Makanan Pejal Bayi | Adakah Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal?

Foohhhh…

Pejam pelik… tidur bangun… dah nak masuk 8 bulan umur anak bongsu saya Irfan.

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je perut kena belah hari tu….ekekeke.

Sekarang dia dah ready untuk makan!!

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya kita menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi. Jadi sumber makanan lain diperlukan.

Izzah dulu saya dah start bagi dia makan/minum selain susu masa umur 4 bulan. Bukan sesuka hati tau. Tapi atas nasihat paed dia jugak.

Saya bagi dia processed food (bad mama la saya nih…hu hu) iaitu makanan pejal bayi dalam botol dari jenama Heinz dan Gerber. Mahal dan tak sedap pulak tu.

Makanan Pejal Bayi

Saya jugak ada bagi makanan macam dedak iaitu Nestle Cerelac yang kena bancuh dengan air tu.

Makanan Pejal Bayi

Tak sedap… tak sedap.. tak sedap!

Makanan Pejal Bayi

Lepas saya beli Munchkin Manual Food Chopper baru lah saya masak sendiri bubur nasi special untuk Izzah.

Gigih tau saya masak bubur nasi Izzah setiap hari.

Tapi….

Bubur nasi je lah makanan pejal Izzah selama beberapa bulan. Of course lah… saya ada campur lain-lain bahan macam ikan, bayam dan lobak merah.

Makanan Pejal Bayi

Tapi… itu je lah resepi makanan pejal bayi masa time Izzah. Bubur nasi campur ikan atau lobak merah atau bayam atau ikan bilis.

Bila ingat balik… adeh.. rasa menyesal tak introduce pelbagai jenis sayuran dalam makanan pejal dia.

Sebab sampai sekarang Izzah tak suka makan sayur…hu..hu.

So… saya tak nak ulang kesilapan yang sama masa Irfan ni. Ini kali lah!!

Sebelum saya cerita pasal makanan pejal bayi Irfan ni.. mari kita tengok dulu tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makanan pejal.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu

Bayi mestilah sudah boleh mengawal kepala dan kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

Status Irfan: Dah boleh control kepala since 3 months. So… LULUS!

Duduk dengan baik apabila dipegang

Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri.

Status Irfan: Dah boleh duduk dengan bergaya (ekeeke) masa dipegang. Duduk dalam high chair dan walker pun boleh. So… LULUS!!

Melakukan pergerakan mengunyah

Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.

Status Irfan: Dah memang tak ada air liur meleleh pun. So… LULUS!!

Berat badan telah naik secara sihat

Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan.

Status Irfan: Dah memang makin berat sampai dukung tak larat dah. So… LULUS!!

Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan

Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

Status Irfan: Dah terliur masa kami makan lama dah. So… LULUS!!

Sebab Irfan dah lulus dengan cemerlang semua kriteria untuk diberi makanan pejal ni… so saya terus proceed dengan makanan pejal pertama masa dia 6 bulan iaitu…

Avocado.

Avocado

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *