Legoland Malaysia Review | Bilik Tema Pirate @ Lanun Hotel Legoland Johor – Aye Aye Captain!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Hotel Legoland Johor. Banyak gambar aku belum share. Tak lama lagi nak pergi lagi. Basi pulak gambar2 tu. Hehe!

Masa pergi Legoland bulan Mac ari tu — aku dan famili duduk Hotel Legoland.

Apa yang best-nya Hotel Legoland Johor ni? Klik sini –> Apa Yang Best Hotel Legoland Johor?

Hotel Legoland Johor

Hotel Legoland adalah hotel bertema @ themed hotel. Ada 3 tema bilik Hotel Legoland Malaysia yang menarik.

  • Pirate
  • Adventure
  • Kingdom

Hotel Legoland Johor

Masa Mac 2016 — aku ambik bilik Hotel Legoland tema Pirate. Aye aye, captain! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Tak tau kenapa bilik lanun yang aku pilih pulak. Maybe sebab cadar dan langsir berjalur merah putih dihiasi tengkorak tu sangat kebaboom. Hehe!

Tengok gambar kat atas tu? Ha ah. Itu semua bilik Hotel Legoland Premium Theme.

Hotel Legoland Johor

Aku duduk bilik Standard jah. Jutawan in-the-making belum mampu duduk bilik Premium. Hak hak hak!

Apa beza bilik Hotel Legoland Premium Theme dan bilik Standard?

  • Bilik Premium ada hiasan tema extra; contohnya hiasan dinding di kepala katil
  • Bilik Premium harga lebih mahal kebaboom…Hehe!

Bilik Tema Pirate Hotel Legoland Johor

Bilik Standard Hotel Legoland ni sesuai untuk famili 5 orang. Sesuai sangat untuk famili aku – 2 dewasa 3 kanak-kanak.

Hotel Legoland Johor

Aku suka bilik Hotel Legoland ni sebab boleh kata spacious la jugak.

Hotel Legoland Johor

Setiap bilik ada 2 kawasan yang dipisahkan dengan dinding berpintu untuk privasi . Satu area untuk dewasa (katil king-sized) dan satu area untuk kanak-kanak (katil 2 tingkat dengan pull out bed).

Hotel Legoland Johor

Tak payah berebut nak tengok TV dengan anak2. Sebab kat area bunk bed pun ada TV. Hak hak hak!

Hotel Legoland Johor

Bilik air Hotel Legoland ni okei je bagi aku.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Hotel Legoland Johor

Tapi tak ada bath tub. Kalo ado kan best. Omak nak berendam air suam. Lega sikit kot urat yang tegang lepas berjimba-jimba kat Legoland sehari suntuk tewww. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Satu Kotak Lego Satu Bilik

Ada satu box Lego bricks dalam bilik Hotel Legoland ni. Khas untuk anak-anak main.

Hotel Legoland Johor

Tapi kalau orang tua nak main pun tak ada siapa larang. Main jo lah jang.

Amaran Buah Keras: Mainan Lego dalam bilik Hotel Legoland tu untuk main dalam bilik saja okeh. Bawa balik kena bayar. Mahal lak tu. Baik beli Lego baru!

Treasure Hunt @ Mencari Harta Karun Dalam Bilik

Ada peti besi dalam bilik Hotel Legoland ni. Berkunci.

Hotel Legoland Johor

Dalam tu ada harta karun. Aloh. Beberapa barangan Lego yang kecik-kecik. Surprised gift untuk anak-anak. Boleh bawa balik.

Nak buka kena cari nombor kombinasi peti besi tu. Petunjuk ada pada sehelai kertas.

Hotel Legoland Johor

Kalau kat bilik lanun tu kena kira tengkorak kat bunk bed. Kena kira jumlah pedang kat karpet. Mudah bangat! Hehe!

Lif Pun Ikut Tema!

Anak-anak aku suka betul dengan lif kat Hotel Legoland Johor .

Hotel Legoland Johor

Masuk je dalam lif ada lampu kelip-kelip dengan muzik. Macam kat dalam disko pulop!

Hotel Legoland Johor

Even pintu lif pun ikut tema. Aku duduk floor tema pirates. Lif pun tema lanun la jugak. Menarik. Kreatif. Omak pun suka!

Buffet Breakfast di Bricks Family Restaurant

Sewa bilik Hotel Legoland ni termasuk sarapan pagi di Bricks Family Restaurant. Buffet breakfast spread kat sini mabeles. Thumb up!

Hotel Legoland Johor

Banyak pilihan makanan. Tapi anak-anak aku ambik makanan apa je tau?

Cereals dan yogurt jah! Omak tepuk dahi.

Hotel Legoland Johor

Nampak tu setimbun makanan dalam pinggan? Omak ambik suruh anak-anak makan. Ayat cover line ni. Hak hak hak!

Tak kenyang la weh makan cereals je. Kena lah makan betul2 sebelum berjimba-jima sehari suntuk dalam Legoland. Betul ke betul?

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *