Pernah tak terkena nasib tak baik macam saya ni – mesin cash deposit telan duit!
Huwaaaaaaaa!
Masa mesin deposit telan duit memang saya betul-betul tergamam. Tak tau nak buat apa. Terkebil-kebil depan mesin. Siap merayu kotak duit pada mesin cash deposit tu supaya bukak balik kembalikan duit saya..adehhhhh.
Nasib baik saya jenis cool. Kalau tak dah meraung depan mesin cash deposit tu. Sedih sangat. Nak pitam pun ada. Bukan sikit duit yang kena telan dengan mesin deposit CIMB tu. Dekat RM3,000 tu.
Lagi masalah sebab duit tu bukan duit saya. Duit partner saya hasil jualan Qaseh. Biasa saya masukkan dalam akaun saya sebelum online transfer kepada dia atau guna untuk issue cek untuk beli stok. Macam mana nak ganti duit banyak tu…..huwaaaaaaa!
Ini first time jadi kat saya mesin deposit telan duit. Mati akal dibuatnya.
Kronologi Kejadian Mesin Cash Deposit CIMB Telan Duit
2/6/2014 (Hari Pertama)
Berhenti isi minyak di Petronas NPE. Masukkan duit di mesin cash deposit CIMB. Mula-mula masukkan nombor akaun dan kemudian masukkan duit dalam kotak duit. Penutup kotak duit tertutup dan mesin mula mengira wang. Tengah mesih kira duit tu tiba-tiba mesin cash deposit tu TERGENDALA. Out of service!!!
Nasib baik ada RESIT yang keluar semasa mesin tergendala. Ni hah rupa resitnya.
Tarikh, Waktu, Lokasi, No Rujukan/Siri Cash Deposit Machine (CDM) dan Nombor Akaun ada tercatat.
Tapi….. tak ada tulis AMAUN!!!!!!
Biasa resit cash deposit machine yang berjaya macam ni. Ada tulis berapa jumlah setiap keping duit tu.
Yang ni tarakkkkk!
Tak ada bukti jumlah yang saya masukkan masa mesin cash deposit CIMB telan duit saya tu. Macam mana nak dapat balik? Huwaaaaaaaaa!
Kat resit tulis “This machine encounter some problem. Please contact bank”.
Tapi mana nombor bank yang nak dihubungi? Tarak. Nada. Nil.
Okay. Tenang. Tenang. Tarik nafas. Hembus nafas.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Sampai offie saya search pasal mesin cash deposit telan duit ni. Mak aiiiii. Berlambak rupanya kes mesin deposit telan duit. Macam-macam cerita. Ada yang dapat balik full. Ada yang dapat balik kurang. Ada yang tak dapat balik pun ada! Huwaaaaaaaaaaaaaaa!
Tarik nafas. Tak leh tenang. Hembus nafas. Tak leh tenang lah tarik nafas hembus nafas ni. Must do something.
Saya search cari nombor call center CIMB. Okay dapat nombor toll free ni: 1-300-880-900
Saya dial dan saya pilih nak CAKAP dengan customer service. Nasib baik suara customer service lembut. Tenang sikit.
Macam-macam dia tanya. Tapi semua details tu ada tercatat dalam resit yang saya dapat masa mesin cash deposit telan duit. Nasib baik lah kan.
Customer service tolong saya buat report dalam sistem dan bagi saya nombor rujukan report. Katanya kes saya akan selesai dalam masa 3-5 hari bekerja. Kalau tak ada maklum-balas selepas 5 hari dia minta call semula dan bagi nombor rujukan report.
3-5 hari bekerja. Nak kena tunggulah ni. Adeh. Penantian itu satu penyiksaan tau tak.
Petang dalam pukul 5 petang, saya dapat panggilan dari Adlan Anuar (CIMB – Customer Resolution Unit). Dia minta saya fax kan resit yang saya dapat supaya lebih cepat proses menyelesaikan kes saya tu.
3/6/2014 (Hari Kedua)
Pagi-pagi sampai kat ofis terus saya fax kepada 03-26913248 yang diberikan. Hampeh. Line fax busy. Transmission failed. Dekat 10 kali saya cuba masih gagal.
Geram sudah. Terus call Adlan. Saya minta alamat emel dia sebab saya nak emel je resit tu.
Masa emel saya minta dia reply mengesahkan salinan resit diterima. Okay.
Dia reply: Saya sudah dapat resit tersebut. Kami sudah pun mulakan sisatan semalam.
So… now kena tunggu lah 3-5 hari.
4/6/2014 (Hari Ketiga)
Tiada perkembangan apa-apa hari ni. Masih menunggu!
5/6/2014 (Hari Keempat)
Harap-harap dapat lah balik duit tu hari ni. Partner nak guna untuk restok Qaseh ni.
6/6/2014 (Hari Kelima)
Siksanya menunggu. Saya tak check akaun saya hari ni sebab busy attend event.
7/6/2014 (Hari Keenam)
Pagi-pagi saya check akaun CIMB saya online. Ada RM1,950 dimasukkan!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Eh.. kenapa kurang pulak yang dimasukkan? Saya claimed RM2,700 tapi dapat balik RM1,950 sahaja? Mana pergi baki RM750 tu? Masuk poket security officer? Huwaaaaaaa!
Saya pernah kena kes macam ni di Maybank Mukah, Sarawak… Tapi pegawai bank yanag berkenaan menyelesaikan kes saya keesokan harinya… Dalam tempoh tak sampai satu hari, kalau tak silap saya… Cuba Puan Follow up balik pegawai bank tu… Kalau boleh terus pergi ke kaunter bank dan cari Person In Charge yang dapat membantu menyelesaikan masalah puan…
@Anuar, hari ni dapat balik RM1950.. short RM750…sob sobbbb….