai milk booster ni dah digunakan sejak zaman purba Greece lagi. Orang negara China juga gunakan kombinasi Anise Seed dan Star Anise (bunga lawang) sebagai herba tambah susu badan.

Anise Seed mempunya ciri-ciri berikut: estrogenic dan relaxing, menyokong pencernaan, melegakan perut berangin dan membantu merawat bronchitis.

Anise Seed tidak sesuai untuk ibu mengandung sebab boleh merangsang pengecutan rahim.

Jintan Manis – Fennel Seed (Foeniculum vulgare)

Jintan manis dikatakan terbukti menambah pengeluaran susu ternakan kambing dan juga sudah lama digunakan sebagai herba tambah susu badan.

Herba Tambah Susu Badan

Rasanya yang manis membantu pencernaan dan melegakan perut berangin (colic) bagi bayi menyusu badan.

Jintan manis (fennel seed) mempunya ciri-ciri berikut: estrogenic dan relaxing, menyokong pencernaan, melegakan perut berangin dan membantu merawat bronchitis.

Jintan manis yang melebihi dari kadar dalam makanan tidak sesuai untuk ibu mengandung sebab boleh merangsang pengecutan rahim.

Halba – Fenugreek (Trigonella foenum-graecum)

Halba ni memang terkenal sebagai herba tambah susu badan. Orang negara barat pun suka ambil supplemen halba sebagai milk booster.

Kalau makan mentah rasa halba ni manis dan pedas. Halba ni salah satu bahan utama dalam nasi dagang dari Terengganu tu dan juga banyak digunakan dalam masakan kari.

Halba tak selamat dimakan semasa mengandung sebab ia boleh merangsang pengecutan rahim.

Herba Tambah Susu Badan

Pengambilan halba yang banyak setiap hari boleh menyebabkan badan kita berbau.

Ada yang kata macam bau sirap mapel atau bau pancake. Memang ketiak akan ada bau macam manis-manis masyeeem tau..Saya tak suka bau ni….ekekeke.

Blessed thistle (Cnicus benedictus)

Herba tambah susu badan Blessed thistle ni banyak ada di negara-negara Mediterranean. Tak ada lah kot kat Malaysia ni kan.

Herba Tambah Susu Badan

Blessed thistle ni adalah herba pahit (kebanyakan herba pun pahit kannn) yang sudah digunakan sejak turun temurun sebagai herba tambah susu badan.

Selain itu Blessed thistle juga diguna untuk merawat sakit perut, hati dan pundi kencing. Ia boleh menambah selera makan dan mengurangkan masalah sering kentut.

Tak sesuai untuk ibu mengandung.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Chaste Tree (Vitex)

Herba tambah susu badan Chaste Tree ni banyak ada di negara-negara Mediterranean jugak.

Herba Tambah Susu Badan

Ia telah digunakan sejak zaman berzaman untuk merawat macam-macam penyakit seperti demam, kembung perut dan juga dikatakan boleh tambah susu badan jugak.

Goat’s rue (Galega officinalis)

Herba tambah susu badan Goat’s rue ini berasal dari negara Timur Tengah tapi sekarang banyak juga ditanam di Eropah, Asia Barat dan Pakistan.

Malaysia? Tak ada la kot Goat’s rue ni.

Herba Tambah Susu Badan

Herba ni dikenal pasti berfungsi sebagai galactagogue apabila kambing yang memakannya bertambah susu mereka. Sebab tu la namanya Goat’s rue.

Milk booster untuk kambing boleh jugak jadi milk booster untuk manusia kannnn.

Selain tambah susu badan, Goat’s rue juga boleh mengawal paras gula dalam darah. Jadi herba tambah susu badan ini tidak sesuai untuk pesakit kencing manis kerana menyebabkan hypoglycemia.

Milk Thistle (Silybum marianum)

Milk thistle tak sama tau dengan Blessed thistle. Jangan confuse pulak…ekekeke

Herba tambah susu badan Milk thistle ni berasal dari Eropah selatan tapi sekarang banyak ditemui hampir seluruh dunia. Tak pasti lah kat Malaysia ada ke tidak.

Herba Tambah Susu Badan

Dalam kajian yang baru dijalankan, Milk thistle ini didapati berkesan menambah susu badan.

Selain itu Milk thistle digunakan untuk merawat kanser prostat, payudara dan pangkal rahim.

Jelatang @ Nettle (Urtica dioica)

Pokok Jelatang atau Nettle atau juga dikenali sebagai Stinging Nettle kerana daunnya yang berjarum halus dan bermiang boleh menyebabkan kegatalan. Herba ini banyak didapati di Eropah, Asia dan Afrika Selatan.

Herba Nettle ini sangat bagus diambil semasa mengandung kerana kaya dengan zat besi, kalsium, vitamin K dan folik asid. Sangat berkesan untuk merawat masalah anemia atau kekurangan zat besi.

Herba Tambah Susu Badan

Selain itu, herba ini juga sangat bagus untuk tambah susu badan kerana kandungan yang kaya dengan pelbagai nutrien dan juga tinggi klorofil.

Nettle digunakan juga untuk merawat masalah lemah buah pinggang, eczema, bronchitis, asma dan arthritis. Sifatnya yang antihistamin semulajadi berguna untuk merawat masalah alergik.

Rasanya dulu masa kecik saya selalu nampak pokok Nettle ni merata tumbuh di kampung. Sekarang kawasan belukar dan hutan di kampung pun dah tak ada so memang tak jumpa lagi dah pokok ni.

Red Raspberry leaf (Rubus idaeus)

Red Raspberry hanya didapati di negara bersuhu sederhana seperti negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Herba Tambah Susu Badan

Daun Red Raspberry sangat berkhasiat dan sering digunakan sebagai tonik semasa pantang dan menyusu badan.

Tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran.

Alfalfa Leaf (Medicago sativa L.)

Alfalfa atau juga dikenali sebagai Lucerne adalah sejenis tanaman yang biasanya dimakan oleh haiwan ternakan.

Herba tambah susu badan ini mengandungi klorofil yang tinggi serta pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti calcium, magnesium, phosphorus, potassium, silicon, zinc-numerous vitamins-A, B1, B2, B3, B5, B6, C, D, E dan K serta essential dan non-essential amino acids.

alfalfa

Ibu mengandung dan menyusu badan tidak digalakkan makan melebihi jumlah dalam makanan biasa (exceed culinary amount) kerana mengandungi klorofil yang tinggi dan boleh detox @ menguraikan toksin/logam berat.

Toksin/logan yang diurai dari sel badan masuk dalam aliran darah ibu dan berisiko masuk dalam susu ibu dan juga disalur kepada bayi dalam kandungan.

Banyaknya herba tambah susu badan!

Tak kan nak kunyah semua herba tu kan…ekekeke

Banyak terdapat pelbagai formulasi teh herba dan supplemen yang mengandungi herba-herba tambah susu badan tersebut.

Tinggal pilih dan bayar je kot.

TAPI….

Sebelum pilih produk herba tambah susu badan ni sepatutnya kita buat research dulu dengan mendalam pasal setiap herba.

Semak apa komposisi kandungan, adakah sesuai dimakan semasa mengandung (ada yang pregnant dan masih menyusu) dan apakah kesan buruk akibat alahan jika ada.

Ada herba mengandungi klorofil yang tinggi dan boleh detox @ menguraikan toksin yang berisiko masuk susu ibu. Ada herba yang boleh merangsang pengecutan rahim yang boleh menyebabkan keguguran.

Jangan main telan saja tau. Educate before you consume!!

2 Comments

  • Banyak betul tumbuh-tumbuhan berkhasiat yang terdapat di muka bumi ini.. Terima kasih di atas perkongsian info…

  • Banyak cara dan petua untuk ibu-ibu diluar sana menjayakan penyusuan bayi sehingga mencecah usia dua tahun. Jangan sia-siakan peluang yang ada sesungguhnya banyak kelebihan dan kebaikan dalam penyusuan bayi, dan harus diyakini bahawa susu ibu adalah satu-satunya makanan terbaik untuk bayi. ilmu perubatan moden ada menyatakan bahawa apabali sel-sel di dalam otak itu mati ia tidak akan dapat ditukar lagi. Oleh sebab itu makanan yang buruk bagi bayi akan memberi kesan ke atas mentalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *