Mama, Saya Nak Conteng Conteng!

Izzah dah nak masuk 2 tahun. Dah makin bijak dia. Sel-sel otaknya sedang bersambung dengan hebat.

Dia ni bukan saja bijak tapi pandai berlakon. Pura-pura menangis tapi tak ada air mata.

Kalau menangis uwaaa… uwaaa… tapi kering je mata.. apa maknanya? Berlakon la tu. Bijak.. bijak. Skill berlakon ini dipelajari dari me la..ha..ha

Selain berlakon dia juga suka melukis atau menconteng. Kalau me lambat je bagi kertas, dia akan belasah melukis di buku nota babahnya… atau di meja… atau di kaki. Memang dia sangat bijak mencari aleternatif kepada kertas.

Mari tengok hasil lukisan dia yang terkini lagi sensasi.

Painting Izzah playground1

Title: Playground (ada nampak Izzah, mama dah babah kat playground tu?)

Painting Izzah MyFlower1

Title: My First Flower (mama lukis flower, Izzah kaler sehingga di luar kawasan..ha..ha)

Semua lukisan Izzah yang terkini telah di hantar ke Conteng-Conteng.com . Boleh la tengok lukisan Izzah kat dalam galeri sana.. he..he

Oh ya.. Conteng-Conteng.com tengah mengadakan peraduan mewarna untuk budak-budak.

Okeh…ini dia hasil seni Izzah untuk masuk peraduan conteng-conteng. Harap dapat no 1 la ye…ha..ha

lukisan

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *