Bismillah. Aloe!
Weaning adalah proses memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Susu yang diminum secara ekslusif oleh bayi selama 6 bulan akan digantikan dengan makanan yang sedap dan berkhasiat.
Tapi weaning tak boleh dibuat secara mengejut atau paksaan. Nak introduce makanan pejal kepada baby mestilah secara berperingkat.
Masa bayi berumur 6-12 bulan adalah masa yang paling sesuai untuk perkenalkan dia dengan pelbagai jenis makanan. Sebab masa ni bayi lebih mudah menerima makanan atau rasa yang baru @ berlainan.
Bagi aku baby yang umur lebih setahun sudah ada akal sendiri. So kalau masa ni baru nak perkenalkan makanan memang lebih susah. Bayi akan cenderung untuk reject makanan. Lagi haru kalau dia langsung tak nak makan.
Aku pernah tengok berita ada budak umur 2 tahun lebih yang tak nak makan langsung. Dia hanya nak minum susu formula dan makan keropok. Macam mana nak dapat vitamin, mineral, asid amino, protein dan karbohidrat yang cukup kalau just minum susu dan makan keropok? Boleh terbantut tumbesaran. [wp-svg-icons icon=”weather-5″ wrap=”i”]
Susu Ibu & Susu Formula
Tak kisah samada korang bagi baby minum susu ibu atau susu formula. Selepas umur bayi 6 bulan bayi perlu lebih banyak vitamin D dan zat besi @ iron. Sumber vitamin D dan zat besi dari susu sahaja tidak lagi mencukupi untuk tumbesaran yang sihat.
Tetapi susu masih tetap diperlukan oleh bayi sehingga bayi sudah makan makanan seimbang secara tetap setiap hari. Kalau boleh bagi susu badan bersama makanan pejal sehingga at least bayi umur 2 tahun. Sebab susu ibu kaya antibodi, zat besi, protein, vitamin, mineral dan asid lemak yang melengkapkan lagi pemakanan bayi.
Bayi Pramatang
Biasanya bayi pramatang agak lambat sikit untuk capai perkembangan @ milestones jika dibandingkan dengan bayi biasa. Tapi tak semestinya korang kena tangguh bagi bayi makan semata-mata nak ikut corrected age @ umur bayi yang diperbetulkan.
Contohnya. Baby lahir masa 34 minggu. Awal sebulan. Masa bayi umur 6 bulan corrected age dia adalah 5 bulan. Adakah kena tangguh weaning @ bagi baby makan sebab kalau ikut corrected age bayi baru 5 bulan? Jawapan: TAK.
Anak aku Izzah adalah bayi pramatang @34 minggu. Masa umur dia 5-6 bulan paed dia dah suruh bagi makan avocado. Kenapa?
Sebab bayi yang lahir awal @ pramatang ni kekurangan zat yang sepatutnya dia dapat masa minggu2 terakhir di dalam perut. Nutrien zat besi dan zink hanya disimpan dalam badan bayi semasa minggu2 terakhir di dalam perut. Tapi bayi pramatang tak dapat khasiat ni sebab dah keluar awal kan.
Saranan makanan pertama untuk bayi pramatang ialah makanan kaya nutrien seperti avocado, kentang dan aprikot.
Pelbagaikan Jenis Makanan
Weaning adalah proses memperkenalkan makanan kepada bayi. So kena make sure masa ni korang bagi dia rasa pelbagai jenis bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Mulakan dengan bentuk puri cair diikuti dengan puri separa cecair @ semi liquid. Seterusnya boleh bagi puri pekat dan makanan berketul lembut.
Jangan memaksa. Jangan cepat putus asa. Jika bayi tak suka perkenalkan jenis makanan yang lain pula.
Pastikan makanan pejal bayi di beri ikut tahap yang disarankan dari Stage 1, 2 hingga 3. Ikut 4-day rule iaitu bagi makanan yang sama selama 4 hari. Pantau reaksi alahan. Dan bagi makanan lain pula selama 4 hari.
Semoga berjaya!! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini