Bismillah. Aloe!
Baby aku, Irdina dah masuk 8 bulan. Makanan pejal bayi untuk Irdina ni dah tahap 2 @ stage 2 — puri pekat dengan cebisan2 kecil.
Masa baby 7-9 bulan kita dah boleh perkenalkan protein seperti ayam, ikan isi putih, telur masak penuh, daging merah, tofu dan kacang tanah.
STAGE 2 : Umur Bayi 7 – 9 Bulan
- Kepekatan : Puri pekat dengan cebisan2 kecil; finger food yang cair dalam mulut seperti roti kismis dan buah pear kukus (stim)
- Buah-buahan : Plum, berries, cherries, aprikot kering
- Sayur-sayuran : Jagung, bayam, peas, bunga kobis, zucchini, brokoli, kacang hijau, bawang besar, bawang putih, cendawan, lada benggala (sweet pepper = capsicum = bell pepper)
- Bijirin : Pelbagai bijirin seperti beras, barli, oat, gandum, pasta dan couscous
- Protein : Ayam, ikan isi putih, telur masak penuh, daging merah, tofu, kacang tanah dan legumes
- Produk Tenusu : Keju keras berpasteur, cottage and cream cheese, full fat plain yogurt, mentega dan susu lembu (dalam masakan)
Semalam aku ber-taekwondo kat dapur memasak makanan pejal bayi untuk stok 3-4 minggu. Aku dah plan masak 5 menu bayi. Ada menu resepi western dan resepi melayu makanan pejal bayi untuk Irdina kali ini.
Menu Bayi @ Resepi Western Makanan Pejal Bayi Umur 8 Bulan
1. Carrot Apple Millet
Bahan2: 1/2 cawan millet, 2 batang lobak, 4 biji epal
Cara2nya: Rebus millet hingga masak. Potong dadu lobak dan epal.
Masukkan millet rebus, lobak dan epal dalam Philip Avent Steamer and Blender. Stim selama 15 minit. Blend @ kisar hancur.
Masukkan dalam bekas2 kecil. Tutup dan biarkan sejuk. Masukkan dalam freezer untuk dibekukan.
2. Sweet Pumpkin Polenta
Bahan2: 1/4 cawan polenta, 1/2 biji labu manis sederhana besar
Cara2nya: Rebus polenta hingga empuk. Potong dadu labu manis.
Masukkan polenta rebus dan labu manis dalam Philip Avent Steamer and Blender. Stim selama 15 minit. Blend @ kisar hancur.
Masukkan dalam bekas2 kecil. Tutup dan biarkan sejuk. Masukkan dalam freezer untuk dibekukan.
Menu Bayi @ Resepi Melayu Makanan Pejal Bayi Umur 8 Bulan
1. Chicken Rice
Bahan2: 1/2 cawan beras putih, seketul tulang ayam, 1/2 ulas bawang putih, 1/2 ulas bawang merah, 1/2 cawan daging ayam dipotong dadu, 1/2 sudu besar butter
Cara2nya: Beras direbus dengan tulang ayam , bawang putih, bawang merah & butter hingga menjadi bubur pekat.
Masukkan bubur nasi dan ayam dadu dalam Philip Avent Steamer and Blender. Stim selama 20 minit. Blend @ kisar hancur.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Masukkan dalam bekas2 kecil. Tutup dan biarkan sejuk. Masukkan dalam freezer untuk dibekukan.
2. Beef Rice
Bahan2: 1/2 cawan beras putih, 1/2 ulas bawang putih, 1/2 ulas bawang merah, 1/2 cawan daging lembu dipotong dadu, 1/2 sudu besar butter
Cara2nya: Beras direbus dengan bawang putih, bawang merah & butter hingga menjadi bubur pekat.
Masukkan bubur nasi dan daging dadu dalam Philip Avent Steamer and Blender. Stim selama 20 minit. Blend @ kisar hancur.
Masukkan dalam bekas2 kecil. Tutup dan biarkan sejuk. Masukkan dalam freezer untuk dibekukan.
3. Beef Pumpkin Rice
Bahan2: 1/2 cawan beras putih, 1/2 cawan daging lembu, 1/2 sudu besar butter, 1/2 biji labu manis sederhana besar
Cara2nya: Beras direbus dengan butter dan daging lembu hingga menjadi bubur pekat. Labu dipotong dadu.
Masukkan bubur nasi dan labu dalam Philip Avent Steamer and Blender. Stim selama 15 minit. Blend @ kisar hancur.
Masukkan dalam bekas2 kecil. Tutup dan biarkan sejuk. Masukkan dalam freezer untuk dibekukan.