Memori Sekolah | Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Jadi Anak-Anak di Sekolah

Bismillah. Cikros di sini.

Sesi persekolahan 2018 dah berakhir. So macam biasa mesti ada jamuan akhir tahun kat sekolah.

Anak aku Izzah pun sama lah cikgu buat jamuan akhir tahun di kelas. Pot luck style. Masing-masing bawa makanan dari rumah untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Jamuan Akhir Tahun

Aku tengok gambar yang cikgu kelas Izzah share tu memang nampak meriah betul dengan makanan. Macam-macam jenis.

Persediaan Awal Melangkah ke Tahun 1

Jamuan pot luck ni yang kat sekolah kebangsaan. Ada lebihan makanan semua boleh tapau. Termasuklah cikgu. Wahaha!

Persediaan Awal Melangkah ke Tahun 1

Tapi jamuan akhir tahun sekolah agama pulak, cikgu suruh buat kutipan duit dari akhir tahun.

Katanya target kutip RM30 sekorang sebab nak buat jamuan western food.

So budak kena bayar seminggu sekali RM1. Kutip punya kutip sampai lah masanya untuk jamuan akhir tahun.

Tapi tak ada pulak anak aku cerita ada makan western food. Still kena bawa makanan dari rumah jugak. So duit tu buat apa? Hmmm.

Anak cakap ramai yang tak bayar pun. So tak jadi lah kot. Tapi yang dah bayar tu apa cerita? Burnt jugak?

Tak dapat nak tanya cikgu sebab cikgu asal kelas Izzah dah bertukar cikgu lain. Aku tak ada nombor phone dia. Huhu!

Jamuan Akhir Tahun + Sambutan Birthday Prasekolah

Hari tu kecoh cerita pasal cikgu tadika sorok kek birthday budak-budak yang mahal dan sedap untuk tapau bawa balik untuk diri sendiri. Selepas sesi ambik gambar cepat-cepat cikgu simpan kek tu. Omakgorg!

Aku percaya itu memang kisah benar. Tapi tak semua cikgu macam tu.

Yang perangai macam tu hanya cikgu tadika.  Again tak semua lah cikgu tadika lah. Jangan marah omak pulak. Haha!

Anak aku prasekolah dan masa akhir tahun ada jamuan akhir tahun yang dibuat sekali dengan sambutan birthday pelajar yang lahir bulan 10, 11 dan 12.

Jamuan Akhir Tahun

So merasalah Irfan sambut birthday di sekolah walaupun belum birthday. Jamuan buat bulan 11 sedangkan Irfan lahir bulan 12. Hehe!

Jamuan Akhir Tahun

Kelam-kabut pergi beli kek birthday untuk Irfan. Ada 8 orang yang sambut birthday pada akhir tahun ni.

Kesian anak kalau tak bagi kek. Sebab kawan-kawan semua mesti ada satu kek setiap orang. Cikgu tak paksa pun. Tapi common sense lah.

Jamuan Akhir Tahun

Sambutan birthday kot. Mestilah ada kek special untuk anak share dengan kawan-kawan.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Masa viral kisah cikgu tadika cilok kek birthday budak tu aku tak komen apa pun. Sebab cikgu tadika anak aku tak macam tu pun.

Irfan masa balik cikgu siap tapaukan dia kek birthday dia separuh masuk dalam bekas. Terlalu banyak kek dan pelbagai makanan lain sampai kekenyangan sangat kawan-kawan dia.

Jamuan Akhir Tahun

So dapatlah omak dan adik-beradik dia merasa makan kek birthday Irfan yang khas untuk birthday di sekolah tu. Wahaha!

Nanti birthday Irfan sure omak beli kek lain yang lebih sedap. Nom nom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *