Makanan Pejal Bayi | Panduan Solid Food @ Makanan Bayi Mengikut Umur (Stage 1 – 3)

Bismillah. Aloe!

Baby korang dah bersedia untuk makan? Bagus. Tak payah lah bagi makan bijirin segera yang berlambak kat pasaran tu.

MASAK lah untuk baby. Bukan susah pun. Tapi kena ada ilmu lah. Tak tau boleh belajar. Aku akan share banyak ilmu penyediaan makanan pejal bayi @ solid food kat blog ni. Rajin2 la terjah sini. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Baby dah masuk umur 6 bulan. Excited-nya nak suap baby makan. Tapi nak bagi makan apa ye?

Makanan Pejal Bayi

Berikut ialah Panduan Solid Food @ Makanan Pejal Bayi Mengikut Umur Bayi. Panduan ni merangkumi bayi berumur 6-12 bulan.

STAGE 1 : Umur Bayi 6 – 7 Bulan

  • Kepekatan : Puri separa cair @ semi-liquid; finger food yg mudah dihisap seperti potongan kecil lobak atau pear kukus
  • Buah-buahan : Buah yang masak ranum seperti buah pic, pisang, epal, pear, betik, mangga, tembikai & avocado
  • Sayur-sayuran : Kentang, lobak merah, keledek @ sweet potatoes & labu
  • Bijirin : Beras putih, beras perang, millet & quinoa
  • Protein : 
  • Produk Tenusu : 

STAGE 2 : Umur Bayi 7 – 9 Bulan

  • Kepekatan : Puri pekat dengan cebisan2 kecil; finger food yang cair dalam mulut seperti roti kismis dan buah pear kukus (stim)
  • Buah-buahan : Plum, berries, cherries, aprikot kering
  • Sayur-sayuran : Jagung, bayam, peas, bunga kobis, zucchini, brokoli, kacang hijau, bawang besar, bawang putih, cendawan, lada benggala (sweet pepper = capsicum = bell pepper)
  • Bijirin : Pelbagai bijirin seperti beras, barli, oat, gandum, pasta dan couscous
  • Protein : Ayam, ikan isi putih, telur masak penuh, daging merah, tofu, kacang tanah dan legumes
  • Produk Tenusu : Keju keras berpasteur, cottage and cream cheese, full fat plain yogurt, mentega dan susu lembu (dalam masakan)

Makanan Pejal Bayi

STAGE 3 : Umur Bayi 10 – 12 Bulan

  • Kepekatan : Makanan berketul lembut (ditumbuk, dicincang atau dilenyek); finger food boleh gigit (bite and chew) seperti cucumber sticks
  • Buah-buahan : Buahan citrus seperti oren, kiwi, buah naga dan pelbagai jenis buah-buahan
  • Sayur-sayuran : Pelbagai jenis sayur-sayuran
  • Bijirin : Pelbagai jenis bijirin termasuk amaranth, buckwheat dan sprouted grains
  • Protein :  Pelbagai jenis daging dan ikan seperti salmon & tenggiri
  • Produk Tenusu : Keju lembut berpasteur

Baby umur lepas setahun tak perlu dah special baby food. Tapi kalau nak continue masak baby food for another 6 months pun lagi bagus. [wp-svg-icons icon=”point-right” wrap=”i”]

Korang juga dah boleh bagi makanan yang sama dengan apa yang korang satu famili makan. Janji makanan tu makanan berkhasiat lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *