Opps.. tajuk je mengandung ye.. tuan tanah belum ada rezeki lagi..he..he
Teruja nak kongsi cerita best ni masa tengah lunch semalam. Kena taip cepat sebelum terlupa.
Mengandung anak pertama memang pengalaman yang menyeronokkan bagi pasangan yang berkahwin lah kan. Kalau mengandung tapi tak kahwin tu sudah tentulah sangat-sangat tak best walaupun masa buat best tak ingat dunia..he..he
Kisah mengandung kali ni tentang seorang kawan di pejabat. I namakan dia Lady X.
Lady X ni mengandung anak first dan sekarang sudah masuk 36 minggu. Minggu lepas dia ada tanya teman lunch I tentang breast pump. Tapi teman I ni kata dia tak pasti sangat pasal breast pump sebab dah lama sangat dia melahirkan anak kedua. So.. better tanya sorang lagi kawan yang baru 3 bulan beranak.
Lady X pun tanya lah Lady O. Ingatkan Lady X nak tanya pasal jenis breast pump yang bagus untuk dibeli tapi rupanya dia cuma nak pinjam sahaja. Bagi I biasalah tu kalau orang nak jimat dan pinjam breast pump tapi biasa I dengar orang pinjam dari family atau best friend sahaja.
Tapi Lady X dan Lady O ni cuma sepejabat – berkawan rapat jauh sekali. Lady O pun heran kenapa nak pinjam padahal breast pump banyak yang bagus dan murah di kedai *Lady O cuma pakai breast pum jenama Pureen harga dalam RM30 kot*.
Then, masa tu Lady X bercerita dengan Lady O tentang persiapan menyambut baby baru. Masa ni baru keluar cerita yang Lady X ni kaki pinjam!
Kalau kita yang first time mengandung mesti teruja nak beli macam-macam barang baru untuk baby kan?
Tapi Lady X ni first time mengandung tapi teruja nak meminjam macam-macam benda untuk baby dia. Boleh kata semua keperluan baby dia dah pinjam dari orang yang dia tidak rapat sangat pun.
Malah… baju mengandung yang dia pakai pun dia pinjam semuanya. Tak beli satu pun!
Bukan nak merendahkan Lady X ni tapi kenapalah sampai kedekut tahap gaban macam ni sekali. Sampai sanggup buat muka tebal pinjam apa saja dengan orang yang hanya kenal gitu-gitu – bukan kawan rapat atau keluarga.
Lady X ni gaji lebih banyak dari kebanyakan orang di office ni dan tidak ada bebanan hutang *kereta dah abis bayar, rumah tak perlu bayar sebab kepunyaan mak dia*. Husband pulak businessman.
Tapi segalanya mau pinjam?
ada juga orang mcm ni ye . 1st time Tifa dengar…
tifa, i pun first time la ni dengar tu terkejut tu..he..he
dia nak beli rumah kot utk anak dia yang bakal lahir tu..hehehehehehehehe
me pun pinjam jugak baju mengandung dengan kakak ipar me :p lagipun 9 bulan baru nampak perut..hikss
tp barang2 baby lain semua nak baru punya..orang bagi siap tak nak lagi :p tak boleh blah btol, nanti anak kedua, pakai ajer si kakak punya..hikss
eliss, agaknya la..hik..hik
kalau pinjam baju dengan family tu rasa biasa la .. tapi ni dia pinjam dari kawan-kawan – nampak sangat lusuh bajunya
Kawan kat ofis saya lagi best, kalau anak 1st ni, family dia pantang ambik atau pinjam barang dari orang lain, walaupun kakak sendiri. Maka segalanya baru la untuk anak dia..hehe..
Tapi lagi best beli sendiri kan, kita dapat pilih ikut taste kita.
nia, waah.. lagi dasat!!
kak, entah2 perangai dia ni sebab pembawakan budak kottttttt…
sib baik Lady X tak terfikir lagi nak pinjam laki member buat peneman bersalin sok… LOL
faisya, maybe la kot.. oh jgn disebut tu.. kalau nak tau laki Lady X ni jauh nun di Melaka.. dia kat sini tau.. kalau dah nak terbersalin macam mana tu?
isk3x, biasanya utk 1st pregnancy semua kalau boleh nk beli sbb excited. x sangka ada jugak org mcm ni ye
yatie, tu la pasal.. anak first tapi tak excited..hu..hu
Angin time mengandung kot..suka nak pinjam..laki dia tahu dak bini dia camtu?
I ada gak pinjam baju mengandung dari my sister..tapi yang sendiri pun ada jugak..so that takdelah balik2 pakai baju yg sama…
tp keperluan baby beli la ..and ada yg hand-me-down..
adohaiiii… akak btau die, kalo nk sgt dtg la jmpe lisa. lisa ada sebijik pureen nye breast pump x penah pkai pn (siap elok2 dlm plastic wrapper with few bottles some more) hadiah deliver baby dulu.
berjimat is good. tp kalo pesen gtu.. ntahla. tp maybe btol jgk adik/akak eliss ckp tu. die nk bli rumah kut tuk anak die! zasssss gtu… 😀
Dulu Along manjang dok beli baju baby, barang2 baby…sebab teruja! Dah masuk anak ke3 pun, cam tu gak. Ni 1st time dengar orang ngandung, anak 1st tapi takde membeli barang baby. Peliknya. Nak berjimat sangat ke?!!
Agak sebab tabiat suka meminjam tu yang dia kaya raya kot….hehehe…