Makanan Pejal Bayi | Panduan Persediaan Makanan Bayi Umur 6 Bulan

Bismillah. Aloe!

Aku ni masa anak first (Izzah) memang bab penyediaan makanan pertama bayi ke laut sangat. Sebab tu Izzah masa kecik tak suka makan. Lebih suka minum susu sampai perut pun terlajak buncit. Lepas berenti minum susu baru perut kempis.

Aku mengaku salah aku. Sebab tu aku belajar dari kesilapan. Jadi ibu bekerja sepenuh masa bukan alasan untuk tidak masak makanan pejal bayi sendiri.

Sayang baby tak? Sayang kan. Kalau sayang mesti masak makanan pejal untuk baby korang.

Makanan Pejal Bayi

Masa anak second (Irfan) aku pulun buat research kat internet tentang penyediaan makanan bayi umur 6 bulan ke atas. Aku jugak pulun beli buku resepi makanan pejal bayi tulisan Annabel Karmel.

Nanti senang aku share tentang buku-buku makanan pejal bayi yang aku beli dan rasa best. Aku jugak akan share resepi makanan pejal bayi yang pernah aku masak.

Kepala aku ni rasa macam full sangat info tentang penyediaan pemakanan bayi.  Banyak gambar homemade baby food yang aku masak time Irfan yang tak sempat nak share. Patut lepas masak makanan pejal bayi terus tulis blog. Tapi tu lah. Masa mencemburui aku hehe [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Irfan pun dah umur 3 1/2 tahun. Aku stop masak makanan pejal bayi khas untuk dia masa umur dia satu tahun setengah. Sebab masa tu dia dah boleh makan makanan yang kami semua makan.

Sekarang Irdina pun dah nak cecah 6 bulan. Time to cook lots of delicious baby food again. Excited pulak rasa!

Panduan Persediaan Makanan Pejal Bayi 6 Bulan

Aku ni suka membaca dan buat research tentang makanan pejal bayi. So kat sini boleh la aku kongsi panduan dan tips dalam penyediaan makanan bayi 6 bulan yang aku jumpa.

1) Jangan mendesak anak makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

Makanan Pejal Bayi

2) MINGGU PERTAMA

Makanan pejal bayi yang disyorkan pada minggu pertama adalah puri buah-buahan @ fruits puree.

Jenis buah-buahan yang boleh diberikan pada masa ini ialah epal, pisang, betik, pear dan aprikot. Lecek buah tersebut dengan sudu dan campurkan dengan susu ibu. Nak guna blender khas untuk buat puri pun boleh.

Tips Penyediaan Puri Buah Untuk Bayi

  • Pastikan tekstur puri buah adalah sedikit cair @ runny. Untuk uji kecairan puri ambik sudu dan cedok puri. Puri yang jatuh mengalir menunjukkan ia mempunyai kecairan yang betul.
  • Elakkan buah-buahan citrus yang masam seperti buah oren dan lemon
  • Puri epal – guna epal merah yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar
  • Puri pisang – guna pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu
  • Puri betik – betik adalah semulajadi manis hanya perlu dilecek tak perlu campur susu
  • Boleh campurkan buah seperti pisang + pear, epal + pear dan sebagainya untuk beri kelainan rasa
Makanan Pejal Bayi
3) Semasa umur bayi 6-7 bulan TIDAK boleh beri:
  • Kekacang, keju, daging merah & makanan laut kerana risiko alergi terlalu awal
  • Garam, gula dan perasa kerana buah pinggang bayi masih belum matang untuk memproses garam @ natrium

4) MINGGU KEDUA

Pada minggu kedua korang boleh cuba bagi sayur-sayuran pula.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Jenis sayur-sayuran yang boleh diberi kepada bayi pada masa ini ialah sayur seperti labu, kentang dan lobak.

Tips Penyediaan Puri Sayur Untuk Bayi

  • Pastikan pilih sayur yang tidak pahit dan tidak menyebabkan perut berangin.
  • Elakkan peria & petola (pahit) manakala kobis & timun (berangin).
  • Puree kentang – rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan campur susu ibu (jangan guna blender sebab kentang sifatnya berkanji dan boleh menjadi melekit jika di kisar)
  • Puree labu – stim atau rebus labu sehingga empuk dan lecekkan labu sehingga lumat & campur susu ibu
  • Puree lobak – beri pada kadar sedikit sebab lobak boleh menyebabkan poop @ najis baby menjadi kerasayi keras.
Makanan Pejal Bayi
5) Pastikan bayi mencuba setiap resepi yang korang buat. So boleh lah tahu samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika baby tak nak makan jangan paksa2 pulak. Cuba try test resepi lain pula. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

6) Bubur nasi boleh mula diberi semasa bayi sudah boleh menerima makanan.

Tips Pemberian Bubur Nasi Untuk Bayi

  • Saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya. Jangan memaksa bayi makan terlalu banyak.
  • Pastikan bubur nasi cair bagi mengelakkan bayi sembelit.
  • Bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam boleh diberi apabila umur bayi sudah  7-10 bulan,

Makanan Pejal Bayi

7) 4 Day Rule

4 Day Rule boleh digunakan untuk memastikan bayi tiada reaksi alergi terhadap jenis2 makanan yang diberi. Rule ini sangat berguna semasa mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi berumur 6 bulan.

4 Day Rule bermaksud  memberi anak makanan pejal yang sama selama 4 hari beturut2. Contoh: Jika bagi puri epal, teruskan bagi puri epal selama 4 hari untuk melihat samada bayi ada masalah pencernaan atau reaksi alahan.

Makanan Pejal Bayi

Reaksi alahan kepada makanan biasa akan muncul paling cepat dalam masa 1/2 jam atau paling lambat dalam masa 2-3 hari selepas makanan pejal diberi pada bayi.

Selama 4 hari ini perhatikan juga najis bayi samada keras (sembelit) atau berlaku cirit birit. Perhatikan juga samada bayi sakit perut akibat gas/colic selepas makan. Jika berlaku korang mesti stop dulu bagi makanan pejal bayi tersebut dan tunggu hingga bayi besar sedikit sebelum mencuba lagi.

Tips Tambahan Makanan Pejal Bayi

Makanan yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi berumur 6-7 bulan.
  1. Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
  2. Susu lembu/dairy products – risiko alahan
  3. Makanan laut – risiko alahan
  4. Kekacang – risiko alahan
  5. Buah2an citrus (oren, lemon, grapefruit, limau) – masam berasid
  6. Yeast, cheese (keju) – risiko alahan
  7. Madu mentah asli – mengandungi spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Dilarang diberi kepada bayi berumur kurang dari setahin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *