Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Anak aku Dina-saur dah 2 tahun 1 bulan. Aku rasa dah sampai masa untuk aku potty train Dina. Semoga misi aku berjaya. Amin ya Mujib!
Anak-anak aku berjaya di latih berak dan kencing sendiri di toilet pada umur:
- Izzah 3 tahun 6 bulan (berak/kencing di potty/100% diaper free) / 4 tahun ++ (berak/kencing di toilet bowl)
- Irfan 3 tahun 4 bulan (kencing di lantai bilik air/berak dalam diaper) / 4 tahun 1 bulan (berak/kencing di toilet bowl/100% diaper free)
- Irdina — target 100% diaper free sebelum 2 tahun 5 bulan.. oh yeah!!
Pengalaman aku potty train Izzah dan Irfan sebelum ni memang sangat berbeza. Nak baca suka duka melatih anak-anak aku ke tandas?
Tips Melatih Anak Ke Tandas ==> Cara Mudah Ajar Anak Kencing & Berat Sendiri Di Toilet
Petanda Anak Bersedia Untuk Potty Train
Aku tengok Dina ni advance sikit dari kakak dan abang dia. Aku yakin misi untuk aku latih anak aku ke tandas akan berjaya cepat. Amin ya Mujib!
Actually dia dah boleh bagitau dia berak dan kencing sejak a few months ago. Aku je yang malas nak ajar dia pergi toilet lagi. Potty chair Baby Bjorn warisan dari Izzah tu pun dia buat main jadi tempat duduk je. Hehe!
Kalau tengok sign of readiness to potty train tu, Dina dah passed banyak. So now anak dah ready. Omak je yang tak ready acaner. Ahaks!
- Able to stay dry for an hour or two *PASSED*
- Awareness of bodily functions – they look, grunt, comment when they go *PASSED.. sebelum berak dia memang ada bagitau nak “yak” atau nak “kecing”. Aku je yang suruh dia melepas dalam diaper. Pang! Pelempang diri sendiri!*
- Interest in being clean and dry *PASSED.. selepas berak atau kencing mesti nak suruh aku pergi cuci cepat-cepat. Kalau berak memang aku cepat je cuci. Tapi kalau kencing aku biarkan aje. Hehe!*
- Able to understand and follow simple instructions – *PASSED.. bukan takat simple instructions dah budak ni… arahan yang lagi advance pun dia dah faham dan boleh buat. Hehe!*
- Interest in wearing training pants instead of diapers – *tak kot sebab tak introduce training pants pun.. tapi Dina memang macam tak selese dah pakai diaper.. suka londehkan sendiri diaper pant tu.*
- Simple self-dressing – *belum lah… omak yang pakaikan.. tapi dia ada jugak cuba nak pakai seluar sendiri cuma belum berjaya. Hak hak! *
- Interest or curiosity about bathroom habits (it often becomes a preoccupation) – * emm.. belum kot*
- Make sure you are ready – *I’M READY!!*
Training Pants Perlu Ke?
Masa Izzah dulu aku beriya belikan dia training pants. Bukan murah tau. Sehelai dalam RM30-40 satu. Tapi tak pakai sangat pun! Aku dah jual dah pun semua training pants tu.
Masa Irfan aku tak gunakan training pants. Terus pakai short pant biasa je.
So untuk Dina ni memang tak guna special training pants lah. Aku cadang guna cloth swim diaper (ada 3 helai) dan juga maybe guna cloth diaper shell (cloth diaper tanpa inserts). Cloth diaper shells aku ada banyak. Hehe!
Semoga aku berjaya!! Amin ya Mujib!