Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Legoland oh Legoland! Kenapa lah tiket Legoland Johor Malaysia tu mahal sampai cecah ratus sekali masuk? Apa yang best sangat kat Legoland tu? Nak tau — klik sini!
Aku nak cerita dan bagi sikit tips tentang tiket Legoland Johor ni. Tips untuk dapat harga jimat tiket Legoland Johor ialah:
- Beli tiket di kaunter tunjuk IC / MyKad — dapat diskaun 20% (jimat RM45/RM36)+ Voucher Makanan bernilai RM10
- Beli 7 hari awal secara online — dapat diskaun 20% sahaja
- Beli tiket 2-day Combo — dapat diskaun 38% (jimat RM170/RM135 – dewasa/kanak2)
- Beli Annual Pass — boleh masuk tanpa had selama setahun + free parking + macam2 diskaun di Legoland!
Sebelum beli tiket pastikan umur anak masih lagi dalam kategori kanak2. Jika dah cecah 12, kena beli tiket dewasa.
- Umur 0-2 tahun — masuk percuma Legoland Theme Park (RM11 tiket Legoland Water Park)
- Umur 3-11 tahun / 60+ tahun — beli tiket kanak-kanak/senior
- Umur 12-59 tahun — beli tiket dewasa
Legoland Malaysia terbahagi kepada 2 bahagian:
- Legoland Theme Park — kat sini ada roller coasters, trains, workshops, mini lands, movie studio, pameran
- Legoland Water Park — kat sini ada pelbagai water rides, kolam ombak
Korang boleh pilih samada nak masuk Legoland Theme Park sahaja, Legoland Water Park sahaja atau nak masuk dua-dua sekali. So, boleh beli tiket Legoland ikut pilihan korang.
Harga Tiket Legoland Malaysia – Theme Park, Water Park & Combo
Warning! Legoland Johor sangat besar okei. Tak payah la kot beli 1-day Combo Ticket tu. Sebab confirm tak kan dapat cover both Legoland Theme Park dan Legoland Water Park dalam masa satu hari!
Jika plan berada di Legoland Malaysia hanya satu hari — pilih samada nak masuk Legoland Theme Park sahaja atau Legoland Water Park sahaja.
Jangan bazir beli 1-day Combo sebab sure tak sempat beb. Kalau sekadar nak masuk tengok2 sahaja @ bersiar-siar / tak nak main rides kat Legoland Theme Park dan Legoland Water Park tu — boleh la kot.
Tapi baik tak payah pergi Legoland kalau just nak tengok-tengok je kannnn. Tengok je lah gambar Legoland Johor online ekekeke. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Better beli tiket 2-day Combo. Lagi jimat banyak. Hari pertama ke Legoland Theme Park. Hari kedua ke Legoland Water Park.
Harga Tiket Legoland Malaysia – Pas Tahunan / Annual Pass
Jika korang plan nak datang balik Legoland Malaysia better beli Legoland Malaysia Annual Pass (Pas Tahunan) terus.
Mula2 nak beli tu rasa tercekik sikit. Tapi lepas banyak kali datang Legoland sure rasa puas hati. Sebab berbaloi-baloi beli Annual Pass ni.
Standard Annual Pass vs Premium Annual Pass
Pas Tahunan Legoland Malaysia ni ada 2 jenis.
- Standard Annual Pass (Legoland Theme Park sahaja) — RM320 dewasa, RM245 kanak2/senior
- Premium Annual Pass (Legoland Theme Park + Water Park) — RM450 dewasa/kanak2/senior
Premium Annual Pass ni adalah tiket combo untuk kedua2 Legoland Theme Park dan Water Park. Standard Annual Pass hanya untuk Legoland Theme Park sahaja tapi boleh dapat harga tiket Legoland Water Park murah iaitu RM58 setiap kali masuk.
Dari segi benefits, sudah tentu Premium Annual Pass lagi berbaloi2.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kelebihan Standard Annual Pass Legoland Malaysia
- Masuk tanpa had selama setahun untuk Legoland Theme Park sahaja
- Boleh beli tiket Legoland Malaysia Water Park murah — RM58 per entry
- Diskaun RM30 untuk sewa satu hari Cabana di Legoland Water Park
- Diskaun RM10 untuk sewa tuala di Legoland Water Park
- Parking percuma di tempat letak kereta Legoland Zon 1 & 2
- Diskaun 15% untuk sewa hotel Legoland Johor
- Diskaun 10% untuk tiket Hello Kitty Town & Thomas Town
- Diskaun 50% untuk sewa stroller di Legoland
- Boleh masuk awal ke Legoland pukul 9.30am (buka 10 am)
- Diskaun 30% untuk renew Legoland Annual Pass
Kelebihan Premium Annual Pass Legoland Malaysia
- Masuk tanpa had selama setahun untuk Legoland Theme Park + Water Park
- Diskaun RM30 untuk sewa satu hari Cabana di Legoland Water Park
- Diskaun RM10 untuk sewa tuala di Legoland Water Park
- Parking percuma di tempat letak kereta Legoland Zon 1 & 2
- Diskaun 20% untuk sewa hotel Legoland Johor
- Diskaun 10% untuk tiket Hello Kitty Town & Thomas Town
- Diskaun 50% untuk sewa stroller di Legoland
- Diskaun 10% untuk beli barang di kedai dalam Legoland
- Diskaun 10% untuk beli makanan/minuman di cafe/restoran Legoland
- Diskaun 10% untuk beli foto/gambar yg diambil jurugambar Legoland
- Boleh masuk awal ke Legoland pukul 9.30am (buka 10 am)
- Diskaun 30% untuk renew Legoland Annual Pass