Legoland Malaysia Review | Rancangan Aktiviti Anak-Anak Semasa Melawat Legoland Malaysia Disember 2016

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Aku dan famili ada Legoland Malaysia Premium Annual Pass. Boleh pergi Legoland Johor anytime selama setahun. Tak payah beli tiket lagi.

So, aku dah booked Hotel Legoland Johor tu sebab nak pergi lagi Legoland masa cuti sekolah bulan 12 nanti. Masa kami ke Legoland bulan awal tahun hari tu — banyak rides aku tak cover. This time around kena rancang betul2 apa nak buat semasa di Legoland.

Legoland Malaysia Water Park

Kat Legoland Malaysia ni ada banyak rides dan tempat2 menarik. Rugi tu dah beli tiket Legoland mahal-mahal tapi tak main semua tu kannnn. [wp-svg-icons icon=”neutral” wrap=”i”]

Banyak rides kat Legoland Johor tu yang ada had umur dan ketinggian. Kena tengok betul2 samada anak korang boleh naik atau tidak.

Anak aku Izzah tu umur 8 tahun (126 cm) so tiada masalah nak naik semua rides tu. Malah boleh naik bersendirian sebab dah lebih 120 cm.

Tapi Irfan umur 4 tahun (98cm) agak limited rides yang boleh dia naik. Irdina pula 1 tahun (70 cm) lagi lah terhad. Patutlah kanak-kanak umur 2 tahun ke bawah boleh masuk percuma. Sebab boleh tengok je tak boleh main! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Sini aku share senarai rides / aktiviti di Legoland Malaysia Theme Park yang anak2 aku boleh join. Nak pergi nanti aku akan print senang nak rujuk.

Legoland Johor Malaysia

Legoland Johor Malaysia

Legoland Johor Malaysia

Ini pula senarai water rides di Legoland Malaysia Water Park yang boleh anak2 aku main.

Legoland Malaysia Water Park

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *