Makanan Pejal Bayi | Panduan Jenis Bijirin Penuh @ Whole Grains Untuk Solid Food @ Makanan Bayi Pertama

Bismillah. Aloe!

Aku dulu tak tahu pun tentang jenis-jenis bijirin @ whole grains yang boleh guna untuk masak makanan pejal bayi. Aku hanya tahu boleh guna bijirin beras untuk buat bubur nasi baby.

Sebab tu masa Izzah baby aku hanya masak bubur nasi. Bubur nasi + ikan salmon. Bubur nasi + lobak merak. Bubur nasi + ikan bilis + bayam.

Limited sungguh menu makanan pejal bayi masa Izzah baby. Kesian Izzah.

Kenapa jadi macam tu? Sebab utama ialah aku tak ada ilmu penyediaan makanan pejal bayi.

Aku hanya tahu masak bubur nasi sebab aku tengok adik, kakak & kakak ipar aku pun hanya masak bubur nasi untuk anak2 sedara aku. So dalam kepala aku. Baby kena bagi makan bubur nasi…hehehe! [wp-svg-icons icon=”tongue” wrap=”i”]

Masa Irfan baby baru ilmu makanan pejal bayi aku berkembang. Rupa2nya ada banyak jenis bijirin penuh @ whole grains selain beras yang sesuai untuk dibuat makanan pejal bayi. Memang sangat-sangat interesting!

Aku share kat sini Panduan Jenis Bijirin Penuh @ Whole Grains yang korang boleh masak dalam menu makanan pejal bayi korang. Jom berkenalan dengan pelbagai jenis bijirin ni. Aku sure ada nama bijirin yang korang tak pernah dengar pun…ekekee [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Panduan Jenis Bijirin Penuh @ Whole Grains

BERAS = Beras @ rice adalah bijirin yang paling rendah risiko alahan dan biasa disaran sebagai makanan pertama bayi.

Makanan Pejal Bayi

OAT = Oat kaya dengan fiber, kalsium, protein dan beberapa vitamin B jadi sangat bagus untuk bayi.

Makanan Pejal Bayi

BARLI = Barli kaya dengan Vitamin A, folate dan protein.

Makanan Pejal Bayi

KAMUT = Kamut rupanya seperti gandum tapi mempunyai rasa manis & berlemak. Kamut juga dikenali sebagai gandum Khorasan atau gandum Firaun sebab ianya dijumpai dalam makam Firaun.

Makanan Pejal Bayi

MILLET = Millet adalah bijirin bebas gluten @ gluten free grains yang kaya dengan vitamin B, potassium, phosphorus, magnesium, iron, serat dan satu sumber protein yang bagus.

Makanan Pejal Bayi

QUINOA = Quinoa berasal dari negara bergunung seperti Bolivia & Peru. Bijirin Quinoa adalah satu2nya bijirin dengan protein lengkap @ complete protein – mengandungi semua jenis asid amino yang manusia perlukan untuk hidup @ essential amino acids. Quinoa juga kaya dengan fiber, kalsium, zat besi dan folate serta mempunyai rasa yang manis.

Makanan Pejal Bayi

COUSCOUS = Couscous adalah biji-biji kecil @ granules yang dibuat dari gandum durum kukus yang dikeringkan. Ia mempunyai rasa yang lemak dan sedikit tawar tetapi sangat sesuai dimasak dengan bahan2 lain yang berperisa.

Makanan Pejal Bayi

POLENTA = Polenta berasal dari dari Itali dan dibuat daripada jagung yang ditumbuk menjadi serbuk kasar.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Makanan Pejal Bayi

SORGHUM = Sorghum adalah bijirin bebas gluten @ gluten free yang kaya dengan pelbagai phytochemicals termasuk tannins, phenolic acids, anthocyanins, phytosterols and policosanols — bermakna sorghum mempunyai khasiat yang sama seperti buah-buahan. Kajian juga menunjukkan sorghum kaya dengan antioksidan yang membantu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Makanan Pejal Bayi

AMARANTH = Amaranth adalah bijirin superfood bebas gluten @ gluten free yang wujud sejak tamadun Aztecs kira-kira 8,000 tahun lalu di Peru. Bijirin ini sangat kaya dengan amino asid penting (lysin dan methionine), zat besi dan kalsium. Kandungan protein Amaranth adalah 3 kali ganda kandungan protein gandum. 

Makanan Pejal Bayi

BUCKWHEAT = Buckwheat sebenarnya bukan bijirin tetapi dari kategori seed (benih) tapi biasa dirujuk sebagai bijirin.

Makanan Pejal Bayi

Banyak nama yang pelik-pelik kan? Kalau beras, oat dan barli tu memang biasa korang dengar. Sorghum & Amaranth? Memang peliks!

Aku masa Irfan dan experiment masak beras, oat, millet, quinoa, couscous, polenta, sorghum dan amaranth. Yup.. bijirin yang nama pelik tu pun aku dah pernah buat makanan pejal bayi Irfan. Nanti aku share resepi. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *