Legoland Malaysia Review | Apa Yang Best Hotel Legoland Johor Malaysia?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Jika nak ke Legoland Johor tu — aku saran untuk book Hotel Legoland at least 1 malam. Sangat memudahkan.

Sebab Hotel Legoland tu depan pintu masuk Legoland Johor tu sendiri. Jalan kaki dua tiga puluh tapak dah sampai Legoland. Best ke best?

Hotel Legoland Johor

Masa aku ke Legoland awal tahun ari tu — aku sewa Hotel Legoland ni. Parking free kat basement hotel. Tak payah susah payah jalan kaki jauh2 dari tempat parking untuk visitors di luar area Legoland tu. Anak2 kecik pastu barang2 banyak pulak tu. Boleh pengsan kot ekeke!

Hotel Legoland Johor

So, apa yang ada kat Hotel Legoland Johor tu? Ye lah. Harga sewa Hotel Legoland tu bukannya murah.

RM700+ satu malam ketika non-peak days tu kira mahal bagi kebanyakan rakyat marhaen macam aku ni. Kena menabung setahun kot kalau nak duduk Hotel Legoland + beli tiket Legoland Johor untuk anak beranak tu tau. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”].

Hotel Legoland Johor

Aku bagi tips untuk dapatkan kadar Hotel Legoland Johor murah masa pergi ke Legoland.

  • Pilih hari yang bukan puncak @ non-peak.  Hari puncak tu contohnya public holidays dan hujung minggu. Kadar sewa hotel akan mencanak2 naik jika public holiday jatuh semasa cuti sekolah. Better book pada hari weekdays.
  • Jika anak2 sekolah nak tak nak kena jugak book masa cuti sekolah kan? Boleh pilih weekdays masa cuti sekolah especially cuti sekolah yang bulan 3, 6 dan 9. Elakkan cuti sekolah yang hujung tahun tu. Time bulan 12 tu kadar sewa Hotel Legoland boleh naik berganda-ganda weh!
  • Beli Annual Pass Legoland Johor. Pemegang Annual Pass boleh dapat diskaun 15% (Standard Annual Pass) atau 20% (Premium Annual Pass) anytime untuk Hotel Legoland. Kena tempah melalui telefon (+607-597 8888 ) sebab mereka akan check nombor ID annual pass tu. So, kalau sewa Hotel Legoland Johor RM700 satu malam — boleh jimat RM105 atau RM140!
  • Pilih bilik Standard untuk kos paling rendah. Bilik Premium hanya dibezakan dengan hiasan extra untuk kelihatan lebih menarik.
  • Check laman web Legoland Malaysia bahagian PROMOTION. Biasanya akan ada promosi yang berbaloi-baloi jika tempah Hotel Legoland dalam masa tertentu. Contohnya: Tempah 2 hari Hotel Legoland dapat 3 tiket masuk Legoland percuma untuk kanak-kanak atau tempah 2 hari hotel Legoland Johor dapat diskaun 20% untuk tarikh tertentu.
  • Semasa menempah bilik Hotel Legoland Johor — boleh beli sekali 2-Day Combo ticket pada harga 1-Day Combo sahaja.

Hotel Legoland Johor — 3 Pilihan Tema Menarik

Hotel di Legoland Johor ni ada 4 jenis:.

  • Deluxe & Suite Rooms — maksima 8 orang (4 dewasa setiap bilik)
  • Standard & Premium Rooms — maksima 5 orang (3 dewasa setiap bilik)

Hotel Legoland Johor

Setiap bilik ada 2 kawasan yang dipisahkan dengan dinding berpintu untuk privasi . Satu area untuk dewasa (katil king-sized) dan satu area untuk kanak-kanak (katil 2 tingkat dengan pull out bed). Setiap area ada dilengkapi TV.

Hotel Legoland Johor

Korang boleh pilih salah satu antara 3 tema bilik yang menarik.

  • Pirates
  • Adventure
  • Kingdom

Setiap bilik akan diberikan satu kotak mengandungi Lego untuk anak-anak main. Untuk main dalam bilik saja tau. Bukan untuk bawa balik. Kena caj tau kalau terbawa balik hehehe!

Hotel Legoland Johor

Menariknya dalam bilik Hotel Legoland ni ada satu peti besi yang berkunci. Kira macam peti harta karun lah. Kena cari kombinasi nombor untuk buka peti besi tu berdasarkan clue pada sehelai kertas.

Memang betul2 macam cari harta. Kena cari petunjuk tu di seluruh bilik. Dalam peti besi tu pula ada beberapa hadiah barangan Lego. Hadiah dalam peti besi ni boleh bawa balik. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Playground Kapal Lanun & Istana di Hotel Legoland Johor

Bila masuk Hotel Legoland Johor ni kanak-kanak confirm suka sangat. Sebab ruang lobi Hotel Legoland tu dah macam taman permainan @ playground bertemakan Lego.

Hotel Legoland Johor

Antara benda-benda yang menarik di Hotel Legoland ialah:

  • Dinding dipenuhi dengan 12,528 LEGO minifigures
  • Kawasan permainan kanak-kanak dengan LEGO bricks
  • Swimming pool
  • Interactive LEGO features
  • Themed lifts
  • Low level viewing port-holes
  • Themed rooms (Pirate, Adventure or Kingdom)
  • Separate bunk-bed area with its own TV
  • Puzzle to get access to their own LEGO treasure in all rooms
  • Buffet restaurant with its organised LEGO chaos (children really are king!)
  • Activities for kids – every day

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak di Hotel Legoland Johor

  • LEGO® Ninjago Colouring Activity 9:00am – 7:00pm (Except Monday, Wednesday & Saturday from 9am-10am/11am-4pm/5pm-7pm)
  • LE GOTH (Play Well) with LEGO *10:00am – 11:00am *4:00pm – 5:00pm Every Monday, Wednesday & Saturday
  • Minifigure Trading at Lobby 9:00am – 6:00pm (Trade Your Favourite LEGO® Minifigure)
  • Dance Performance at Lobby (Catch Your Favourite Character) Sunday l 10:45am
  • Building Activity Challenge 7:00pm – 10:00pm (Except Friday & Saturday from 7:00pm – 8:00pm)
  • Movie Night (Location – X BOX Area) at 9:30pm
  • Dance with Characters (Location – XBOX Area) 4:00pm
  • LEGO® Ninjago Mural at Di Mattoni Restaurant (For Dine in Guests Only) 5:00pm – 10:30pm
  • Little Chef – Pastry Making at BRICKS Family Restaurant (For Dine in Guests only) 7:00pm – 9:00pm
  • Bedtime Storytelling at Lobby (Live) Every Friday l 8:45pm
  • Special Performance at Lobby (Don’t Miss it!) Every Saturday l 8:45pm

Restoran di Hotel Legoland Johor

  • Bricks Family Restaurant 7:00 a.m. – 10:30 a.m.(Breakfast), 12:00 p.m. – 3:00 p.m. (Lunch), 6:30 p.m. – 10:00 p.m. (Dinner)
  • Skyline Bar 12.00pm -12.00am
  • Room Service 11 a.m. to 5 a.m.
  • Di Mattoni Italian Fun Dining  5:00 p.m. – 10:30 p.m.

Hotel Legoland Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *