Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Aku dan anak aku Irfan suka sangat tengok cerita Mat Dan Kaki Jalan tu. Seronok tengok Mat Dan jalan-jalan merata tempat sambil menyelami budaya tempatan.
Paling best sebab Mat Dan ni fasih bercakap loghat Terengganu — negeri tempat lahir aku. Kalah aku lah jika compare loghat Terengganu Mat Dan dengan aku. Hak hak hak!
Memang lah. Aku ni nama je lahir Kemaman tapi lama duduk kat Jerteh. Mana speaking Tranung pun. Kecek Kelate je boh.
Gambar Tunang & Nikah Mat Dan Kaki Jalan
Dengar kabor ramai anak dara yang frust giler sebab Mat Dan Kaki Jalan sudah bertunang dengan gadis Melayu dari Bukit Chendering, Terengganu.
Sampai hati Mat Dan. Menangis patah hati kat bucu katil semua lah. Hehe!
Baru saja peminat Mat Dan nak bertenang dari berita Mat Dan Kaki Jalan bertunang tu — tiba-tiba viral pulak gambar Mat Dan Kaki Jalan dah selamat bernikah dengan gadis pujaan hati!!
Bukan takat menangis kat bucu katil dah korang ni. Terus hantuk kepala kat bucu katil la tu. Hak hak hak!
Pasangan Mat Dan Kaki Jalan dan isteri yang cantik manis tu bertunang pada pagi dan bernikah pada petang hari yang sama (12/3/2017).
Mat Salleh yang fasih bercakap loghat Terengganu ni menjadi popular @ viral (tular orang kata) selepas cerita mengenai Mat Dan keluar newspaper tak lama dulu. Lepas tu Astro pulak ambik Mat Dan untuk menjadi hos rancangan travelog Astro seperti Haraiman Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan.
Mat Dan (Daniel Tyler) atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah berasal daripada Bristol, England. Apa yang menariknya Mat Dan ni fasih betul bertutur dalam loghat Terengganu. Kalau korang berborak tanpa tengok muka dia mesti ingat orang Terengganu betul.
Lepas beberapa tahun tinggal dekat sini Mat Dan akhirnya ambil keputusan untuk memeluk Islam. Nama muslim dia Kareef Daniel Abdullah.
Siapa Isteri Mat Dan Kaki Jalan?
Nama isteri Mat Dan dirahsiakan untuk menghormati permintaan keluarga. Tak payah sibuk nak tau nama tunang / isteri Mat Dan Kaki Jalan ni lah.
Aku dapat tahu yang isteri Mat Dan Kaki Jalan ni seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan bernama ***** Airways. Tapi bukan stewardess / pramugari.
Tak kisah lah siapa isteri Mat Dan Kaki Jalan. Dah selamat kahwin pun Mat Dan Kaki Jalan tu. Jangan berangan nak isi slot nombor 2-4 pulak okeh. Mat Dan ni setia dengan bini dia weh. Hehe!
Lirik Lagu Mat Dan Kaki Jalan
Aku ni suka tengok cerita Mat Dan Kaki Jalan tu sebab brehi dengan lagu Mok. Tengok cerita Mat Dan Kaki Jalan je mesti dengar lagu Mok. Macam comel pulak lirik lagu Mok tu. Mengimbau kenangan masa kecik. Hehe!
Kemah keming Mat Dan!
Lagu Mok (Emak) Nyanyian Naquib Mohammad
Pagi la pagi mok wat kuey,
Belang2 tu jugok mok kuca air,
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh,
Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati,
Orang jjua ikang dok lalu lagi,
Kite duk sedak nenggok depang tv,
Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo,
Akak tudung saji nasik lauk telor,
Kite pong tanye dok kang wat ning saje,
Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor,
Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor,
Dok lame pahtu bunying khetung khetang,
Mok duk kuca serawe nok wat makang petang kakrang.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Lepah mmayang garik nok jembe ke ise,
Mok dang lagi wat lauk sebase,
Kite kenyang peruk nenggok layang gusti,
Sedor2 belakang mok jeretoh daktah kusi.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Dari pagi sapa ke malang,
Mok wat khije dok bbunying kokrang,
Payohnye nok ddengor mok ssebut,
Payohnye nok ddengor mok duk ssungut,
Payohnye nok ddengor mok tubbik mulot,
Hoo letiiihhnyee wei lok!!