Selepas makan tengahari dengan Erra Fazira di Carcosa Seri Negara dan Chef Ismail di Restoran Rebung, I mendapat peluang makan tengahari dengan tokoh politik terkenal, Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil pula. Seronok rasanya.
Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau sendiri yang menjemput kami sekeluarga untuk lunch bersama. Tak percaya? Tengok kad jemputan ni…
Lunch kali ini diadakan di Taman Mahsuri, Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Kalau lunch dengan Erra Fazira dan Chef Ismail I duduk semeja dengan mereka, tapi kali ini tidak la ye..he..he
Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil datang awal dan duduk bersama VIP-VIP yang terdiri dari menteri dari 14 negara lain.
Kalau lunch dengan celebriti sebelum ini Izzah dan babahnya tidak turut serta tapi kali ini dijemput sama.
Lunch di Taman Mahsuri, Royale Chulan Hotel ini adalah majlis Oberservation of National Family Day sempena 4th East Asia Ministerial Forum on Families. Kami dijemput oleh LPPKN bagi pihak Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil. Sebab kami antara pasangan yang berjaya mendapat anak melalui LPPKN.
Yang seronok sebab hanya kami bertiga yang duduk di meja yang boleh muat 10 orang. Makanan pula sudah tentu untuk 10 orang tapi kami belasah makan bertiga sahaja…he.he
Agaknya jemputan yang sepatutnya duduk bersama kami tidak dapat datang. Lunch dimulakan dengan Crab Meat Soup yang pekat dan sedap ini.
Lepas tu makan nasi dengan pelbagai jenis lauk. Kami belasah makan Crisped Butter Prawn yang besar dan juicy tu sampai habis.
Sambil makan tu ada persembahan tarian tradisional. Tapi kami tak tengok sangat sebab tengah sedap makan kan.
Pastu ada clown yang buatkan belon pelbagai bentuk untuk budak-budak. Izzah dapat belon pink bentuk teddy bear.
Kami tak lepaskan peluang bergambar dengan Senator Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil. Time dia tengah makan tu I pergi tegur dia. Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil ni sporting dan mesra rakyat gitu. Dia tak kisah pun I kacau dia makan.
Siap terus berdiri untuk bergambar dengan I. Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil nak pegang Izzah tapi Izzah pulak takut.. Comel dia kata.. memang la comel.. hasil LPPKN ni.. he..he
Sempatlah I bagi kad MomBloggersPlanet kat Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil tu. Mana tau kot dia nak sokong MBP kan.
Lepas persembahan tarian tradisional tu ada persembahan dari kanak-kanak yang menyanyikan lagu Yuna. Rasanya mereka semua tu peserta Idola Kecil kot. Sayangnya tak dapat bergambar..
Memang ramai mereka yang pernah mendapatkan rawatan LPPKN yang hadir di Taman Mahsuri, Royale Chulan Hotel ni. Ada tu ada 4 anak hasil rawatan di LPPKN.
Dato’ Sri Sharizat Abdul Jalil tak dapat tunggu lama. Lepas makan dia dan VIP semua balik sebab ada urusan masing-masing.
Kami semua tak balik lagi sebab ada persembahan dari celebriti TV3 Farah Anuar. Lepas tu ada nyanyian lagu VIP oleh Iwan Juara Akademia Fantasia 8 dan Adira Akademi Fantasia 8 jugak.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Yang best I dapat bergambar dengan mereka semua ni.. Cerita dan gambar dalam entri lain la ye. Ni pun dah panjang…he.he
3,000 Bayi Dilahirkan Menerusi Program Kesuburan LPPKN
KUALA LUMPUR: Seramai 3,000 bayi berjaya dilahirkan oleh pasangan bermasalah mendapatkan zuriat menerusi program rawatan kesuburan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1979.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan ia merupakan antara kejayaan terbesar Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam membantu pasangan bermasalah mendapatkan zuriat, yang boleh dikategorikan sebagai antara keluarga yang berisiko tinggi.
“Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan salah satu punca perselisihan faham dan perceraian dalam sesebuah keluarga,” katanya kepada pemberita pada majlis “Observation of National Family Day” di sini, Rabu.
Ia diadakan sempena Forum Peringkat Menteri Asia Timur Mengenai Keluarga (EAMFF) kali keempat yang turut menyaksikan kehadiran 14 menteri dari negara-negara peserta forum itu.
Malaysia selaku tuan rumah forum dwitahunan itu kali ini mengutarakan tema “Keluarga Selamat dan Berdaya Tahan: Melindungi dan Memperkasakan Keluarga Berisiko dan Berisiko Tinggi”. Forum tiga hari itu akan berakhir hari ini.
Ketika berucap merasmikan majlis itu, Shahrizat berkata, 30 peratus masalahkegagalan mendapatkan zuriat berpunca daripada pihak suami, isteri juga 30peratus dan selebihnya faktor yang tidak dapat dikenalpasti.
“Kita ambil berat tentang keluarga-keluarga di Malaysia. Kerajaan akan beri perkhidmatan sebaiknya untuk bantu keluarga yang menghadapi masalah,” katanya.
Pada masa ini terdapat tiga klinik rawatan kesuburan LPPKN di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu.
Ia menawarkan pelbagai kaedah rawatan untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat seperti rawatan Invitro Fertilisation (IVF) dan rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah ketidaksuburan dikategorikan sebagai satu penyakit yang memerlukan rawatan seawal mungkin.
Kadar global subfertiliti adalah sekitar 15 peratus dan di Malaysia antara 10-15 peratus.
Pada majlis itu, Shahrizat turut melancarkan buku Panduan Jalinan KasihRawatan Subfertiliti yang diharap dapat membantu pasangan yang mempunyai masalahkesuburan untuk memahami masalah itu dengan lebih baik dan mencari jalan untuk mendapat rawatan. – BERNAMA
lunch best lagik kakros…
wan anie, i suka mkn sedap yang free ni..he..he
lunch best lagik kakros…
wan anie, i suka mkn sedap yang free ni..he..he
mesti ramai anak2 LPPKN yg datang kan?
bestnya..
apsal izzah mcm takut jer dkt clown dgn dato’ sharizat tu? mood tak baik eh? 😉
hanie, mostly jemputan tu anak2 LPPKN 😉
izzah mood tak baik..ngantuk la kot..time tido..he.he
mesti ramai anak2 LPPKN yg datang kan?
bestnya..
apsal izzah mcm takut jer dkt clown dgn dato’ sharizat tu? mood tak baik eh? 😉
hanie, mostly jemputan tu anak2 LPPKN 😉
izzah mood tak baik..ngantuk la kot..time tido..he.he
jeles lah..
cik lily,
jeles lah..
cik lily,
hihi. comel gamba izzah ngan clown tu. mcm tensennnn je dia ngan clown tu hihihi
syigim, a ah.. tensen la tu..clown buat lawak pun dia buat dunno..he..he
hihi. comel gamba izzah ngan clown tu. mcm tensennnn je dia ngan clown tu hihihi
syigim, a ah.. tensen la tu..clown buat lawak pun dia buat dunno..he..he
dato’ sharizat mmg sporting kn. last time lisa pg open house rumah die (jemputan dr hubby die, since hubby die chairman ofis lisa dulu). mmg sporting habis la one whole family die. hubby die tinggi sgt n anak2 die sume tinggi gle. mcm org kenit je diriku ble begambar. hehe
btw, mknan utk 10 org tu mmg sgt2 menjeleskan!!
lisa, yup..i suka hati pergi kacau dia tengah makan dengan VIP semua tu..he..he
dato’ sharizat mmg sporting kn. last time lisa pg open house rumah die (jemputan dr hubby die, since hubby die chairman ofis lisa dulu). mmg sporting habis la one whole family die. hubby die tinggi sgt n anak2 die sume tinggi gle. mcm org kenit je diriku ble begambar. hehe
btw, mknan utk 10 org tu mmg sgt2 menjeleskan!!
lisa, yup..i suka hati pergi kacau dia tengah makan dengan VIP semua tu..he..he
laa awat tak habaq nak jumpa Dato’
kalau LM habaq ai nak minta u sampaikan surat …ihikss….
ada saluran tak utk jumpa beliau secara direct?
fid, ari ni dato’ akan pergi Sekolah Wawasab, USJ15 sempena Hari Kanak-Kanak.. boleh juga check Twitter dan Facebook dia
http://www.facebook.com/shahrizat.jalil
http://twitter.com/ShahrizatJalil
laa awat tak habaq nak jumpa Dato’
kalau LM habaq ai nak minta u sampaikan surat …ihikss….
ada saluran tak utk jumpa beliau secara direct?
fid, ari ni dato’ akan pergi Sekolah Wawasab, USJ15 sempena Hari Kanak-Kanak.. boleh juga check Twitter dan Facebook dia
http://www.facebook.com/shahrizat.jalil
http://twitter.com/ShahrizatJalil
bestnye lauk..terliur plak tgk..da la xmkn lg ni…
dewi, opps..he..he
bestnye lauk..terliur plak tgk..da la xmkn lg ni…
dewi, opps..he..he