Masuk Wad.. Nak Bawa Apa?

Bercakap pasal masuk wad.. terutama kalau kita kena masuk sebab anak kena masuk. Pernah tak kita fikirkan betul-betul barang apa yang kita kena bawak?

Me bukan nak cerita pasal dokumen-dokumen tapi pasal barang-barang keperluan kita masa duduk dalam wad tu.

Kalau dah masuk wad tu kurang-kurang 2-3 hari kan? Habis tu cukup ke sekadar bawak 2-3 helai baju? Barang-barang lain macam mana?

Well, hari tu kan me masuk wad temankan Izzah kena tahan sebab Acute Bronchitis. Anak masuk, mak pun sama la kena masuk. Tapi masa pagi tu kami kena balik dulu sebab wad penuh. Jadi sempat la me packing sendiri barang nak bawa. Kalau tak kena tulis kat kertas dan harap hubby yang bawa..

Nah… tengok je lah beg yang me bawa. Hubby kata macam nak pergi melancong…ha..ha..ha!

Memang macam nak pergi melancong kan? Bukan banyak pun barang me bawak… semua keperluan untuk duduk dengan selesa di wad.

Baju me dan Izzah.. 3 pasang baju tidur… 3 pasang baju siang… 3 pasang stokin… baju sweater… telekung… towel… selimut Izzah… kain lampin untuk lap ubat tumpah (memang akan tumpah kalau anak tak suka makan ubat…ha..ha)

Baju anak me bawa extra baju 3 pasang. Setokin dan baju panas tu jangan lupa sebab wad ni ada yang extreme sejuk macam kutub utara okeh.

Lepas tu kena bawa benda-benda ni sebab hospital tak kan sediakan okeh.

Shower foam (atau sabun mandi.. ni penting sebab dalam toilet memang tak de tau), cawan (untuk mandikan Izzah kat dalam sink), berus pencuci botol susu, cecair pencuci (letak dalam bekas kecik, untuk cuci botol susu).

Tisu kotak (sangat penting… mesti nak guna untuk lap makanan tumpah, sisa makanan kat mulut etc), berus gigi dan ubat gigi, personal grooming (sikat, deodorant, lip balm, bedak etc).

4 botol susu, satu tin susu, thermos, milk powder container (those yang pro breastfeeding sila jangan cakap BF kan senang, tak payah bawak segala barang nak buat susu anak… bawak breast aje cukup… me dah cukup tahu pasal tu dah… no need to say more about that lah ).

Netbook dan USB modem (konon nak layan internet tapi tak dapat..hu..hu), charger handphone (jangan lupa charger ni nanti bateri habis kan susah), kamera dan charger kamera (nak rakam aksi dalam wad buat kenangan.. atau buat tulis blog…ha..ha).

Ubatan sampingan seperti Vicks dan Tiger Balm (in case kita selsema ke.. atau sakit perut ke).. majalah pengubat sakit boring.

Bantal busuk dan 3 patung kegemaran Izzah!

18 Comments

  • emm…mgm banyak nak bawa..
    mcm kita nak g melancong..
    sumi pernah kene tahan wad masa pregnant anak ke 3 hr tu..
    perghhh…….brg memacam bawa..
    supaya lebih selesa di spital..sbb sensorang kan..

    • sumijelly, tu la..nak selesa..bukan apa..nanti susah pula husband nak ambik barang yg kita nak kat rumah..he..he

    • eliss, memang hari2 hubby datang ambik baju busuk.. tapi nak dtg tu must semua ada

  • wah ni mmg nak pegi bercuti..! Hospital takde kasik ke toiletries punya bag masa register tu? Selalunya ada kan..sbb dulu masa bersalin I ada dpt, siap dgn sikat, losyen, bedak, shower foam, shampoo and jag air.

    • ida, malangnya KPJ ini takde bagi toileteries pun.. masuk single room pun takde..hu..hu (bestnya spital yg bagi toileries ni.. hospital mana tu… macam hotel la pulak kan)

      • little mama, if u masuk vip room @kpj dpt toiletries. but i still brought mine, sebab ingat xde.. hehe
        .-= Lina´s last blog post..Tag – Baby Related Products =-.

  • last time masa baby Hambali masuk wad..i bawak twilight books! wakakaka..manage to finish 2nd & 3rd book kat sepital.Laptop too but unable to go online that much.i went simple jer as hubby berulang-alik & sepital nearby MIL’s house.Toiltries pun they provided so i just brought 3 clothings, my contact lense stuff, facial wash (x boleh tolerate tang ni) & make-up.Baby Hambali pulak lotsa of his fav books & his best pal, The Lion.
    .-= Hanz´s last blog post..Chatterbox 1st Anniversary GIVEAWAY Updates [STICKY MODE] =-.

    • hanz, KPJ Specialist Selangor nama je grand tak de bagi pun toileteries… ke nak kena mintak?

      • We all went to Salam Medical Center.
        .-= Hanz´s last blog post..AliceWonders.com "Find The White Rabbit" Party =-.

  • ros…memang macam nak p melancong…

    tapikan pelik gak nape ros bawa tisu…selalunya tisu ada disediakan kat toilet.. bukan tisu yg lap montot tu tapi tisu yg lap tangan…agaknya nama jer satu company spital ni tapi service lain² yer…
    .-= mamibizi´s last blog post..Kena Tag dek Kak Intan =-.

    • ann, ketara sungguh kah? ha..ha..ha

      KPJ selangor ni kedekut la ann… mana ada bagi tisu yg lap tangan tu pun… yg lap montot je ada.. tu pun sehari sekali tukar..

  • masa sy dok kmc dulu, tikar pun bwk tau..hehehe..khas utk walidnya yg terpaksa tido bwh..:P

    lama jugak tau dlm seminggu gitu. masa tu yana kena branchial cyst..boringnya dok wad tuhan je yg tau sbb yana nk dgn umi jer, org lain x nak. umi x leh g memanalaa jwbnya..

    • waah, thermos n cawan pun tak bagi ke? ni memang tak patut… even hospital gomen pun bagi thermos n cawan kan (hospital sungai buloh)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *