LPPKN | Sambutan Ulang Tahun ke 10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

LPPKN ada jemput I dan famili untuk sama-sama sambut Hari Ulangtahun ke 10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat last week. Bertempat di PWTC, pada 17hb Januari 2011.

PWTC

Event start pukul 2pm tapi pukul 12pm I dah sampai dah. Tapi nak cari parking kat basement PWTC bukan main payah lagi.

Adalah I pusing dekat 6-7 kali baru jumpa satu parking kosong. Tapi jauh gila dari exit/tangga nak masuk PWTC tu. Parking kat bahagian huruf Q dah.. hujung dunia tu.

Okeylah.. kira nasib baik ada parking. Sebab I tengok ramai yang terkial-kial cari parking. Tak kuasa nak pergi parking kat Hentian Putra (kena lintas jalan)..

Manusia bukan main ramai lagi kat PWTC tu. Dengar cerita ada la dalam 10,000 orang datang masa sambutan ulang tahun ke 10 Kementerian Pembangunan Wanita tu.

Sampai je perkara paling penting mestilah makan!!

PWTC

Perut memang lapar tapi best sebab makanan disediakan dalam dewan besar. Percuma lagi!

Boleh makan tambah sepuluh kali pun tak apa..he..he

PWTC

Ada macam-macam jenis nasi goreng dan kuih muih.

Lepas makan baru pergi register sebagai tetamu jemputan LPPKN. Macam biasa.. dapat goodie bag. Sebab I pergi with Izzah only (husband kerja tak boleh cuti..hu..hu).. terpaksalah I pergi simpan semua goodie bag kat kereta.

PWTC

Jauh tu parking!

Sesi Bergambar Dengan Perdana Menteri

Bila buka surat dari LPPKN yang diberikan masa register, I rasa sangat teruja.

LPPKN aturkan satu sesi khas bergambar dengan Perdana Menteri!!!

PWTC

Waah… tak jadi I nak balik awal dalam pukul 3. Sebab Dato Seri Najib akan sampai dalam pukul 4.30 camtu.

Tentulah I tunggu PM datang. Bukan semua orang dapat peluang bergambar dengan Perdana Menteri kan.

Sementara tunggu Perdana Menteri datang, kami jalan-jalan sekitar Dewan Merdeka PWTC ni. Ada banyak booth kat situ.

PWTC

Sharifah Shahira dan Nabil jadi pengacara. Pastu ada persembahan artis macam Anita Sarawak dan Hattan. I dan Izzah siap naik pentas joget dengan Anita Sarawak...ha..ha  

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

PWTC

Tapi tu nanti I cerita kemudian.la ye. Banyak cerita best ni. Tak muat dalam satu entri.

PWTC

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *