Legoland Malaysia Review | Legoland Johor Water Park – Apa Yang Best di Taman Air Legoland?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Legoland Malaysia Water Park adalah tarikan tambahan di Legoland Johor. Taman air Legoland ni tidak lah sebesar Legoland Theme Park tu sendiri.

Tapi still dikatakan sebagai Legoland Water Park terbesar di dunia. Kalah Legoland Water Park di California dan Florida tau!

Kalau pergi Legoland Johor ni tak lengkap kalau tak masuk taman air dia sekali. Jika nak main air kat Legoland Water Park ni aku suggest beli tiket 2-day Combo. Kalau satu hari memang tak sempat nak cover both Legoland Theme Park dan Water Park tu sekali.

==> Klik sini untuk baca Tips Untuk Dapat Tiket Legoland Malaysia Murah & Jimat.

Apa Ada di Legoland Malaysia Water Park?

Legoland Malaysia Water Park

Di water park Legoland Johor ni ada 8 water rides @ permainan air. Wajib cuba kesemuanya! Tak try main rugi wohhhh.

  • Joker Soaker (tinggi minima 102 cm  / berat bawah 136kg – playground/water slides)
  • Tidal Tube (tinggi minima 107 cm / berat bawah 136kg – untuk 1 orang)
  • Red Rush (tinggi minima 102 cm  / berat bawah 136kg –  untuk famili 3-6 orang)
  • Brick Blaster (tinggi minima 107 cm / berat bawah 136kg – untuk 2-3 orang)
  • Twin Chasers (tinggi minima 102 cm  / berat bawah 136kg – untuk 1 orang)
  • Splash n Swirl (tinggi minima 107 cm / berat bawah 136kg – untuk 2-3 orang)
  • Wave Rider (tinggi minima 107 cm / berat bawah 136kg – untuk 2-3 orang)
  • Lego Slice Racers (tinggi minima 107 cm / berat bawah 136kg – untuk 1 orang)
  • Build a Raft
  • Lego Wave Pool
  • Duplo Splash Safari (tinggi bawah 102 cm / umur bawah 6 tahun)
  • Built a Boat
  • Imagination Station
  • Surf Shop
  • Beach Grill — [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]
  • Brick Cafe — [wp-svg-icons icon=”food” wrap=”i”]

Amaran! Kebanyakan float/tube/pelampung korang kena angkat sendiri dari bawah naik tangga ke atas tempat permulaan rides.  Sangat berat dan penat!  So better ada lelaki dewasa yang gagah perkasa untuk join main dan jadi tukang angkat float/tube ekekekee [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Joker Soaker 

Joker Soaker ni adalah water playground. Sesuai untuk kanak-kanak 102 cm ke atas dan dewasa berat bawah 136 kg.

Legoland Malaysia Water Park

Kat Joker Soaker Legoland juga ada baldi besar berisi 300 gelen air yang dicurahkan setiap kali penuh. Tunggu kat bawah giant bucket tu untuk disimbah dengan air yang banyak!

Tidal Tube

Tidal Tube ni tingginya 240 kaki. Berbaloi lah rasa penat angkat tiub tu naik tangga. Kemudian turun naik tiub berpusing-pusing melalui lorong berair tu.

Legoland Malaysia Water Park

Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 107 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136kg.

Red Rush

Red Rush ni adalah water rides untuk satu keluarga. Satu tiub boleh naik hingga 6 orang.

Legoland Malaysia Water Park

Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 102 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136kg.

Brick Blaster

Brick Blaster pula boleh naik 2-3 orang sekali dalam satu tiub. Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 107 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136kg.

Legoland Malaysia Water Park

Twin Chasers

Twin Chasers adalah slide berkembar dengan ketinggian 130 kaki. Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 102 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136kg.

Legoland Malaysia Water Park

Splash n Swirl

Splash n Swirl ni boleh naik 2-3 orang satu tiub. Berpusing-pusing dari atas sampai ke bawah.

Legoland Malaysia Water Park

Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 107 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136kg.

Wave Rider

Wave Rider ni pun tinggi 240 kaki. Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 107 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136 kg.

Legoland Malaysia Water Park

Lego Slice Racers

Lego Slice Racers ni kalau nak race dengan kawan-kawan atau keluarga memang best. Sesuai untuk kanak-kanak dengan tinggi 107 cm ke atas dan dewasa dengan berat kurang 136 kg. Boleh tunjuk skill meluncur ke bawah sambil meniarap!

Legoland Malaysia Water Park

Build a Raft

Build a Raft adalah kolam panjang umpama sungai yang mengelilingi kawasan Joker Soaker dan Duplo Splash Safari. Di sini korang boleh menaiki pelampung sambil menghiasinya dengan bongkah Lego besar.

Legoland Malaysia Water Park

Sesuai untuk kanak-kanak 107 cm ke atas.

Lego Wave Pool

Sukakan pantai? Boleh bersantai sambil menikmati tiupan bayu dan ombak laut di Lego Wave pool.

Legoland Malaysia Water Park

Duplo Splash Safari

Duplo Splash Safari ni lah water playground yang sesuai untuk kanak-kanak kecil dengan tinggi bawah 107 cm & umur bawah 6 tahun.

Legoland Malaysia Water Park

Built a Boat

Setelah penat mengangkat tiub untuk menaiki segala water rides di Legoland Johor — boleh cuba skill membina kapal menggunakan Lego di Build a Boat.

Legoland Malaysia Water Park

Imagination Station

Kesejukan dan jari jemari mula berkedut akibat terlalu lama di dalam air? Masa untuk keluar dari air dan menjadi kreatif.

Legoland Malaysia Water Park

Surf Shop

Terlupa bawa baju renang? Perlukan sunscreen? Boleh singgah di Surf Shop untuk dapatkan keperluan renang dan cenderamata anda.

Legoland Malaysia Water Park

Beach Grill

Seronok sangat main air hingga tak sedar waktu wakan sudah tiba. Perut tiba-tiba berbunyi! Boleh beli makan tengahari di Beach Grill.

Legoland Malaysia Water Park

Brick Cafe

Brick Cafe pula menyediakan makanan ringan seperti snek dan sandwich untuk mengisi perut yang pasti akan lapar semasa bermain air.

Legoland Malaysia Water Park

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *