Macik Duta MBP, Izzah ada Hadiah ni!!

*Surat daripada Izzah, kepada macik Duta MBP and AJK MBP

gift 6

Salam auntie Duta-Duta sekalian alam. Salam juga auntie AJK-AJK semua. Izzah luvs u olls! Muahs!

Izzah tengah belajar ABC ni. So far, Izzah dah tau sebut A, B, C.. pastu lompat pada O, P.. kemudian kembali ke G… Pastu Izzah dah tau yang tulisan kat newspaper tu adalah ABC!

Izzah sangat rajin belajar ABC tau auntie semua. Masa nak tidur Izzah mesti baca ABC dulu. Sebab tu mama bagi Izzah tulis surat ini. Seronoknya!

Izzah tahu hari Ahad nanti, mama ada berkomplot dengan macik-macik semua. Nak buat satu perhimpunan halal kat Tasik Shah Alam. *Halal sebab ada permit sah tau*

Izzah tengok ramai betul yang nak datang berkelah sama-sama Izzah ari tu. Tak caya? Cuba baca apa mama tulis kat sini.

Izzah dengar mama macam risau pasal potlak tu. Ye la.. mama mana pernah buat acara berkelah beramai-ramai cam gitu. First time for mama you know! *eh.. terspeaking London pulak..*

Nasib baik ada macik-macik Duta MBP dan macik-macik AJK semua. Terima kasih ye macik semua kerana sudi tolong mama Izzah.

Sebab Izzah suka hati ada macik-macik yang baik hati semua, Izzah ada buat Thank You Gift Pack untuk auntie semua tau. Izzah buat sendiri okeh the paper bag. Siap ada riben cantik tu!

Jom tengok camana Izzah buat!

Memula kena la ada wrapper paper yang cantik. Mama beli yang ada rama-rama ni. Pastu kena ada gross grain ribbon also. Dan juga gunting dan double-sided tape lah.

Wrapper tu kena lipat 6 bahagian, pastu gunting la. Tak kan Izzah nak ajar camana nak gunting..he..he

gift 3

Dah abis gunting, lipat sana…lipat sini.. lipat situ.. pastu letak double sided tape.. dan tadaaa! Jadi lah paperbag!

gift 4

Nak cantik hias la dengan riben. Mudah kan? *Tapi Izzah ambik masa berjam-jam jugak buat ini*

gift 1

Special gift ni akan diberi kepada auntie Duta masa gathering nanti. Untuk aunti AJK pun ada tapi riben kaler lain (hijau). Nak tau apa dalam tu… eh mana boleh.. rahsia la. Tapi Izzah boleh tunjuk la hint *ada 3 benda dalam each bag.. different things for Duta dan AJK*

gift 5

Tags from the story
,

29 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *